"WHAT???" jerit Medina.
"Biar betul?" Tapi memang betul pun. Salsabila diam.
"Kenapa kau mengaku benda yang kau tak buat?" soal Medina bertubi-tubi dan berulang-ulang.
Arghhh... kenapa Bella?
"Bila kau setuju untuk tutup kes khalwat kau dengan pernikahan bermakna kau mengaku salah. Sekali kau kata ya itu bertujuan kau akui salah walaupun kau tahu kau tak salah," bebel Medina. Panjang berjela.
"Aku..." gagap pula nak jawab.
"Aku kawan kau... aku mahu yang terbaik untuk kau,"
"Dari cari tunang segera, aku dapat suami segera." Bella berseloroh sedang hatinya merana.
"Bella... aku cakap begitu kau tahu aku main-main," ujar Medina melihat wajah sahabatnya itu mendung.
"Tak mengapa Medina... aku pasrah dengan hidup aku sekarang,"
"Kau patut terus-terang pada pencegah maksiat tu, lagipun masa korang berdua ditangkap kau pakai baju uniform," bantah Medina tidak puas hati.
"Aku tak tahu apa patut aku cakap bila Aathif kata dia mahu bertanggungjawab."
"What?!!!" jerit Medina sekali lagi. Bilik kecil mereka bergema lagi dengan jeritan Medina.
"Kau tak percaya?"
"Kau dah jumpa dia berbincang dan setuju dengan cadangan dia?"
"Dah. Dia kata begini... by hook or by crook aku kena jadi isteri dia dalam masa terdekat. Dia tidak minta persetujuan aku," ucap Bella sedih.
"Wah! Belum ada apa-apa ikatan dia dah berani suruh kau ikut arahan dia. Dia tak sedar ke semua yang berlaku ini kerana angkara seseorang?" bengkeng pula Medina dengan sikap Aathif.
"Medina... aku tengah bingung waktu tu tak tahu mana keputusan yang terbaik bagi aku. Kalau aku khabarkan pada emak dan ayah aku mampus aku kena sembelih hidup-hidup!" ucap Bella kongsi perasaannya.
"Takkanlah... kau nak kahwin nikah sembunyi-sembunyi. Ayah kau perlu ada sebagai wali kau.." ujar Medina mengendurkan suara.
"Aku tahu Medina. Kalau aku beritahu mereka aku perlu nikah segera sudah pasti ayah aku tanya tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba aku sebut soal nikah kahwin. Nanti terbuka segala rahsia aku kena tangkap padahal kes itu bukan salah aku,"
Bella menarik nafas lelah.
"Terima kasih sebab tolong jamin aku,"
Medina duduk menimbang wajar atau tidak tentang hal itu.
"Atau cuba bawa berbincang dengan ayah kau. Mungkin dia bersetuju siapa tahu?"
Susah juga jadi anak bungsu.
Bella mengeluh.
"Eh! Tak baik mengeluh," tegah Medina.
Bella menonton youtube cover drum Nur Amira Syahira untuk menghiburkan hatinya yang sedang berduka.
"Bella..."
"Entahlah, nanti aku cuba jumpa ayahku untuk berbincang,"
"Aku harap kau tabah. Diberi kekuatan dan banyakkan bersabar ya," Medina menepuk bahu Bella.
"Tengok budak umur 12 tahun ni memang terhibur hati aku yang sedang luka. Senyumannya sahaja buat aku terpesona, apa lagi bila dia ketuk drum tu..." ucap Bella merujuk kepada adik Nur Amira Syahira dalam Dadido Aca Aca Nehi Nehi drum cover.
"Budak tu gifted. Memang teruja tengok dia tak jemu," akui Medina. Sekurang-kurangnya Bella sudah tidak murung. Sejak balik dari Jabatan Agama hari itu dia memang murung dan kurang bercakap. Tidak ceria.
"Cuba kau tengok dia main untuk drum cover wings - bujang senang terbaik!!!"
"Aku peminat rock memang... macam-macam lagu dia cover. Memang terbaiklah."
Mereka diam sesaat.
"Bila hari nikah?" soal Medina.
"Jumaat ni," ucap Bella dengan getaran pada nada suaranya.
"Bella... aku sokong kau dari belakang. Harap kau tabah. Mungkin jodoh kau sudah tertulis suratan begini... jangan garang sangat pada Aathif tu..." usik Medina.
Bila balik dari jumpa Aathif, Salsabila cerita apa yang berlaku pada Medina. Dan memang Medina terkejut kerana Salsabila setuju nikah Jumaat ini dengan Aathif. Gila!
"Teman aku balik jumpa keluarga aku esok?" pinta Bella mengharap.
Medina angguk jika itu keputusan terbaik Bella. Terus-terang lebih baik dari sembunyikan perihal sebenar.
ISBN 978-967-14001-2-8
Harga RM15.00 termasuk pos flexi - now offer 24/7/2018
Order Online : 010 8189145
website : www.imaroragizhi.blogspot.my
KAMU SEDANG MEMBACA
Nak Ku Ajarkan Bercinta?
RomanceTajuk : Nak Ku Ajarkan Bercinta Genre : Dewasa (mengandungi unsur-unsur cheese. Tidak sesuai untuk 18 ke bawah!) ISBN : 978-967-14001-2-8 Diterbitkan pada : 29 Jun 2016 Penulis : Imaro Ragizhi Penerbit : Cerita Hati Imaro Order Online :...