Bahagian 3 : Zuriat..

938 25 0
                                    


"Jiha! Ya Allah, rindunya!" Kata Annur sambil memeluk rakan karibnya itu. Najiha pun membalas pelukan Annur. Apa tidaknya, sudah setahun lebih mereka tidak berjumpa.

"Nur, apa khabar? Sihat? Jiha pun rindu Annur."

"Alhamdulillah sihat sikit dah. Haritu ada selesma sikit. Sebab Jerebu. Hehe. Urm, Apa cerita? Jiha macam pucat je ...?"

"Nanti kita cerita eh . Jum Naik kereta dulu." Jawab Najiha dengan senyum hambar.

Sesampai di kereta, Mereka pun start bergerak meninggalkan perkarangan KLIA. Sambil memandu, Najiha memulaikan perbualan dengan Annur.

"Hal Family selesai dah? Business ok? "

"Dah, Abah nak sambung business dia dekat sana. Mama pulak dekat Sarawak outstation."

"Ohh."

"Jiha, sorry kalau aku main direct.. urm, kau dengan Daus ok?"

Najiha tidak dapat memberikan respon dan dia hanya terdiam. Namun Annur dapat membaca wajah itu, dia tahu Najiha seperti apa. Tanpa banyak soalan, dia menyapu bahu Najiha yang masih terdiam itu.

Air mata Najiha bercucuran. Annur rasa bersalah kerana dia menanyakan soalan itu.

"Maafkan aku Jiha, aku salah sebab banyak tanya pasal tu kat kau."

"Takpelah nur, emosi je ni tiba-tiba." Kata Najiha sambil mengelap airmatanya.

Tepat pukul 3.00 Petang mereka sampai di rumah Annur.

"Masuklah, Jiha. Lagipun kat rumah ni, takde orang jugak."

"Takpalah Nur, nanti ada masa Jiha datang, sebab ada hal sikit nak buat. Ni, Jiha minta diri dulu tau. Assalammualaikum " Kata Najiha sambil tersenyum.

"Laa yeke. Takpelah kalau macam tu. Apepun, hati hati tau Jiha... Waalaikumsalam. " Balas Annur.

Najiha hanya angguk perlahan dan masuk ke dalam keretanya. Lalu Najiha meninggalkan perkarangan rumah Annur dan terus ke rumah dengan perasaannya yang sedih mengenangkan peristiwa tersebut. Sesampai di rumah, Najiha pergi ke bilik suaminya dan dia melihat gambar perkahwinan mereka yang ditutup. Dia memegang gambar tersebut lalu sedih mengingat lafaz nikah yang ditujukan kepadanya. Masih terngiang ngiang ditelinganya dengan lafaz nikah "Aku Terima Nikahnya Najiha Safiyya Binti Abdul Haris dengan Mas Kahwinnya RM500 Tunai." Saat itulah, untuk sekali Firdaus Zahari mengucup dahi Najiha dengan paksanya.

Namun, Najiha menyalam tangan Firdaus dengan lembut dan ikhlas. Sejak hari itu, kehidupan rumah tangga Najiha tidak sempurna seperti mana-mana kisah cinta dongeng. Malam pertamanya tidak terisi sehingga ke hari ini. Dirinya tidak pernah disentuh oleh lelaki halalnya, Firdaus. Air Mata Najiha sekali lagi berguguran mengenangkan nasib dirinya tapi dia elak untuk menangis lebih lalu dia meninggalkan bilik suaminya dan beralih ke bilik tetamu. Telefon Najiha berdering dan nama yang tertera 'Arif'. Lalu dia menjawab telefon tersebut.

"Assalammualaikum rif."

"Waalaikumsalam jiha. Jiha apa khabar? Lama tak dengar khabar?"

"Oh. Alhamdulillah baik je. Arif?"

"Syukur sihat je ni. Tapi tulah, Arif baru sedar yang kerja doktor ni penat." Gurau Arif.

"Ya Allah, dia ni. Memanglah. Dah nama kerja doktor. Lainlah kalau kerja macam Jiha ni, cuma pegawai pemasaran je."

"Ye.. pegawai pemasaran. Tapi international punya. Bukan cincai tu." Sakat Arif

"Biasa je rif. Syukurlah dapat kerja,kan. Ni, rif ada dengar khabar Annur? Korang ada contact?" 

"Mhm, ade je Jiha. Dia bagitau yang Jiha macam pucat dan tak ceria langsung."

"Ya Allah. Annur ni, Jiha dah cakap dekat dia jangan nak fikir sangat pasal Jiha."

"Dah nama dia, kawan setia Jiha. Annur tu jauh lebih baik daripada  Fira yang bak 'kacang lupakan kulit' tu."

"Arif, jangan cakap macamtu. Apa apapun, dia masih kawan Jiha."

"Kawan kawan kawan. Jiha je anggap macam tu, dia takkan pernah anggap yang sama."

Najiha terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa.

"Arif, kalau boleh, Jiha taknak libatkan semua ni termasuk Arif dan Annur. Biarlah Jiha selesaikan masalah ni sendiri."

"Takde yang berat sangat untuk kami terlibat ni Jiha, berbanding apa yang Fira dah buat dekat Jiha tu."

"Tapi rif.." Belum habis Najiha menghabiskan ayatnya, Arif memotong terlebih dahulu.

"Ni, Arif matikan call dulu ok. Ade patient tengah tunggu kat luar. Bye, Assalammualaikum Jiha."

"Oh.. Waalaikumussalam." Panggilan diputuskan.

SMS masuk baru diterima oleh Najiha. 'Jiha, besok Arif nak jumpa Jiha dekat Onebucks.'- Arif.

Lalu Najiha membalas 'In shaa Allah Awak.' Tepat Pukul 5.30 petang, Najiha menyiapkan makan malam untuk suaminya. Lalu ,dia menyiapkan diri untuk solat Maghrib pada jam 7 Malam. Suara kereta kedengaran di halaman rumah. Najiha mengemas telekung lalu menjemput suaminya masuk ke rumah.

"Masuk abang." Kata Najiha sambil mengambil tangan suaminya dan menyalamnya. Firdaus dengan 'No Feeling'nya cepat masuk ke rumah lalu terus ke biliknya. Najiha hanya mampu bersabar dengan suaminya.

"Makanan dah tersedia. Abang duduk je kalau nak makan. Air mandi abang pun Jiha dah sediakan."

"Yelah, Nanti aku turun makan. Banyak cakap betul."

Selesai membersihkan diri, Firdaus pun turun ke bawah dan duduk di meja makan. Najiha mengautkan nasi untuk suaminya dan menuangkan teh o' di gelas suaminya.

"Abang, Mama tanya pasal khabar dan diorang tanya bila nak datang sana.. Selain tu, diorang ade tanyaa...pasal.."

"Tanye ape?" Soalnya kasar.

"Mama tanya, sama ada Najiha dah mengandung ke tak. Jiha Cuma jawab Belum ada rezeki"

"Hm, baguslah tu. Jawapan yang efektif."

'Bagus?' Detik Hati Najiha. 'Jiha pun nak bayi dari rahim Jiha, Abang.'Detik hatinya sekali lagi.

Firdaus yang sekali tidak pernah memahami atau menatapi kemahuan Najiha. Baginya, Najiha seorang pembantu bagi dirinya. Najiha pula menganggap Firdaus sebagai Imam dan Pemimpinnya meskipun sikap Firdaus yang tidak pernah ikhlas dengannya. Usai makan malam, Firdaus terus mengambil telefon bimbit dan pergi ke halaman rumah. Najiha pula mengemas seperti biasa sebelum naik tidur. Dia tau kebiasaan suaminya itu yang akan menelefon Shafira setiap kali pada Malam hari.

"Jum keluar b, sayang rindu b la." 

"Sekarang dah pukul 9.00 malam ni, lewat sangat. Esokkan jumpa gak."

"Kenapa? Risau Jiha marah ke? Atau saja nak jaga hati Jiha tu. Kan biasa dah jam macam ni keluar. Apasal pula tiba-tiba taknak?"

"Sayang..ni semua takde kaitan dengan Jiha pun. B just penat, sebab tadi ade meeting. Sayang tau kan?"

"Yelah.. tau.. just risau je tiba-tiba b buat benda ni semua sebab Jiha."

"Eh, takdelah sebab dia..Ni, sayang dah makan?"

"Dah.. makan salad je. Nak diet. I rasa badan i ni tak slim macam dulu. What do you think, b? I makin gemuk ke?"

"Ape yang b nampak tadi pagi, taklah gemuk sangat. Sayang lagi slim daripada Jiha tu, jangan risau." Sakat Firdaus.

"Ish dia ni, kaitkan Jiha pulak dah. Oklah b, i nak ganti baju dulu tau. See you tomorrow b."

"Ok sayang. See you. Bye, Goodnight. Love you."

"Night too. Love you more.."

Panggilan dimatikan. Firdaus terus ke biliknya untuk beradu. Seperti kebiasaannya, baju kerjanya yang sudah diseterikai tergantung rapi dalam almarinya. Tanpa memikirkan apa-apa, dia beradu lena.

****************************************

Kerana Dia SahabatkuWhere stories live. Discover now