"Sid, kau stayback ke?" Fahmi bertanya kasual .
"Kalau kau jadi aku, kau rasa kau stayback tak?" Sid membalas dengan soalan.
"Ingatkan dalam kertas soalan Bio je kau buat macam ni. Rupanya dalam kehidupan seharian pun kau tend to ignore question.." Fahmi menggeleng-geleng kepalanya dengan senyum segaris menghias bibir.Ye la. Dia tanya soalan, bukan dapat jawapan. Dapat soalan balik.
"Baru kau tau betapa payahnya aku nak hidup dengan budak ni" datar Hanz menyampuk. Elok waktu tu jugak bantal hinggap kat kepala dia.
Fahmi sekadar senyum melihat telatah budak berdua tu. "Stay ke tak?" dia tanya sekali lagi dengan nada serius mengharapkan jawapan yang serius juga.
"Stay." Sepatah, serius Sid menjawab. "Lagipun, kalau aku tak stay, siapa je yang sanggup nak kejut Hanz ni.." malas Sid menjawab.
"Enough with bullshit ok, Sid? Siapa yang kejut siapa?" Suara Hanz datar tak bernada. Betul la. Selama ni pun, dia je yang kejut Sid. Jarang pulak Sid yang kejut dia.
"Kamon gais. Please. Aku ada kat sini. Bergetar telinga aku dengar korang punya choices of words." Fahmi bersuara sambil tangan menyelak muka surat alquran yang sedang dibacanya.
"Sorry. Sid corrupt aku punya vocab" selamba Hanz menjawab sambil menjungkit sedikit kedua belah bahunya.
"Kena blah dulu sebelum perkataan yang keluar dari mulut aku ni mengilangkan pahala yang penat aku kumpul.." Sid dah berjalan menuju pintu. Elok la dia keluar dari situ sebelum mulut dia keluar perkataan yang tak patut. Sungguh la kalau dengan Hanz ni, memang semua perkataan keluar. Sebab dah terbiasa. Ni pun, out of respect kat fahmi je. Kalau tak, memang dah mengalir macam-macam jenis makian.
"God bless.." Hanz menghela nafas lega yang dibuat-buat apabila Sid dah nak keluar.
"Sebab pahala aku banyak.." God bless sebab pahal dia banyak. Huhu. Serentak tu pintu dikatup rapat. Sid malas nak dengar Hanz punya comeback.
"Korang kenal sejak bila eh?" Fahmi memecah sunyi selepas Sid keluar.
"Entah" sepatah Hanz menjawab.
"Easy way out" tenang Fahmi membalas apabila Hanz mengelak dari menjawab soalan dia.
"Kita semua buat benda yang sama." Hanz membalas. Betul la. Kita semua lari dari soalan yang kita tak nak jawab. Sebab apa? Sebab malas nak explain. Sebab malas nak rewind balik semua benda. Senang cerita malas semua la. dan belum tentu orang rajin nak dengar kisah kita. Tak ke?
"Fair enough" Perlahan Fahmi mengangguk. Entah kenapa tiba-tiba perbualan mereka jadi dalam(baca:deep) semacam.
Hanz dah lama juga satu bilik dengan Fahmi. Rapat pun rapat. Dia tak nak cerita bukan sebab dia tak percaya, bukan sebab dia rasa Fahmi tak boleh compute dengan keadaan dia. Dalam banyak-banyak orang dia yakin Fahmi la yang akan paling memahami selain dari Sid. Nama pun Fahmi. Faham. Nama tu sesuai dengan perwatakan dia. Tapi, dia tak boleh cerita. Sebab ada benda yang dia sayang nak share pada orang. Ada rasa yang dia nak, dia seorang je rasa. Semua manusia macam tu kut. Tak ada rasanya, yang nak buka semua untuk dibiar orang luar baca dan faham. Cukup la masing-masing serabut dengan cerita hidup masing-masing. Dia tak nak serabutkan kepala orang lain dengan kisah dia.
Ruang bilik Hanz dan Fahmi diisi sunyi. Masing-masing larut dengan kerja masing-masing.
Keringat peluh di dahi mengalir menuruni bahagian sisi muka. Dia membongkokkan badan sebentar sambil menarik nafas dalam-dalam. Penat. Tiba-tiba, set drum yang dia angkut separuh jalan tu diangkat oleh orang lain. Dia angkat muka, terlihat kelibat Hanz dan Sid. Diam. Tak berani dia nak kata apa. Orang tolong tu, dah kira bersyukur juga la. Dari pagi angkut barang tak berhenti dengan tenaga kerja yang sangat tak mencukupi.. Allah je tau betapa penatnya. Dia duduk sebentar di atas kerusi berdekatan. Beberapa minit kemudian, Sid dan Hanz berdiri depan dia.
YOU ARE READING
INDECISIVE
Random"We screw up and we need someone to believe in us so that we can believe again" "Semua orang ada sebab. Persoalannya, sebab siapa yang paling utuh?" "Fate will find it's way no matter what" "We ARE flaws. But we completed each other. Not just you an...