"Sayang..."
"Sejak bila saya jadi sayang awak ni?" marah Bella pantas berpaling. Tajam matanya memamah wajah Aathif yang sudah berdiri tegak di depannya. Kalau sebelumnya dia ikutkan saja semua tapi entah saat ini perasaan marah merasuk jiwanya. Dia rasa marah dan benci dengan apa yang dia tahu.
"Kenapa nak marah abang sangat ni?" lembut Aathif bertanya. Sejak mereka nikah baru saat ini mereka dapat berbual. Penerimaan Bella begini mengejutkannya.
"Abang? Sampai bila-bila saya tak nak panggil awak abang!" kasar saja jawapan Bella.
Aathif yang mendengar tersentap.
"Bella... kenapa ni?"
"Awak tanya kenapa?" keras suara Bella tetapi masih dalam nada berbisik. Dia sudah berdiri. Tingginya separas telinga Aathif. Tangannya menekap dada Aathif dan tubuh suaminya itu ditolak kasar.
"Jangan nak berlakon macam awak tak tahu apa-apa!" serang Bella.
Aathif kerut kening. Mencari apa salahnya. Dia tidak tahu kenapa Bella tiba-tiba berubah laku.
"Bella..."
"Saya ingat awak benar-benar jujur." Bella memintas.
"Kenapa..." pandangan Bella tepat memanah ke dalam mata Aathif. Nafasnya ditarik panjang bagi melegakan ruang dada yang semakin kekurangan oksigen.
"Ini semua memang rancangan awak kan. Awak bijak tipu semua orang. Awak sengaja provoke saya. Awak sengaja tipu saya. Awak betul-betul pandai berlakon," sambung Bella dengan menekankan perkataan berlakon. Dia terduduk di atas katil dengan kepala tunduk memandang riba sendiri. Nafasnya ditarik kasar.
Ikutkan rasa dia mahu keluar dari sini segera. Dia tidak mahu melihat wajah Aathif. Seseorang harus dipersalahkan bila berlaku sesuatu, bukan begitu?
Aathif tarik nafas. Bingung. Dia sedang berlakon? Bisiknya dalam hati. Dia sendiri tidak tahu apa punca tuduhan tidak berasas Bella. Mahunya mereka berbual dan bergurau senda malam pertama dengan baik dan mesra. Angannya tadi melayang entah ke mana.
Perlahan Aathif labuhkan punggung di sebelah Bella. Rapat! Tetapi Bella mengesot duduknya.
"Bella..." Aathif paut jemari Bella yang masih keraskan diri. Dia sangat kisah dengan apa yang mengganggu emosi isterinya saat ini. Mesti ada sesiapa atau sesuatu yang mengusik perasaan Bella. Bella mudah tersentuh apa lagi bila keluarga sendiri tiada di sisi. Dia kuatir benar soal satu itu.
Aathif sedia mahu mengenali Bella. Dia sudah tidak peduli apakah sebelum ini Bella dikenal sebagai seorang Playgirl. Saat matanya terpandang gadis itu di tepi tasik hatinya sudah terikat. Kalau tak mana mungkin dia tolong gadis itu.
"Sayang, abang nak tahu apa salah abang?" masih usaha membahasakan nama yang ingin diguna setiap kali memanggil sesama mereka. Aathif sungguh-sungguh ingin tahu.
Bella bingkas berdiri. Tidak mahu nampak lemah di mata Aathif. Dadanya turun naik sambil bercekak pinggang mengadap Aathif yang masih duduk.
Wajah suaminya itu jelas bingung.
"Kenapa buat saya macam ni Aathif?" soal Bella lemah.
"Buat yang macam mana? Saya tak buat apa-apa lagi awak dah tuduh saya macam-macam," wajah keliru Aathif ditenung. Lama.
Bella terkebil-kebil mendengar jawapan Aathif. Macam ada lain maksud ayat itu.
ISBN 978-967-14001-2-8
Whatsapp "NKAB stok" 011-62099050
Year End Sale (YES due date 31/12/2019)
KAMU SEDANG MEMBACA
Nak Ku Ajarkan Bercinta?
RomanceTajuk : Nak Ku Ajarkan Bercinta Genre : Dewasa (mengandungi unsur-unsur cheese. Tidak sesuai untuk 18 ke bawah!) ISBN : 978-967-14001-2-8 Diterbitkan pada : 29 Jun 2016 Penulis : Imaro Ragizhi Penerbit : Cerita Hati Imaro Order Online :...