Bab 11 | Mengguris perasaan

112 1 1
                                    

SEBAIK saja Areej masuk, Emran terus pecut kereta. Selepas mendapat pesanan makanan, mereka makan tanpa suara. Terkebil-kebil mata Emran melihat betapa pantasnya Areej menghabiskan nasi goreng ayam dan air suam di depannya. Kebulur sangat nampaknya gadis itu.

"Awak tak sarapan ke pagi tadi?"

Soalan Emran itu menghentikan tingkah Areej yang kekenyangan di hadapannya. Nak terus terang ke tidak ni?

Areej menggaruk pipinya yang gatal. Sedang berfikir jenis jawapan yang mahu diberi. Dia tidak berduit atau nak terus terang keadaan sebenar hidupnya. Mungkin Emran akan faham kerana pernah menjadi seorang pelajar. Tapi mahukah Emran terima anak siapa dia sebenarnya.

"Saya nak cepat ni ada hal."

Areej tidak menjawab soalan Emran.

"Boleh kongsi dengan saya, saya sudi mendengarnya."

Alahai... buang tabiat pula lelaki ini.

"Awak pernah rasa jadi pelajar juga kan," jawapan Areej tidak ada kena mengena langsung dengan soalan Emran.

"Ya. Saya pernah jadi pelajar macam awak tapi tak adalah teruk sangat macam ni, makan pun tak baca doa..." balas Emran tanpa rasa sensitif. Areej tersentak.

"Saya tahulah awak tak pernah rasa hidup susah. Macam saya... siapa kata saya tak baca doa makan, entah-entah awak yang tak baca doa," balas Areej tidak mahu mengalah. Dia terguris dengan kata-kata lelaki itu.

"Dah awak tanya saya macam tu. Saya jawab jujurlah. Saya pernah jadi pelajar. Soalan saya awal tadi senang aje. Awak jawab benda lain. Kan saya tanya sarapan ke tidak pagi ni?" tegas Emran memperlihatkan sikap ambil beratnya. Nanti Areej salah sangka, dia juga yang susah.

"Ada."

"Apa? Saya nak tahu secara details?" pinta Emran.

Sarapan dia suka hati dia nak makan apa. Eee... mengada-ngada pula.

"Biskut manis dan Nescafe paket," jawab Areej perlahan. Semua benda nak lapor, sibuk aje nak tahu.

"Patutlah saya tengok awak kebulur. Saya tahu awak sibuk belajar. Tapi pada saya makanan kena jaga juga. Tengok! Sekarang dah jam berapa baru awak makan makanan berat?" bebel Emran.

Belum ada apa-apa dah sibuk nak jaga anak orang. Melebih-lebih nampak. Nanti aku cakap kecil hati pulak mamat senget ni. Tak ada aku nak dengar pendapat kau tu pun. Areej ambil sikap berdiam diri.

"Kalau awak jatuh sakit, saya juga yang susah,"

Perasan!

"Oh, jadi awak doakan saya jatuh sakit ya?"

Emran merenung penuh kasih wajah di depannya itu.

"Kalau awak perlukan apa-apa beritahu saya, saya boleh dapatkan," ucap Emran membawa maksud tentang pemakanan.

Mentang-mentanglah dia dah terima pemberian Samsung Galaxy Note II, bolehlah caling-caling ya. Rosak bahasa! Ingat dia reti sangatkah nak guna. Nasib baik beri kerana sempena harijadinya. Kalau ikutkan hati, memang dia nak pulangkan semua barang-barang tu. Tapi mengingatkan Emran akan kecil hati, dia tahan ajelah perangai sewel Emran ni. Atau lelaki tu nak jadi tukang hantar makanannya pula lepas ni? Hai!!! Lemas jiwa Areej layan perangai sewel Emran ni.

"Saya boleh hidup begini, awak sendiri akui awak pernah jadi pelajar. Saya rasa awak tahu kehidupan pelajar tak ada mewah sangat kecuali mereka yang lahir dah sedia ada ibubapa yang berada. Macam saya ni, semua benda pun kena uruskan seorang diri," Areej ketap bibir. Silap. Dia menjerat Emran dengan perkongsian tentang kehidupannya.

Si Pemburu Hangat!Where stories live. Discover now