Epilog / Post credit👫

781 19 1
                                    

Najiha Safiyya dan Arif Ezuddin berbulan madu di Bali, Indonesia sehari selepas penikahan mereka.

Mereka menginap di Anusara Luxury Villas Bali, Bali. Disana terdapat pakej bulan madu yang disediakan. Arif telah pun menempah awal 4 hari sebelum perkahwinan mereka.

Najiha dan Arif mengambil keputusan untuk berbulan madu selama 5 hari di Bali, Indonesia.

🌼🌼🌼

Manakala, Firdaus Zahari dan Qi Shafira pula berbulan madu di Milan, Italy selama 5 hari yang juga sehari selepas perkahwinan mereka.

Senja yang indah melakar langit dihiasi sekitar Piazza del Duomo Milan, Italy yang cantik itu telah menarik perhatian sepasang suami isteri yang baru itu.

Melihat pemandangan senja yang cantik itu, Firdaus berkesempatan mengucup dahi isterinya itu, Shafira. Shafira pula tersenyum bahagia.

🌼🌼🌼

Tidak ketinggalan, Annur Aszila dan pilihan hatinya, Ashraf Juan juga sedang menikmati bulan madu mereka di Paris, Perancis selama seminggu

Malam yang indah itu, mereka mengunjungi tempat yang lawa seperti Effiel Tower. Mereka juga tidak terlepas menikmati momen indah iaitu Dinner Cruise on Seine River.

Sedikit penceritaan semula pertemuan Annur Aszila dan Ashfaf Juan. Seperti mana yang diketahui, Ashraf Juan ialah seorang mualaf. Nama asalnya Juan Carlova, yang mana Ashraf Juan ialah berkacukan Australian.

Walaupun dia berkacukan Australian, namun ibunya berketurunan Melayu, tapi bukan Islam. Ayahnya yang berasal dari Australia.

Pertemuan dia dan Annur memang tidak disangka sama sekali. Annur seorang usahawan, manakala dia ceo syarikat majalah Cosmopolitan. Mereka saling mendekati sama lain apabila Ashraf Juan yang memulakan dulu.

Dia tertarik dengan sifat Annur yang penyabar dan professional. Annur juga sentiasa positif dalam apa-apa pun. Kerana itulah, dia mengambil keputusan untuk melamar Annur 2 bulan sebelum perkahwinan mereka.

🌹3 tahun kemudian🌹

Masa begitu pantas berlalu. Kini, Najiha dan Arif telah memiliki puteri sulung, yang dinamakan Ain Safina. Puteri kepada pasangan itu berusia 1 tahun.

Manakala bagi pasangan Firdaus dan Shafira, dianugerahkan sepasang anak kembar yang comel-comel belaka. Anak mereka baru memasuki 2 tahun, yang dinamakan Qhai Shahrul dan Farina Zureen.

Annur dan Ashraf Juan juga dianugerahkan putera sulung, iaitu Adam Juan yang juga berusia 2 tahun. Selain itu juga, mereka memiliki puteri bongsu berusia 12 bulan yang dinamakan, Nuryn Ainur.

Putera sulung pasangan itu terlihat sangat kacak, lagi-lagi rupanya yang berkacukan Australia. Manakala, puteri bongsu mereka masih seiras ibunya, Annur.

Kini, mereka semua berpiknik untuk meluangkan masa bersama-sama. Gelak tawa pun mencurah-curah antara mereka. Air mata gembira juga berguguran. Syukur Alhamdulillah, ini semua pengakhiran yang sempurna untuk mereka.

🌼TAMAT🌼

P/S : Thanks for reading mine till the end of this story. I wish you guys enjoy it well.
Please, give some votes and i'll apreciate it.

And.. i hope you will reading my other story, which is.'Hatiku Miliknya'. Thanks again 😊

Kerana Dia SahabatkuWhere stories live. Discover now