Bab 1 | Pertemuan

364 2 1
                                    

AREEJ berdiri serta-merta rasa geram mencengkam jiwa. Tanpa segaris warna di wajahnya, masam sahaja. Dia berasa dirinya dipermainkan oleh Emran. Dia pandang Emran dengan tajam, wajah lelaki itu tidak mencerminkan apa-apa, yang sedang tersengih di depannya. Emran adalah lelaki yang dikenali hanya melalui pertembungan di kampus dan teman orientasi mengenali lelaki itu dan sekarang Emran ada bersama dalam hari terakhir Minggu Destini Siswi (MDS).

Gambaran yang tepat untuk menilai lelaki seperti Emran ialah tidak tahu malu. Lengkap segala pakej yang memualkan tekaknya dan menyempitkan pembuluh darahnya sehingga dia rasa bagai nak cekik mamat sewel ini. Daripada melayan lelaki seperti Emran lebih baik dia beredar segera dari sini.

"Areej, dia bukan pelajar dalam bidang kita,"

Suara rakan sekuliahnya menerjah telinga Areej. Nasib agak baik MDS baru saja berakhir petang Jumaat ini.

"Bagaimana dia boleh terlibat dalam aktiviti kita hari ini?"

Wajah Areej garang mencuka.

Emran tersengih angkat kening seperti mencabar api amarah Areej. Mahu sahaja dilempangnya wajah itu.

Saling pandang memandang antara semua pelajar yang ada di situ. Ada yang angkat bahu, angkat kening, kerut muka, mencebik dan bermacam-macam bagai reaksi dengan mimik muka yang tersendiri. Suara-suara sumbang juga kedengaran menyindir apabila mendengar soalan lantang Areej.

"Areej aku rasa dia kejar kau," Nora bersuara perlahan di telinga kanannya.

"Ha-ah, sejak hari kita melapor diri lagi aku perasan," Sarah berdiri di sebelah kirinya.

Rimas pula Areej diperlakukan begitu oleh kedua sahabatnya yang baru menjalin tali silaturrahim sepanjang MDS berlangsung.

"Siapa dia ni?" kembali Areej menyoal Sarah bila menyedari dirinya jadi perhatian.

Kedua sahabatnya itu angkat bahu tanda tak tahu.

Emran cuma memerhati gelagat gadis bernama Areej itu. Dia sedar dirinya sedang diperkatakan. Tapi apakan daya dia tidak boleh melawan rasa hatinya yang sejak akhir-akhir ini kurang mendengar nasihat. Dia sendiri serba tidak kena.

"Sudahlah aku rasa aku tak minat nak teruskan aktiviti kita hari ini," Areej bergerak menggamit pergi Nora dan Sarah bersama keluar dari dewan.

Emran yang sejak dari tadi diam membisu mula melangkah ke hadapan Areej. Debaran mula terasa dalam dada yang menyesak pada Areej. Apa kena pula Mamat sewel ini sesuka hati sedap mak bapa dia masuk tanpa izin ke sini.

"Eh! Tunggu laaa, dulu..." tangkas pula jari-jemari Emran menangkap lengan baju kurung Areej. Gadis berbaju kurung biru muda awan sedondon warna tudungnya itu benar-benar menawan sukmanya.

Areej terkejut bukan kepalang, berani sungguh lelaki yang tidak tahu asal usul ini menyentuhnya.

"How dare you!" Areej membutangkan mata, marah Emran. Debaran dadanya kencang tak menentu. Kenapa jantungnya seolah-olah lari dari landasannya.

Emran yang terkejut dengan tindakan drastik dan jeritan Areej itu, segera melepaskan genggaman tangannya di hujung lengan baju kurung Areej. Sampai macam itu sekali reaksi gadis ini belum ada apa-apa pun bagai nak pecah gegendang telinganya oleh jeritan lantang Areej. Drama mereka menjadi tontonan bercupak mata. Malu ditolak tepi.

"Garang gila, lebih dari singa," Emran senyum bersama kening terangkat. Dia tak gentar, pengalamannya dengan ramai gadis tidak menggugatnya kini. Sikap dan cara Areej itu seperti malu-malu kucing tapi mahu begitulah apa yang difahaminya sebagai seorang lelaki dewasa. Setiap gadis begitulah sikap mulanya, jual mahal kononnya, hakikatnya jiwa menggeletek mahu. Dia pasti Areej sebaik sahaja tahu siapa dirinya sebenar tentu terlenggok dan tersenyum meleret menerimanya tanpa tarik tali begini. Huh! Dasar perempuan semuanya materialistik, sama saja.

Si Pemburu Hangat!Where stories live. Discover now