Bahagian 1: Redha.

1.2K 38 1
                                    

"Jiha, Macam mana kau sekarang ni? Aku dengar kau dah kahwin lepas habis sijil ijazah sarjana kau awal tahun 2015 kan? Sorry, aku dekat Sabah ni sejak disember tahun 2014 lagi sebab ada hal keluarga."

"Its okay nur, aku faham. Takde apa nak diceritakan nur, macam biasa je ni." Kata Najiha sambil menunjukkan suara yang terdengar kecewa.

"Hmm. Jiha, sorry tau. Aku dahlah jauh daripada kau, kalaulah aku sebelah dengan kau sekarang ni, dah lama aku peluk kau, tau."

"Nur, takpelah. Tak perlu nak susahkan diri kau fikir pasal aku, in shaa Allah semua akan ok. Kau tu yang kena fikirkan hal kau dulu, settlekan semua. Aku taknaklah call kau ni untuk buat hati kau susah." Ujar Najiha lembut.

"Taklah, aku just risau pasal kau Jiha.."

"Nur, aku taknak kau fikir bukan-bukan je, dan aku minta sangat doakan aku untuk tabah tau."

"In shaa Allah aku sentiasa akan doakan kau. Astaghfirullahalazim, Jiha. Mak aku tengah panggil. Gotta go. Sorry Jiha. Later aku call kau ok? Assalammualaikum. Take care. " Kata Annur sambil memutuskan panggilan.

"Waalaikumsalam."

Masa terlalu cepat berlalu untuk Najiha habiskan liku liku kehidupannya sebagai seorang Isteri kepada Suami yang tidak pernah menyentuhnya, menyayanginya dan mengasihinya selama 1 Tahun.

Kehidupan yang perit dijalaninya membuatkan dia rasa putus asa untuk berkali kali. Bagaikan cerita dongeng, dia seperti zaman dulu yang dikahwinkan atau dikenali kahwin paksa dengan anak rakan Ibu Bapanya. Lelaki yang dipertemukan dengannya adalah Firdaus Zahari.

Dia seorang yang dikenalinya cukup rapat, seorang anak kepada pemilik Syarikat Malesien yang merupakan Syarikat Insurans,dan seorang pemuda yang mempunyai ego yang tinggi. Oleh kerana perkahwinan yang dia tidak ingini inilah, persahabatannya dengan Shafira musnah dan hancur lebur kerana Firdaus merupakan kekasih Shafira sejak di zaman sekolah menengah lagi.

Sejak hari itu, ego Shafira muncul dan amat membenci Najiha. Namun di belakang Najiha, Firdaus masih setia menghubungi Shafira dan mereka masih dalam status bercinta. Hakikatnya, Shafira masih belum dapat memaafkan Najiha kerana egonya yang tinggi dan selalu mempersalahkan Najiha. Setelah kejadian pada tahun 2015 itu berlaku, Annur yang sentiasa menenangkan Najiha meskipun dia baru mengenali Najiha pada zaman kolej.

Dbalik semua ini, Arif Ezzudin, yang menyukai Najiha sejak zaman sekolah menengah turut menyokong Najiha meskipun dia harus menyembunyikan perasaannya.Renungan Najiha terganggu apabila Firdaus memasuki rumah mereka.

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam abang." Kata Najiha sambal mengambil tangan suaminya untuk menyalam tangan namun Firdaus mengelakkan tangannya dengan menepis.

"Kau ada masak? Aku lapar." Tanya Firdaus dengan kasarnya.

"Ada. Abang mandilah, nanti Jiha siapkan semua . Jiha dah siapkan air mandi abang juga" Katanya sambil tersenyum manis yang sabar.

"Ok. Pastikan semua siap."

"In shaa Allah abang."

Tepat pukul 9.30 Malam, Najiha mengemas dan membersihkan dapur serta meja makan setelah mereka usai makan malam. Manakala Firdaus pergi keluar untuk berjumpa dengan Shafira kerana mereka telah berjanji untuk berjumpa. Selesai membersih, Najiha naik ke bilik tetamu untuk tidur.

Sesampai di Fiona Cafe, Firdaus lihat Shafira yang sudah datang terlebih dahulu.

"Why you so late, b?" Shafira menyapa Firdaus dengan kasar.

"Tadi jalan jam, i don't know why. Syg dah makan? B Lapar lak. Sebab makan masakan Najiha tu sikit je."

"Yela tu sikit. Lama lama jadi bukit. Kalau nak makan tu, makan jelah, makan sikit je konon. Taulah dia nak ambil hati kita."

"Betullah. Ni, B order dekat Counter, syg nak makan ape?"

"I Want Aglio Olio Prawn Spaghetti and Orange Juice as usual."

"Ok."

Selesai usai makan, mereka berbual.

"B, i nak tanya something ni.."

"Nak tanya ape tu, sayang?" Soalnya sambil mengelap mulut Shafira yang comot.

"B memang takde plan nak ceraikan Jiha tu ke?"

"Ye, kalau la bolehkan , sekarang juga b ceraikan dia, but b takut dengan mama dan ayah b. Especially mama b tu, sayang betul dia dekat Najiha. "

"I malaslah kalau macam ni. Its more getting complicated. Mesti adik you, Eldina tu dah sukakan akar ipar baru dia kan.."

"Dia tu ntahla, sayang. Susah nak describe. El tu seorang yang pendiam."

"I ingat lagi tau.. waktu you belum kahwin dengan jiha tu, dia suka sangat dengan i kan
.. lagi-lagi bila i selalu belikan dia coklat."

"Mhm..tapi tulah, el tu memang tak banyak komen. Bila dia rasa benda tu penting, baru dia cakap.."

"Ha..but its okay. I hope that one day diorang sedar juga yang Jiha tu tak layak dalam family you."

"Hmm..ni, you taknak order apa-apa lagi sayang?"

"No, its okay. Lagipun, its already 11.00 p.m., jumlah pulang. Besok I banyak keje. Banyak orang request insurance."

"Oh camtu, ok syg..." Lalu dia mengerakkan dirinya ke kaunter untuk membayar.

Usai membayar, mereka menuju ke tempat parkiran kereta.

"Ingat janji you." Kata Shafira sambil mengusap bahu Firdaus. Firdaus pula tersenyum melihat tindakan Shafira.

Tepat Pukul 11.15 malam, dua kereta meninggalkan perkarangan Fiona Cafe.

Sesampai di rumah,Firdaus terus ke bilik dan melihat bajunya yang telah berseterika tergantung di sudut Almari bajunya. Tanpa memikirkannya, Firdaus membersihkan diri dan buai lena dengan sendirinya di katil.

******************************************

Kerana Dia SahabatkuWhere stories live. Discover now