WAJAH bersih tanpa jerawat yang sedang memandang jauh ke permukaan tasik di hadapan Rock tenung lama. Cantik! Secantik anugerah yang begitu siapa pun yang memandang pasti terpikat. Terikat. Oh hati kenapa perlu ada debaran tanpa dipinta. Setiap kali mata mengawasi wajah itu, merenung dan mentafsir apa yang ada dalam minda gadis di hadapannya itu. Entah apa yang sedang berlaku dalam dunia jiwa gadis tersebut. Dunia jiwanya sedang berperang hebat. Peluru sana-sini. Meletup sana-sini. Ah hati kenapa ni? Rock gelisah tanpa tahu punca.
Inikah tanda cinta terhadap sesama manusia? Gadis itu apa yang merunsingkannya? Oh hati cuba dengar cakap tuan badan. Empunya badan ini belum bersedia memulakan rasa cinta itu sendiri. Tapi mama, nak dia segera cari isteri. Macam mencari mee segera saja kat pasaraya. Ya Tuhan! Kenapa dia tiba-tiba gelisah tak menentu ni. Semakin direnung wajah gadis di hadapannya itu semakin rancak berpesta sakan jiwanya di dalam. Apa ni...
"Apa ni?" jerit gadis itu tiba-tiba.
Terkebil-kebil mata Rock melihat adegan kurang wajar berlaku di depan matanya. Apa kes pulak tu? Kacau daun sungguh dia nak menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu. Sudahlah dia sedang melayan jiwa kacaunya. Berlaku pula benda-benda yang melibatkan perempuan di depan matanya. Kenapa tidak di depan orang lain kenapa mesti di depan matanya.
Entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang tak kena dengan apa yang berlaku di hadapan matanya itu. Lantas, Rock berdiri menyapu punggung membersihkan daun-daun kering. Sejak dari tadi dia duduk atas tanah beralaskan daun-daun pokok yang telah mati sambil merenung ke tasik buatan manusia di hadapannya itu. Seketika keindahan Tasik di Syeksen 7, Shah Alam tercemar dengan bunyi jeritan itu.
"Kenapa tak boleh?" jerkah lelaki itu pada gadis itu. Itu yang didengari Rock sebaik menghampiri mereka.
Sudah adegan tolak-menolak gadis itu tetap mempertahankan diri. Isk! Tak boleh jadi. Tak boleh jadi.
"Apa lagi yang awak tak puas hati?" naik berang gadis itu sudah menjerit.
Terhinjut sedikit bahu Rock mendengar suara kuat itu. Ek, nampak aje cantik tapi perangai ya Tuhan. Benarlah kata orang don't judge a book by its cover.
Niat nak menolong jadi terbantut.
Pertengkaran antara duanya itu berlarutan.
"Kurang ajar punya perempuan!" sumpah lelaki itu pula sudah naik tangan.
Eh! Eh! Eh!
Mana boleh jadi ni. Dia kena masuk campur bila ada kejadian tidak elok di depan matanya. Apa lagi melibatkan pukul-memukul perempuan. Mama adalah ratu di hatinya. Apa lagi wanita-wanita lain di luar sana.
"Assalammualaikum!" salam dihulur. Kedua-duanya memandangnya dengan wajah berkerut.
"Wa'alaikummussalam," Gadis itu menyambut salam yang diberi.
Lelaki itu pula buat muka dan tidak jadi menampar si gadis. Segera menurunkan tangan. Tahu takut! Macam kacak sangat dengan wajah putih bersih dia tu. Dia lagi kacak. Perasan sekejap. Dia nak bersantai-santai pun terganggu. Walaupun malas nak masuk campur tapi rasanya tak wajar membiarkan lelaki itu memperlakukan gadis itu sebegitu. Itu pada pendapat dia.
"Kenapa ni?" soalnya mesra macam dia kenal sangat dengan gadis itu. Sejuk hatinya kerana gadis itu membalas salam yang diberi.
Orang yang baik-baik akan tahu salam wajib dijawab. Lelaki teman si gadis terus buat muka. Sedarlah tu kesilapan diri sendiri. Salam diberi tak dijawab.
"Excuse me!" lelaki itu menegur.
"Abang!" tiba-tiba sahaja gadis itu meluru ke arah Rock. Tiba-tiba pula gadis itu bersembunyi di belakang badannya. Eh apasal pulak ni? Sejak bila pula dia jadi abang pada gadis itu? Rock berpaling memandang wajah si gadis yang tidak diketahui namanya. Mata gadis itu seperti berbicara sesuatu.
"Salsa... siapa ni?" soalan lelaki itu mengalihkan pandangan Rock.
Salsa! Nama gadis ini Salsa. Erk... Salsa? Salsa? Eh apasal pulak dia ulang-ulang nama gadis tu. Kemudian pandangan Rock berkalih ke arah Salsa. Wajah Salsa nampak mengharap sangat bantuannya. Hish! Tak boleh jadi ni lama-lama pandang gadis bernama Salsa ini hati dia dah rasa lain macam. Sejak duduk tadi.
"Salsa???" suara lelaki itu bergema lagi.
"Sini!!!" lelaki itu cuba menarik tangan Salsa di belakang Rock.
"Abang, tolong!" Salsa bersuara. Membantah. Dia menjadi macam pokok pula di tengah-tengah mereka sedang keliling kejar-mengejar.
"Eh diam!" tegas Rock bersuara. Macam halilintar suara Rock bergema. Kedua-duanya berhenti dan memandang wajahnya.
"Saudara, tak elok berkasar dengan Salsa. Ada apa-apa masalah bincang elok-elok," Rock cuba meleraikan.
"Mind your own business!" lelaki itu mula naik angin. Nafas sudah tercungap-cungap. Tak dapat nak tangkap Salsa.
Badan Rock ditolak kasar. Rock terundur selangkah ke belakang.
"Kau jangan nak sibuk!" sergah lelaki itu lagi.
"Aku abang dia kenapa aku tak boleh masuk campur!" tegas Rock bernada amaran.
Terhenti seketika lelaki itu. kemudian terus cabut lari.
Whatsapp for order
Harga SM RM20 / SS RM25
KOD : WATTPAD NKAB
KAMU SEDANG MEMBACA
Nak Ku Ajarkan Bercinta?
Storie d'amoreTajuk : Nak Ku Ajarkan Bercinta Genre : Dewasa (mengandungi unsur-unsur cheese. Tidak sesuai untuk 18 ke bawah!) ISBN : 978-967-14001-2-8 Diterbitkan pada : 29 Jun 2016 Penulis : Imaro Ragizhi Penerbit : Cerita Hati Imaro Order Online :...