"Zara!"Shauqi Izani memanggil.
"Yes?"Zara menjengukkan kepala.
"Dah check enjin?"
"Dah!"Zara menghadiahkan senyuman.Tak mahu dia melihat wajah Shauqi Izani lama-lama.Boleh cair!
"Esok you free tak?"Shauqi Izani kembali bersuara.
"Free.Why?"
"I ingat nak ajak you keluar.Dah lama kita tak keluar."Shauqi Izani takut-takut mahu mengajak Zara keluar.Meskipun sudah lama mereka berkawan rapat tetapi perasaan malu masih menyelubungi.Begitu juga Zara.
"Err...sure."lambat Zara membalas.
"I will fetch you.I pun dah lama tak jumpa parents you.Parents you okay?"Shauqi Izani sengaja mahu menimbulkan isu lain supaya dia dapat berbual lama dengan Zara.Gadis tinggi lampai menjadi perhatiannya sejak pertama kali bertemu.
"Diorang okay.Mama I sibuk layan cucu dia."Zara tersenyum kecil mengingat kembali gelagat mamanya.
"Oh!Anak abang you yang mana?Along ke Angah?"Shauqi Izani menyoal lagi.Dia banyak mengetahui latar belakang Zara.
"Along.Anak nombor dua.Baru aje kak long bersalin hari tu.Mama suka sangat dapat cucu baru!"Zara mengulas lagi.
Mereka berbual panjang.Sedar tak sedar kerja pun sudah disiapkan.Maka berakhirlah perbuatan di antara Shauqi Izani dan Nur Fatin Zara."You nak bawak I pergi mana?"Zara menyoal.
"Entah.Pergi mana-mana ajelah."ujar Shauqi Izani.Seolah-olah tidak yakin.
"Okay.Pelik."Zara menurut.
Stereng kereta membelok ke kawasan parking di sebuah taman tasik.
"Jomlah turun."pelawa Shauqi Izani.Ketawa kecil melihat Zara terhegeh-hegeh keluar dari keretanya.
"Kenapa kita datang sini?"soal Zara.
"Saja.I tak tau nak tenangkan fikiran kat mana lagi."Shauqi Izani menjawab.Keluh-kesah dia memikirkan tentang permintaan kedua orang tuanya.
"Papa nak Qi kahwin dengan dia.Papa dengan mama dah lama berkenan dekat dia.Kalau boleh papa nak dalam next month."
Bagai nak putus nyawa Shauqi Izani mendengarnya.
"Papa...ni anak orang.Takkanlah kita nak buat keputusan terburu-buru.Nanti apa pulak parent dia kata."Shauqi Izani mengeluh.Papa ni...minta anak orang macam minta anak kucing aje.
"Itu pandai-pandailah kamu.Yang Papa nak tau next month,rumah ni mesti ada orang baru."Datuk Kamarulzaman meninggalkan Shauqi Izani yang masih terpinga-pinga.
"Shauqi?"Zara memetik-metik jarinya di muka Shauqi Izani yang nampaknya termenung jauh.
"Yes?Zara,I ada hal nak cakap dengan you."Shauqi Izani yang baru tersedar lamunan terus bercakap tanpa selindung.
Kotak kecil berwarna merah dikeluarkan dari kocek seluarnya.
"Nah!"Shauqi Izani bagaikan putus ayat.
"Untuk apa ni?"Zara kaget menerima sebentuk cincin.Cantik.
"I harap you dapat jadi surihati I,dapat jadi bidadari I."Shauqi Izani tersenyum.Seksa didada sudah diluah.Lega.Tapi...
"I tak boleh terima se..."
"Tapi kenapa?"ujar Shauqi Izani hampa.
"Hah!Ni yang tak suka.Orang belum habis cakap lagi."Zara sudah memalingkan badannya membelakangi Shauqi Izani.
"Ok,Ok.Continue."Shauqi Izani tersenyum.
"I tak boleh terima sekarang.I nak you bawak cincin ni masa meminang I."Zara tersipu malu.Overload pulak.
"Malam ni jugak I hantar rombongan." ujar Shauqi riang.
"What?"Terkejut beruk Zara.Desperate betul dia ni!