{*1*}

336 13 0
                                    

"Hmm.."Pukul 5:45 pagi ditayang dihapadan wajah Haura yang masih mamai.Seruan azan Subuh didengarinya lalu dia bangun dari tidur menuju ke bilik air untuk mandi serta berwudhuk.Selesai Haura mandi, dia terus memakai telekungnya untuk bersolat.Selesai segala kerja yang harus dilakukannya lalu dia turun ke bawah untuk membuat sarapan.

"Hmm..apa ada ya untuk sarapan?"Haura yang memerhati bahan untuknya masak di dalam peti ais memikirkan menu untuk sarapan."Good morning!Akak masak apa tu?Jerit seseorang dengan ceria di meja sambil melihat perlakuan Haura.

"Morning!.."Jawab Haura yang menyediakan bahan untuk masak."Awal hang bangun..Akak nak masak nasi goreng untuk sarapan kita ni."Kata Haura dengan loghat Kedahnya.Ini adik Haura bernama Habib Amsyar Uwais seorang ceria,cergas dan mantap dalam sukan kalau dalam pelajaran pun mantap ikut perangai mamanya.

"Uihh sedapnya menu hari ni..awat salah ka kami nak bangun awai?"Kata Uwais dengan muka kelaparan."Tak salah cuma bukan selalu hang bangun awai pagi ni..mesti ada sesuatu betul dak?"Jawabnya dengan muka yang pelik dengan perbuatan Uwais,adiknya.

"Biarlah adik hang nak bangun awai pun..hari ini dia ada perlawanan badminton dengan sekolah lain kan?"Dengan tibanya Puan Nisa' mamanya Uwais dan Haura muncul dari entah mana melihat perlakuan anak anaknya di awal pagi seperti anjing dan kucing.

Sedang dia memasak untuk sarapan, dia terus memberi senyuman kepada Puan Nisa'."Betul tu"Uwais yang setuju dengan kata mamanya membuat ibu jarinya seperti setuju.

Setelah beberapa minit masakannya siap dan dihidang di meja makan."Amboi sedapnya tengok"Kata Encik Syafiq iaitu abah Haura dan Uwais.

"Yay!Sarapan dah siap!"Dengan serentak jeritan riang itu bagai boleh mengegarkan rumah ni mengejutkan kami sudah tentu dua adik kecil Haura yang siap dengan uniform sekolah mereka.

Dua adik Haura iaitu adik lelaki dan adik perempuannya bernama Habib Ibni Hallaj berumur 8 tahun manakala Sharifah Fuadur Rosyeedah berumur 7 tahun."Ish!Korang ni pagi pagi dah bising"Uwais terkejut marah dengan gelagat adik adik kecilnya.

"Biarlah sibuk je"."Entah..Ni baru semangat nak belajar tau tak?"Kata Ibni dan Eda nama singkatan Rosyeedah."Belajar ke main.."Jawab Uwais dengan selamba."Ishh-".Ibni dan Eda yang serentak ingin marah Uwais, abang mereka dipotong oleh Haura.

"Haihh..korang ni pagi pagi ni juga nak bergaduh..kang sat gi ada yang kena sumbat cili  kat mulut baru tau!"Potong Haura yang menyampah dengan sikap adik-adiknya yang selalu bergaduh pada waktu pagi sehingga nak hilang loghat Kedahnya.

Diam dan sunyi ketika mereka menjamu sarapan disebabkan Haura yang mengamuk seperti harimau tu diketawa kecil oleh Puan Nisa' dan Encik Syafiq.Sapa tak tau Haura dari kecil lagi dah garang macam singa tapi hati lembut macam arnab.

__________

Pukul 6:45 pagi yang ditayang di dinding diperhati oleh Haura dan keluarga menyebabkan mereka cepat bersiap untuk ke kerja dan juga ke sekolah.Haura yang sekolah menegah berumur 14 tahun dan Uwais yang bersekolah rendah berumur 12 tahun.

Walaupun umur mereka berbeza tapi ketinggian mereka sangat tidak dipercayai ramai iaitu Haura yang agak rendah daripada Uwais dan Uwais sememang tinggi daripada Haura.Tapi biasa di mata Haura kerana orang tua pernah cakap yang lelaki akan tinggi juga daripada perempuan tidak kira tua atau muda.

Kesemuanya beredar dari rumah untuk Puan Nisa' dan Encik Syafiq bekerja dan Haura,Uwais,Ibni dan Eda bersekolah tak lupa juga untuk mereka bersalaman sebelum pergi.


My First Love Is My True Love!?Where stories live. Discover now