"Hahaha!" mereka ketawa terbahak-bahak mengenang kembali sejarah silam.
"Gila-gila kita time tu."ujar Zara diselangi ketawa yang masih berderai.
"Dahlah.Aku dah sakit perut ni.Kau kerja apa sekarang?Dah kahwin?"Farina Arisa mematikan ketawa mereka yang kian menjadi perhatian ramai.
"Aku?Agak-agak?Kahwin pulak..."Zara menghulurkan sekeping kad berwarna coklat lembut kepada Arisa.
"Kau dah nak kahwin?Next week?Sempat lagi ek kau jalan-jalan.Nak kahwin bukan nak ajak aku!" Arisa memuncungkan bibirnya konon mahu merajuk.
"Kalau aku ajak,belum tentu kau dah ada future husband."Zara memerli.
"Siapa kata tak ada?Sayakan ada."Suara yang muncul entah dari mana.Arisa memalingkan mukanya.
Oh my God!Kau jangan bawak bala bencana.Please!
"Faiz.Buat apa kat sini?"Arisa masih menguntum senyuman walhal hatinya berbara-bara.Ada yang kena hempuk dengan pinggan ni.
"Saja nak tengok awak.Rindu!"
Yerk!Rindu?Perkataan jelik bagi Faiz.
"Arisa?" Zara mengangkat keningnya bagaikan satu isyarat.
"Oh!Kenalkan.This is Faiz apa entah.Lelaki perasan macho."Sengaja mahu menyakitkan hati Faiz.Tak lama dan kedengaran...
Aduh!
Arisa memandang wajah jahat Faiz.Faiz mempamerkan senyuman kemenangan.Ambik kau!Kan dah kena!
"Oklah,saya pergi dulu.Kalau Cik...?" Faiz mengangkat kening sambil bibirnya dihiasi senyuman.Huh!Muka lapuk tu dah cukup buat gadis-gadis gila meroyan tapi tidak bagi Farina Arisa.
"Zara."
"Kalau Cik Zara tak kisah,saya nak bawak Arisa sekali.Ada ke patut dia lari dari majlis akad nikah." Faiz mengeleng-geleng.
Akad nikah?Time bila pulak aku nak nikah?Arisa menghentakkan kakinya.Tepat mengenai jari-jemari kaki Faiz.Sengaja dipusing-pusingkan tumitnya.Ambil kau!Main dengan api ye?Ini Farina Arisa lah!
Faiz segera menarik hujung lengan baju Arisa pergi.Meninggalkan Zara yang masih samar-samar mengetahui hal tadi.Malu seh kalau manik-manik jernih mengalir depan Zara.
"Awak ni memang suka cari pasalkan.Tak boleh tengok orang senang." Arisa segera menarik tangannya daripada dipegang terus.
"Aku nak bagitau.Next week,flight ke Ausi..."
"So,apa masalahnya dengan saya?" Arisa segera memotong cakap Faiz yang masih sekerat jalan.
"Masalahnya sekarang aku kena kerja dengan kau.Akukan kapten.Kau tu kuli je." Faiz membidas.
"What?Ausi?Again?Dengan mamat ni?YA ALLAH...apalah dosaku?"ujar Arisa sengaja.
"Dosa kau tak ikut cakap aku."Faiz sesuka hati menilai.Ewah-ewah.
"Tak naklah.Kau carilah pilot lain.Tak ingin aku hadap muka kau berjam-jam."Arisa memprotes kasar.Langkah kakinya mula bertapak tetapi ditahan oleh Faiz.
"Kau ingat syarikat penerbangan tu...nenek kau punya?Kalau semua pilot macam kau,mau lingkup!"
"Yalah!Bila?"malas melayan Faiz yang mula berleter.Mengalahkan mulut janda beranak sepuluh.
"Isnin ni.Empat hari."Faiz mulai reda.
"Alhamdullilah!Nasib baik empat hari.Dapat aku tengok Zara kahwin."ujar Arisa perlahan tetapi masih dapat ditangkap Faiz.
"Nak ikut!"Faiz membuat lenggok persis kanak-kanak riang.
"Tak boleh!"
"Nak ikut!"
"Tak boleh!"
"Nak jugak!"
"Tak boleh!"
"Nak jugak!!!"Faiz sudah menjerit sedikit.Kakinya dihentak-hentak ke lantai.
"Yalah!Awak hantar saya je.Then,balik.Jangan banyak songeh!"Arisa terpaksa akur atau dia terpaksa menanggung malu.
"Woi!Ingat aku ni driver kau ke?"suara jantan Faiz sudah kembali menguasai.
"Aku kapten!Kau kuli.So,ikut suka hati jiwa sayalah!"Arisa menunjukkan jari telunjuknya pada dirinya.Sengaja dia mengajuk ayat Faiz.Sengaja juga dia beraku-kau dengan Faiz.
Kad!Menarik perhatian.Faiz segera merampas kad jemputan daripada tangan Arisa .Dibuka kad itu tanpa mempedulikan Arisa yang sudah membuat bising.
"Macam pernah tengok.Shauqi Izani?Ni bukan kawan aku ke?Nur Fatin Zara?Ni kawan budak kecik ni."getus hatinya.Nampaknya misi akan dimulakan.Lantas Faiz memulangkan kad itu kembali kepada Arisa.
"Tak naklah ikut!"
"Good!Aman hidup. Dah pergi."Arisa menghalau.Nasib baik Faiz tidak membantah.Arisa kembali kepada Zara.
"Sorry,Zara."
"Kenapa?Cuba cerita."Zara menyoal.
"Dia bagi tau aku pasal jadual penerbangan.Itupun nak kecoh."Arisa mendengus geram.
"Kau pilot?Aku aircraft engineer.Bolehlah kita jumpa lagi nanti.But,aku tak faham pasal nikah?"
"Dia tu gila.For your information,dia tu suka kacau aku.Tapi makin aku elak makin selalu aku jumpa dia."ujar Arisa selamba.
"Itu namanya jodoh."Zara tersenyum.Mengusik Arisa.
"Eii!Geli aku!Pleaselah!Aku tak nak yang dah ada bekas orang lain."
"Mengata diri sendiri nampak..."Zara sengaja memerli.
"Itu cerita lama.Takkan tak tau.They only my experiments.Tak payahlah nak anggap serius!"Arisa memuncungkan mulutnya.Pemuda pertama hanya bertahan selama seminggu dan yang kedua hanya beberapa minit.Playgirl.
"Siapa Shauqi Izani?"soal Farina Arisa.
"Dia tu..."Zara memulakan cerita