Last

120 7 1
                                    

Beberapa saat berlalu, setelah Seungyeon puas memeluk yeoja dihadapannya untuk kali terakhir. Seungyeon melepaskan pelukannya dari Ara yang masih dalam keadaan terkejut.Entah darimana keberanian nya mulai muncul. Seungyeon mendekatkan bibirnya pada bibir Ara. Seungyeon memberikan kucupan singkat pada bibir Ara.

Mata Ara membulat besar. Sekali lagi perbuatan yang tak dijangka olehnya. Degupan dihati Ara semakin melaju.Seakan sesuatu ingin meletup disana.

Seungyeon menjauhkan dirinya dari Ara. Dia mulai sedar jika perbuatannya sudah melebih. "Mian.. "ucap Seungyeon lalu berlalu pergi meninggalkan satu satu yeoja yang dia cintai .

Ara membeku disitu. Dia sudah merasakan sesuatu yang kurang senang dihatinya.

Skip ...

Seungyeon memasukan kedua tangan di kocek kiri dan kanannya. Dia cuba menenangkan perasaannya selepas apa yang dia lakukan pada Ara tadi.

Kaki Seungyeon berhenti disebuah taman yang sunyi. Seungyeon melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang berhadapan dengan sebuah tasik.

Kelihatan beberapa orang turut berada ditaman itu. Mungkin mereka turut sama sepertinya, mencari sedikit ketenangan disini akibat kekusutan hidup.

Angin mendayu dayu menerpa Seungyeon yang melamun panjang.Baru beberapa menit dia berpisah dengan Ara. Hatinya merasa seakan ingin meletup. Dia rindukan Ara. Dia ingin Ara jadi miliknya seutuhnya. Dia tak tahu apa yang akan berlaku pada dirinya setelah Ara pergi nanti.

Seungyeon menunduk kepalanya dalam. Dia cuba menghilangkan perasaan yang menghuni hatinya.

"Kenapa kau tak cakap je terus terang! "Satu suara terngiang di pendengaran Seungyeon."Kenapa kau tak cakap je terus terang! "Suara itu menganggu Seungyeon lagi. Seungyeon menutup kedua belah telinganya."Kenapa kau tak cakap je terus terang! ".Airmata Seungyeon mengalir. Suara itu membuatkan pikiran Seungyeon bercelaru. "Kenapa kau tak cakap je terus terang! ".

"STOP!! "Seungyeon menjerit melepaskan rasa dihatinya. "AKU TAKUT !AKU TAKUT DIA TAKKAN TERIMA AKU! AKU TAKUT DIA AKAN MELARIKAN DIRI DARI AKU NANTI! "Ucap Seungyeon berseorangan.

Beberapa orang disitu,memandang Seungyeon pelik kerana dirinya bercakap berseorangan. Seungyeon yang sedar dengan keadaan itu,segera bangun dan pergi meninggalkan tempat tersebut.

Skip..

Ara termenung diatas katilnya. Tangannya terhenti memasukkan baju kedalam begnya.Dia teringat dengan perbuatan Seungyeon tadi. Dia hairan kenapa Seungyeon mencium dan memeluknya sebegitu erat. Fikiran Ara mulai fokus pada kotak dan CD yang Seungyeon beri padanya .

Ara bangun lalu mengambil CD dan kotak yang terletak diatas meja soleknya. Ara kembali duduk diatas katilnya."apa isi CD dan kotak ni? "Soal Ara. Ara mengoyangkan kotak itu beberapa kali. Kedengaran bunyi benda yang saling berlagar. Ara terus memerhatikan dua benda yang dipegangnya.Dia tak mahu memikirkan lagi ,tangan Ara mulai mengoyak kertas yang menbungkus kotak itu.

"Ara!"panggil Puan Kim.

Ara segera menyembunyikan CD dan kotak itu disebalik lipatan baju didalam begnya. "Nde.. Omma.. "

Falling In Luv Again ?!. ©Where stories live. Discover now