Bahagian 8 : Tak rela!

855 29 0
                                    

Setelah menghantar Eldina pulang, dia pun terus ke rumahnya. Dilihatnya Najiha dari jauh yang tengah menjemur pakaian Firdaus. Firdaus menatapi Najiha dari jauh dengan mengingati kata kata Eldina. "She's the best for youlah abang. Dia ikhlas" Kata kata Eldina terngiang ngiang ditelinga Firdaus.

Ya, jujur juga hatinya telah tertutup untuk Shafira atas apa yang dia lakukan kepada Eldina. Namun, dia mengaku dia masih ada rasa sayang terhadap Shafira. Mata Najiha laju melihat suaminya itu memasuki rumah. Lalu dia menyapanya,

"Abang? Abang ok ke? Dina mana? Fira macam mana?" Risau Najiha setelah apa yang berlaku sebentar tadi.

Tanpa membalas, Firdaus terus masuk ke rumah tanpa menghiraukan Najiha.

Dari sisi lain, Annur dan Arif telah membuat perjumpaan sesama sendiri. Mereka membincangkan tentang rancangan membebaskan Najiha dari genggaman Firdaus.

"Aku nak suruh orang kerjakan Daus tu, kau tengok je, nur"

"Ya Allah, kau ni rif..cuba bawa bersabar sikit, Jiha sendiri tak stress ."

"Masalahnya sekarang ni, aku geram dengan dia. Dia buat perangai macam tu nampak sangat yang dia kahwin dengan Jiha tu sekadar untuk memuaskan hati kedua orang tua diorang. Kalau ikutkan hati aku ni Nur, aku hari tu nak je lepaskan penumbuk ni dekat dia. Tapi tak boleh, sebab aku risau dengan perasaan Jiha."

"Aku sebenarnya dah agak, yang Daus dengan Fira lama dah kot macam tu rif. Cuma Jiha je taknak hebohkan cerita ni. Sebab dia taknak kita ni risau dan terlibat dalam personal life dia..Jiha tu kuat orangnye. Dahlah penyabar.."

"Tu yang aku tak sanggup nur, lagi-lagi Jiha kena main macam ni. Aku kenal Jiha nur, bila dia rasa benda tu perit untuk dia, dia simpan. Paling aku kurang selesa, dia taknak kongsi pun. Hm.."

"Macam ni, aku rasa kau kena tunggu masa yang sesuai untuk kau luahkan semuanya kat dia...but its not easy, rif.. Keluarga diorang sendiri setuju untuk mereka disatukan. Kau tak boleh bertindak melulu macam tu je. Kau mesti faham situasi Najiha sekarang ni."

"Aku tahu, Nur. That's why sampai sekarang aku masih bertahan sebab perasaan aku terhadap Jiha, Nur. Walaupun dia tak boleh nak balas perasaan aku.."

"Sabarlah rif.. aku ni cuma nak terbaik untuk korang berdua.."

"Aku tak minta apapun Nur, aku just nak dia bahagia dengan orang yang layak untuk membahagiakan dia. Meskipun orang tu bukan aku.."

"Tapi satu je aku nak faham rif.. Kalau ada jodoh antara kau dan dia, adelah. Tapi kalau dah memang jodoh dia dengan Firdaus, kau kena redha dan terima tau.."

Arif terdiam. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Jujur, perasaannya terhadap Najiha tidak pernah pudar. Annur hanya mampu diam melihat Arif, dia dapat nampak kesungguhan Arif yang jauh lebih ikhas daripada Firdaus.

"Aku ni kan, bukan ape. Aku serius tak faham dengan Shafira tu.. cuba jelah dia terima kenyataan bahawa dia dan daus tu macam mana. Kesian Jiha, dia terpaksa nak jaga banyak hati..hm.."

"Fira memang macam tu dari dulu, apa yang dia nak , dia akan usahakan untuk dapat..Ape-ape, Jiha yang banyak mengalah."

"Hmm.. Ni rif, aku nak gerak dah , sebab aku ade appoinment dengan client.."

"La..yeke.. ok..takpe later nanti chat lagi.."

"Ok rif.. aku pergi dulu tau. Assalammualaikum. Ingat tau, bawa bersabar." Kata Annur sambil menggerakkan dirinya.

"Ok Nur, hati-hati. Insha ALLAH aku akan bersabar. Kau geraklah. Akupun nak jumpa Jiha lepasni."

"Ok. Kirim salam dengan Jiha. Tolong support dia, jangan paksa dia untuk memutuskan apa-apa.

Kerana Dia SahabatkuWhere stories live. Discover now