Qaseh 4.0

559 67 28
                                    

Okay..
Ini bab 4.
Boleh tekan bintang kecil itu kalau mahu baca lagi, dan lagi  :D
Tq for your support!
❤️,
Shirod.

------------------

Qaseh melangkah ceria menuju ke ruang dapur.

"Selamat Hari Raya, Mak Jah."

Pipi kanan Mak Jah terima satu kucupan. Qaseh capai tapak tangan Mak Jah. Takup tangan Mak Jah dirapat ke dahi. "Qaseh minta maaf zahir dan batin ya Mak Jah?"

Mak Jah masih terpinga-pinga. Sesaat kemudian baru Mak Jah bertindak. Bahu kiri Qaseh dipegang, ditepuk kuat. "Dah tak mabuk?" Malam tadi bukan main lagi longlainya Qaseh seorang ni. Pagi ini dah segar?

"Mak Jah ni... Kan Qaseh dah cakap, morning sickness Qaseh pelik sikit. Qaseh dapat 'night-sickness'." Qaseh ketawa pendek melihat Mak Jah masih terpempan. "Siang Qaseh okay, Mak Jah. You..." Qaseh goyang-goyang telunjuk. Dan kenyit mata sebelah kanan. "Don't worry. Don't kalut." Kemudian dia melangkah untuk duduk di kitchen island. Tempat kegemarannya. Tempat kejadian malam tadi.

"Ewah...ewah... Siapa agaknya yang kalut malam tadi. Mak Jah atau orang tu yang lepak habis? Tapi, pelik betul mabuk awak ni." Mak Jah menggeleng. "Eh, sekejap. Ke sini dulu..."

"Hah?"

Mak Jah cuci kedua tangan di pili air. Tuala tangan diambil dan tangan dikeringkan. Qaseh digamit sekali lagi. "Sinilah, Qaseh Kawsar."

"Apa dia Mak Jah?" Nada suaranya malas, tapi kaki tetap rajin kembali melangkah ke tempat Mak Jah berdiri berhampiran kabinet dapur.

Mak Jah terus memeluk Qaseh, kejap pelukan yang diberikan. "Selamat Hari Raya, Qaseh." Mak Jah pegang kedua belah pipi Qaseh. "Semoga Allah berkati hidup Qaseh, semoga Qaseh sihat selalu, ya Qas." Dahi Qaseh pula terima balasan kucupan.

Serta merta bergenang air jernih di tubir mata Qaseh. Dia peluk Mak Jah semula.
Dia rindu ayah..
Dia rindu mama..
Rindu abang-abang, yang entah ke mana...
Semua kerinduan diluah dalam pelukan dia pada Mak Jah sekarang ini.

Dan yang paling berat sekali dalam hati dia, dia rindu Am. Hari raya ini, sepatutnya hari raya pertama mereka bersama, sebagai suami isteri. Tapi perancangan mereka berdua... musnah.

Mak Jah angkat kepala Qaseh Kawsar daripada bahu. Wajah sembap Qaseh ditatap. "Dah, tak mau menangis pagi-pagi raya. Makan sikit, lepas tu kita pergi masjid."

Qaseh angguk. Tapak tangan jadi pengelap airmata. "Qaseh nak ketupat je."

"Lauk?"

"Tak nak!" Laju jawapannya.

Mak Jah ketawa. "Serik ya? Ketupat kosong dengan milo je ya?"

Qaseh angguk setuju. Dia takut kalau kejadian semalam berulang kembali. Walaupun ombak alahan mabuk dia lebih kuat pada waktu malam, dia tak mahu ambil risiko. Penat kalau nak berulang-alik ke sinki, ke bilik air, ke katil. Lebih baik dia jamah makanan yang ringan sahaja, tapi berulang kali. Kenyang juga. Lagipun banyak tempat yang perlu dia singgah selepas solat sunat hari raya di masjid. Pagi ini, yang penting dia perlu stabil dan sihat, walau pada hakikatnya hati dia taklah stabil mana.

Tiba-tiba iPhone di poket kurung kain kapasnya bergetar. Qaseh seluk poket dan telefon putih itu dikeluarkan. Skrin telefon ditatap. Senyum terlarik, tapi tak lama. Qaseh pandang Mak Jah.

"Jawablah. Sama-sama minta maaf. Hari raya kan ni." Bisik Mak Jah.

Qaseh berdiam diri. Bunyi deringan dibiarkan sehingga bunyi itu terhenti sendiri. iPhone dibiarkan di permukaan bergranit hitam. Tapi tak sampai seminit, nada bunyi lain kedengaran.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Jun 14, 2018 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

QasehHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin