Bab 10 | Telefon berdering

80 2 1
                                    

Rindu... rindu serindu rindunya... namun engkau tak mengerti... Kalaulah Emran mengerti mengapa dia sering menolak, dia jadi takut dan malu.

Areej mengangkat muka dan badannya disandar ke kepala katil. Mengenang Emran, wajah kacak lelaki itu terbayang bersama emosi yang bergolak kerana penolakan demi penolakan darinya. Rasa bersalah pun ada.

"Tak berdering pula telefon ni. Tadi sibuk memekak. Aku nak tidur pun tak boleh," bebel Areej terkebil-kebil menatap skrin kosong telefon tersebut. Bercakap pada telefon nanti orang kata aku sewel pula. Sengih lagi.

Areej atur langkah keluar ke bilik mandi. Dia mahu membersihkan diri, dari menanti panggilan yang tak kunjung tiba, lagi baik dia keluar mencari makan, perutnya pun dah lapar.

Sebentar tadi dia terlupa buat pesanan pada Qistina. Nak dail nombor telefon Qistina dia tak tahu, lagipun telefon ini dia tak reti guna.

Kerokkk... perutnya berbunyi. Perut pun dah minta diisi. Qistina tentu lewat balik sebab keluar dengan Suhaz.

Telefon berdering.

"Rindu... rindu serindu rindunya... namun engkau tak mengerti..."

Lagu itu berkumandang nyaring sekali lagi.

Areej terkocoh-kocoh masuk ke bilik. Deringan telefon itu berhenti lagi. Tak sempat dia menyambut panggilan tersebut.

Isk! Menyusahkan betul telefon ni. Lebih baik tiada. Tapi apasal kau terburu-buru nak sambut panggilan. Kenapa kau kisah? Kau sudah merindu juga kan macam lirik lagu tu... Pandainya... tak kuasa aku nak layan. Menyampah! Eh, si jantung hati?! Nama yang tertera di skrin telefon itu tadi. Perasanlah sangat! Nak jadi jantung hati aku. Tunggu pisang berbuah dua kali.

Naik geram Areej dengan usikan telefon tersebut sejak ada padanya. Areej mencampak telefon itu atas katil. Langsung tidak menyenangkan pemilik baru ini! Sambung Areej merenung telefon itu di atas katil.

Kerokkk... perutnya benar-benar lapar dan minta untuk diisi. Tak boleh lambat-lambat ni.

Pantas itu Areej berpaling. Sempat lagi dia mengambil telefon tersebut dan memasukkannya dalam beg duitnya. Pintu dikunci rapat.

"Tak boleh jadi aku dah lapar sangat dah ni..." bebel Areej turun tangga.

"Padan muka aku tak jawab," merujuk kepada panggilan telefon yang tidak berjawab.

Niatnya mahu ke stesen bas. Dua anak tangga sekaligus dilangkahinya. Cepat dan segera menjejaki bumi. Sebaik sebelum langkah akhirnya menapak di atas anak tangga terakhir. Hampir dia bertembung dengan seseorang. Apakah benda berdiri kat situ...

Bulat besar bola mata Emran. Berdiri tegak di anak tangga terakhir. Hampir Areej terlanggarnya.

Padan muka, rupanya Emran ada di bawah sejak tadi? Sumpah lagi. Sumpah lagi. Tengok! Tukang paksa dah sampai. Paksa sampai tak ingat! Areej mengusap dada, tanda terkejut hampir melanggar Emran.

"Patung cendana pun tak tegak macam awak," ucapan sinis Areej tanpa peduli wajah marah di hadapannya itu.

Emran angkat kening. Oh tak takut ye. Sombong ye. Siap.

Namun begitu, gadis bernama Areej ini sentiasa buat jantungnya berdebar, walaupun kata-kata yang dilontarkan sinis.

Tengah lapar ni! Apa hal tercengat macam patung... Oiii... dengar tak ni dia lapar!

"Awak nak ke mana? Turun tangga pun kelam-kabut. Sampai saya yang besar gerabak pun awak tak nampak?" soal Emran tegak tak berganjak dari tempatnya berdiri. Mendongak memandang Areej.

Si Pemburu Hangat!Where stories live. Discover now