Bab 9 | Kerja kejar awak

99 1 3
                                    

"KENAPA setuju nak ikut?" Emran menyoal setelah masing-masing diam.

"Awak tahu sendirilah malas saya nak cakap," balas Areej dengan nada sinis. Macam mereka pasangan kekasih yang sedang bermasam muka.

"Saya kejar, awak lari, awak takutkan apa sebenarnya?" Emran senyum. Soalan tak pernah masuk topik.

"Buaya darat." Areej malam ini jauh sekali bezanya. Bicara Areej kali ini berbisa.

"Kalau buaya darat yang awak takutkan sangat, itu bukan saya. Saya tak terkam mangsa yang rela ikut macam awak ni." Emran menyindir, menghentikan bicara di situ. Perkataan rela ditekan sedikit.

Suka sangat pusing cakap! Ikut sedap dia aje bercakap.

Sebut tentang buaya darat, kenangan indah bersama Maizurah menggamit ingatan Emran. Waktu tu dia masih muda remaja. Segala kepercayaannya dileburkan Maizurah begitu sahaja. Entah siapa yang silap hubungan yang diatur putus jua akhirnya.

"Emran... I dah kahwin!"

Pesanan mesej yang diterima itu buatkan jiwa Emran sentap. Hariannya menjadi suram. Tanpa tahu apa punca retaknya hubungan dengan Maizurah secara tiba-tiba. Pesanan mesej itu merubah 360 darjah persepsinya terhadap percintaan dan harapan hari esok. Impiannya musnah untuk mendirikan rumah tangga dengan Maizurah. Dia tahu Maizurah tidak sanggup menunggunya berjaya dalam perniagaan yang baru diceburi. Emran pantas mendail nombor telefon Maizurah.

"Benarkah SMS Mai kejap ni?" Emran terus menyoal. Selepas Maizurah ucapkan salam dan dia menyambutnya.

Panas hati Emran. Rasa ghairah untuk khabarkan kejayaan pertamanya di Kuala Lumpur merebut tender Landskap Putrajaya terus bertukar hambar. Hari ini rasa seperti panas matahari membahang menyengat kulit.

Emran tak mampu mengawal emosi.

"Kenapa?"

Maizurah membisu.

"Kenapa tak tunggu I?"

"I dah terlalu lama tunggu you, Emran!" balas Maizurah tanpa perasaan sesal.

Sesak dada Emran mendengar jawapan itu. Emran tarik nafas berat. Dia faham benar maksud ayat Maizurah itu. Matanya dipejam rapat.

"Siapa?" singkat soalannya. Emran menyoal Maizurah tanpa menyatakan secara terperinci maksud soalannya. Dia dapat meneka dalam hati gerangan insan yang berjaya merebut Maizurah darinya. Entah mengapa dia yakin dia tahu gerangan orang yang memiliki Maizurah.

Senyap.

Sepi.

Tanpa suara Maizurah di sebelah sana.

"Jangan kata pada I, Tengku Mirzan!" ucap Emran lemah.

Diam lagi.

Mirzan memang ada menyatakan hasrat untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi dia tidak sangka kekasih hatinya pula yang berpaling tadah. Sampai hati kau Maizurah, buat aku begini.

"Benarlah Mirzan kan?" tekan Emran nama itu berulang lagi. Hanya nafas Maizurah dilepaskan terdengar di corong telinganya.

Mirzan mampu dan berjaya. Bekerjaya tapi jika tak bekerja pun Mirzan memang kaya raya. Pewaris harta generasi dari generasi.

Sepi tanpa suara Mai menyahut.

"Kenapa mesti Mirzan, Mai?" hampir luruh airmata lelakinya.

"I..." teragak-agak Maizurah mahu membalas soalannya.

Emran masih cuba menahan sebak di dada. Kejayaan yang dikecapinya sebentar tadi seperti tiada makna apa-apa. Usahanya yang bersungguh-sungguh demi memenuhi impian bersama Maizurah telah lenyap.

Si Pemburu Hangat!Where stories live. Discover now