BUKAN mudah untuk memujuk hati yang luka. Bukan mudah untuk berterus-terang perkara sebenar yang berlaku. Bukan mudah untuk sembunyikan apa sebenarnya yang mahu diterangkan kepada keluarganya. Salsabila sudah kesuntukan masa. Esok Jumaat hari nikahnya, ayahnya kena ada sebagai wali. Ah! Macam mana perasaannya sekarang mahu berdepan dengan semua ahli keluarga.
"Kau macam mana?" Medina sedang memandu. Hala tuju ke rumah keluarga Salsabila.
"Macam yang kau nampak sekarang," Bella suara lemah dan tiada mood. Nafasnya dihela bersama debaran memuncak di dadanya.
"Aku doakan semuanya berjalan lancar,"
"Aku takut... Aku takut hidup dengan lelaki yang aku tidak kenal,"
Wajah Bella pucat. Takut dan bimbang bersatu.
Medina memandang sesaat wajah sahabatnya.
"Habis sekarang kau nak batalkan? Kau sanggup sorok muka seumur hidup pasal kes khalwat kau tu akan dapat publisiti meluas. Ini saja jalan yang kita ada agar kes itu tidak dibicarakan panjang. Aku rasa lebih baik mengadap ibubapa kau adik-beradik kau punya perangai daripada orang ramai yang mencemuh. Yang tak tahu apa-apa hal tersebut. Aku ada kau jangan takut."
"Medina... thanks!"
"Okey, Bella... kau jangan fikirkan apa yang akan terjadi dulu. Kau tu sekarang macam mana? Kau memang betul-betul nak teruskan atau tidak ni?" Medina bersungguh-sungguh cuba memberi tenang suasana.
"Aku pun tak tahu hati aku sendiri saat ini Medina. Apa yang aku tahu, aku dah beri persetujuan pada Aathif. Aku dah tak ada keyakinan. Aku dah hilang keberaniaan. Aku bimbang penerimaan ayah dan emak," hampir luruh air mata Bella menahan gelora tekanan dalaman. Perasaannya sedang berkecamuk.
"Aku dah serah hidup aku pada lelaki yang aku tak kenal."
"Lebih baik kau tak kenal dari Raja Aris, Syed Fazrul dan Tuah Johan. Mahukah kau makan hati setiap hari melihat pe'el dan perangai lelaki begitu. Belum tambah lagi nama-nama lelaki lain yang perlu aku ingat. Sampai kadang-kala aku dah tak ingat yang mana satu. Aku jadi hairanlah dengan dia orang," bebel Medina macam selalu.
"Aku tak minta begini takdir ku!" Bella sudah tersedu-sedan. Emosi menguasai mindanya.
"Bella, kenapa ni?" Medina melihata air mata Bella menitis perlahan menuruni pipi.
Bella ketap bibir sebak di dada tidak keruan.
"Menangislah Bella. Lepaskan bebenan dalam hati kau... semoga dengan itu kau boleh tenang. Jangan pendam, aku ada dengar masalah kau," kata Medina penuh simpati sambil mengelus belakang Bella.
Perjalanan ke rumah orang tua Bella sudah tiada perbualan.
KERETA yang dipandu Medina berhenti betul-betul di hadapan sebuah banglo mewah. Betul ke destinasinya? Matanya dikecilkan ke arah Bella. Bella ketap bibir.
"Betul ke ini rumah kau?" nada suara Medina jelas terkejut.
Bella angguk. Sepanjang mereka kenal dia tidak pernah beritahu identiti dirinya.
"Masih takut?" Medina bersuara memujuk.
Bella angguk. Kaku di tempat duduk. Resah kerana kepulangannya kali ini pasti mencetuskan kemarahan ayah dan emak serta abang-abangnya.
Tiba-tiba, sebaik melangkah keluar dari kereta seseorang bertempik kuat dari dalam rumah. Baru Bella perasan perkarangan rumah ibubapanya dipenuhi dengan kereta-kereta mewah. Apa kes?
Jangan-jangan... ayah dan emaknya dah tahu?! Big NO! Tidak.
"Bella?" soal Medina, rasa hairan menyerbu dada kedua-dua gadis itu.
Kekecohan sedang berlaku kepada penghuni rumah itu.
Makin berdebar Bella jadinya.
Tiba-tiba puan Salamah meluru keluar ke arah kereta Medina.
Salsabila berdiri di luar kereta terkejut dengan serangan melulu emaknya. Belum pun sempat dia beri penjelasan.
"Tak guna punya anak! Menconteng arang ke muka orang tua!" Salamah angkat tangan.
Terkejut Medina. Habis ditarik-tarik tubuh anaknya itu dipukul. Bella terus kaku. Tidak cukup dengan itu pipi Bella ditampar berulang-ulang.
"Tak guna! Apa yang kau fikir? Bukankah emak dah cakap tak usah kerja! Harta keturunan kita tak habis tujuh keturunan. Yang kau gatal-gatal nak pergi kerja juga kenapa?" Salamah memperlakukan tubuh Bella tanpa henti. Medina tiada kudrat untuk menahan serangan Salamah.
Kuatnya orang tua ini!
Kehadiran emak Bella diikuti oleh abang-abangnya dan ayah Bella.
Ayah Bella cuma memberi pandangan tajam.
Mereka berusaha meleraikan tindakan puan Salamah yang sudah menggila. Habis daya puan Salamah terkulai lemah. Terus dipimpin masuk oleh suaminya. Bella yang menerima pukulan dan kata-kata makian emak tanpa banyak soal. Cuma air matanya sahaja yang mengalir deras di pipi.
"Bella!" panggil Medina membawa Bella ke dalam pelukannya. Dia tahu sahabatnya itu sakit. Sakit bukan kerana dipukul tetapi hati di dalam itu yang sakit.
"Aku tak tahu kenapa nasib aku begini Medina..." sayu ucapan kata-kata Bella. Duduk di atas jalan di bawah terik matahari menyesali nasib diri.
"Kau kuat hadapi cabaran ini Bella," pujuk Medina.
"Aku... aku sudah tidak ada tempat untuk dituju," ucap Bella bersama esak tangisnya.
Medina ketap bibir.
"Macam mana nak jelaskan kepada mereka jika begini keadaannya..."
Kebetulan atau suratan. Mereka bertemu hari ini di rumah Bella.
"Awak!" panggil Aathif. Mahu beri jaminan dengan kata-kata 'saya ada.'
Pandangan mereka bertaut. Tanpa suara Rock tahu hati gadis itu terluka lagi.
ISBN 978-967-14001-2-8
Harga reject PBAKL RM20 now update 23/06/2017
Order Online : 0195377352
website : www.imaroragizhi.blogspot.my
KAMU SEDANG MEMBACA
Nak Ku Ajarkan Bercinta?
RomansaTajuk : Nak Ku Ajarkan Bercinta Genre : Dewasa (mengandungi unsur-unsur cheese. Tidak sesuai untuk 18 ke bawah!) ISBN : 978-967-14001-2-8 Diterbitkan pada : 29 Jun 2016 Penulis : Imaro Ragizhi Penerbit : Cerita Hati Imaro Order Online :...