Okey tak ni?" Aathif pandang ke wajah Bella yang sedang memandangnya. Hatinya rasa bahagia dengan memiliki Bella. Seperti biasa jari bentuk O.K. dibawa ke pipi kanan sambil tersenyum.
"Abang... okey ke?" balas Bella dengan aksi yang sama. Ibu jari bertemu jari telunjuk dibentukkan O.K. di pipi kanan sambil senyum matanya mengecil sedikit.
Aathif kecilkan mata. Geram dengan aksi Bella di depannya. Mereka dipisahkan dengan meja makan dalam restoran tempat mereka menjamu makan malam. Kalaulah meja yang terhidang makanan di atasnya itu tiada sudah pasti bibir empuk Bella jadi mangsa kucupannya. Tak pun pipi gebu bak pau Bella pun jadilah. Geram dengan aksi si isteri yang tersenyum manis. Tak kisah walaupun makan di restoran tak mewah. Ini yang dia suka sikap Bella.
Dia akan cuba pupuk rasa sayang itu dengan sentuhan dan belaian. Sehingga Bella mengaku cinta padanya. Dia takkan jemu ucapkan kata cinta sehingga Bella akur tentang perasaannya.
"Kenapa?" soal Bella saat mata mereka saling bertentangan.
Aathif senyum senang. Terus saja Aathif tarik napkin lap mulut dan meneguk Jus Oren.
"Sayang..."
"Ya."
"Abang sayang Bella. Sayang... terima kasih setuju jadi isteri abang. Sudi terima abang jadi suami Bella."
Oh! Bella terus hilang suara. Nafasnya terhenti sesaat. Benarkah begitu perasaan Aathif yang dia dengar.
"Sayang..." panggil Aathif lembut menyentak Bella.
Bola mata mereka saling bertatapan.
Debaran dada Bella bagai dapat mengetahui ayat selepasnya akan muncul dari bibir Aathif.
"I love you!"
Mata Bella bulat bersinar. Ucapan cinta itu pertama kali buat jantungnya terhenti. Walaupun sudah berulang kali mendengar ucapan cinta itu dari 4 orang makhluk yang tak faham bahasa dulu tapi tak sama.
Entah kenapa malam ini hatinya sejuk disirami salji yang baru cair terkena terik cahaya matahari. Boleh tak kalau dia minta Aathif ulang kata-kata itu sehingga dia lena?
Selesai makan malam. Mereka berjalan seiringan ke luar. Seketika Aathif memberi isyarat tunggu sebentar.
Bella berpeluk tubuh. Berdiri di depan pintu sambil menunggu Aathif bawa kereta sewa untuk balik ke tempat mereka menginap.
Dada Bella berdebar lain macam. Sesaat, dua saat jadi berminit-minit dia berdiri di situ kelibat Aathif belum jua muncul. Debar dadanya semakin tak keruan kerana sejak dari tadi lelaki yang berdiri tidak jauh darinya menunggu, lelaki itu memandang dan tidak bergerak. Dia jadi kalut dan takut. Perasaannya bercampur-campur.
"Abang... mana abang ni..." Dia jadi takut sejak bergelar isteri. Dulu betapa dia berani melawan rasa cinta yang dihulurkan lelaki-lelaki kasanova di luar sana.
Mereka bertutur dan berkata romantik tetapi lelaki asing ini hanya memandang dan menatapnya tanpa suara. Tidak menghampiri pun untuk berkenalan. Orang-orang negeri ini memang macam ni ke?
"Abang..." bibirnya mendesak menyebut nama Aathif. Tempat asing buat debarnya semakin ke laut.
Bella gelisah di tempatnya menunggu. Sedang Bella bersoal jawab dengan minda sendiri, tiba-tiba lelaki itu sudah ada dekatnya tanpa disedari. Muka kacak tanpa senyuman dan nampak garang menakutkan Bella. Terkejut Bella terus melarikan diri masuk ke dalam bangunan.
"Arghhhh!!!" Bella menjerit kerana terkejut lelaki tidak dikenali itu menangkap lengannya pantas.
"Bella! Salsabila kan..." kata penegasan dari lelaki itu. Bahasa lelaki itu menggunakan bahasa standard. Tidak menunjukkan slanga atau dialek tempatan Sabah.
"Lepas tangan aku!" jerit Bella. Dia tak kenal lelaki ini tapi kenapa lelaki ini tahu nama penuhnya. Ketakutan jelas di mata Bella.
Dia sedar dia ramai peminat dan juga pengendap dirinya. Sampai dia jadi fobia. Kerja di hotel dulu macam-macam jenis orang yang dijumpainya. Mungkin lelaki ini salah seorang pelanggan hotel tempatnya bekerja dulu. Tapi... mengapa dia rasa semacam bila lelaki itu memandangnya tajam sejak tadi.
"Bella..." panggilan lelaki itu mengembalikan Bella ke dunia realiti.
KAMU SEDANG MEMBACA
Nak Ku Ajarkan Bercinta?
RomanceTajuk : Nak Ku Ajarkan Bercinta Genre : Dewasa (mengandungi unsur-unsur cheese. Tidak sesuai untuk 18 ke bawah!) ISBN : 978-967-14001-2-8 Diterbitkan pada : 29 Jun 2016 Penulis : Imaro Ragizhi Penerbit : Cerita Hati Imaro Order Online :...