bab 7

3.6K 139 1
                                    

Pintu kereta mercedes ditutup kuat. Daniel haikal menendang tayar kereta kepunyaannya tanda protes. "Time-time macam ni lar kau nak buat hal". Daniel haikal melihat sekeliling. Hari sudah semakin gelap dan cuaca seperti mahu hujan. Telefon bimbit terus sahaja dikeluarkan dari poket seluar. Punat telefon laju ditekan mendail nombor telefon ali. "Ali ambil aku sekarang". Telefon bimbit disimpan kembali selepas memberitahu lokasi dimana dia berada. Daniel haikal berjalan perlahan menuju ke kedai cupcake yang menjadi pilihannya sejak kebelakangan ini. Nasib baik kedai ni buka lagi. Mana mungkin dia mahu berdiri berseorangan dengan hari yang semakin gelap. badan sasa dan tubuh yang tinggi tidak boleh memberi jaminan dia tidak takutkan hantu. Dengar nama dia je sudah menakutkan inikan pula mahu melihat wajah hantu itu. Ah, the rock dan hulk hogan pun belum tentu mereka boleh tahan terkucil apabila nampak hantu. Pintu Mar's cupcake ditolak. Mata daniel haikal laju mencari chocolate moist cupcake yang selalunya disusun di meja kecil di tengah kedai ini. Tetapi hari ini tiada pula. Mungkin hari ini disusun di tempat lain kot. Natasya ariana berlari anak menuju ke ruang hadapan kedai untuk melayan pelanggan. Abangnya Airil sufiyan tidak kerja pada hari ini dan cik idah pula sedang sibuk membantu azmi didapur. Eh? Mamat ni lagi. Dia ni memang setiap hari makan cupcake ke macam mana?. "Encik, boleh saya bantu?" Ramah Natasya Ariana. Daniel haikal memandang sekilas wajah natasya ariana dan kemudiannya menyambung kembali mencari chocolate moist cupcake. Sudah dua kali dia pusing pada meja yang sama untuk mencari cupcake itu. Natasya ariana menghembuskan nafas perlahan. Apa masalah orang yang berat mulut ni. Natasya ariana mengambil penyapu di sudut tepi kedai. Malas mahu melayan kerenah mamat ni. Lebih baik aku sapu sikit-sikit dahulu Memandangkan sebenarnya shift dia sudah habis. Natasya ariana selalunya balik bersama abangnya. Hari ini lambat pula mamat itu ambil aku. Natasya ariana memandang sekilas pada Daniel haikal. Kelihatan lelaki itu sedang leka bermain telefon sambil duduk di bangku yang disusun di bahagian tepi kedai setelah penat mencari cupcake yang dimahunya. Natasya ariana memerhatikan wajah lelaki itu. Hensem juga mamat ni. Cubalah dia senyum sikit. Getusnya di dalam hati. Dia memerhati pula jambang yang tersusun rapi didagunya. Tetapi kali ini pandangannya dibalas. Natasya ariana terkejut lalu berpura-pura sedang mengira cupcake di kaunter. Daniel haikal menundukkan wajahnya. Dia tidak selesa diperhatikan. Natasya ariana memusing badan kebelakang sambil menepuk-nepuk dahinya. Dah sah-sah tadi tu kantoi, dah kenapa pula nak kena pura-pura macam itu. Tidak lama kemudian, kedengaran deruman kuat enjin kereta ferrari 488 spider di hadapan kedai. Untuk seketika, mata Natasya ariana buntang. Sejak bila pula airil ni jadi jutawan belikan aku ferrari. Lamunan natasya ariana mati apabila  Daniel haikal bangun dan berjalan menuju ke kereta ferrari tersebut. Wow.. kayanya mamat ni. Itu lah jangan ingat orang yang mulut dia ada kunci tiada kunci ferrari. Err.. macam tidak kena je. Selepas sahaja ferrari berwarna biru itu memecut laju membelah kehangatan malam. Natasya ariana sambung menyapu bahagian tempat duduk daniel haikal sebentar tadi. Eh? Telefon?

          "budak-budak diorang kami dah settle kan tetapi ketua diorang kami masih berusaha mencari" beritahu ali sambil matanya tetap fokus memandu. Sebatang rokok dikeluarkan dari poket seluarnya. Sejurus selepas itu, api dinyalakan terus sahaja asap rokok memenuhi tempat duduk hadapan. Ali mengerling sedikit matanya pada daniel haikal apabila tiada respon yang diberikan. Situasi seperti ini sering berlaku apabila dia hendak memberitahu sesuatu. Pasti tiada respon yang diberikan. Ali sudah kenal sangat dengan daniel haikal ini. Mana tidak nya, dia sudah lama berkhidmat untuk hazmi sejak daniel haikal masih di bangku sekolah lagi. Walaupun begitu, dia kurang bercakap dengan daniel haikal kerana sifatnya yang suka bersendirian. Lain pula dengan hazmi, hazmi sudah dianggap seperti abangya. Dia sanggup berkerja seperti ini pun kerana hazmi pernah membantu keluarganya yang kurang kemampuan dan pada ketika itu hazmi menawarkan kerja bersamanya dengan bayaran yang agak lumayan. Ali pantas bersetuju untuk menjadi sebahagian dari geng boss. Hazmi atau Dato' hazmi bin ibrahim terkenal dengan perniagaan harta tanahnya. Walau bagaimanapun, bukan perniagaannya yang menjadi punca semua harta kekayaannya ini tetapi kerja kotor yang dilakukannya yang terlindung dengan nama perniagaannya. Siapa yang tidak kenal HZR holding? Sudah pasti pemiliknya antara salah satu jutawan Malaysia. Kereta ferrari 488 spider memasuki halaman rumah banglo 2 tingkat itu apabila pagar sudah terbuka sepenuhnya. Selepas brek tangan ditarik, ali pantas bangun keluar dari tempat memandu untuk membuka pintu kereta di bahagian daniel haikal. "Sudah sampai boss". Ali menunduk hormat pada daniel haikal. Sejurus itu daniel haikal keluar dari keretanya sambil tangannya membuang putung rokok berdekatan dengan tempat ali berdiri. Kemudiannya, dia berjalan menuju ke pintu utama rumah banglo tersebut. Ali menjuihkan bibirnya. Kalau hendak diikutkan hatinya, memang tidaklah dia hendak kerja di bawah daniel haikal ini jika bukan kerana pesanan hazmi untuk menjaga anaknya ketika dia sudah tiada nanti. Haih.. hazmi.. hazmi.. kenapalah anak kau bukan seperti kau. Minda ali kemudiannya diserang kembali kejadian yang meragut nyawa hazmi. Ketika itu hanya dia dan hazmi sahaja keluar untuk ke kedai dengan menaiki kereta. Dalam perjalanan, hazmi meminta ali singgah sebentar di tandas awam berdekatan. Salahnya kerana membiarkan hazmi ke tandas seorang diri. Akibatnya, hazmi dibunuh dengan tikaman di dalam tandas tersebut. Ali perasan kejadian itu kerana hampir 15 minit ketuanya tidak keluar dari tandas. Sebaik sahaja pintu tandas ditendang oleh ali dari luar, hazmi sudah tidak sedarkan diri dan mayatnya itu di sorokkan sedikit.
Ali menutup enjin kereta ferrari 488 spider dengan perlahan. Fikirannya masih terbayangkan kejadian terbabit. "Maafkan aku hazmi. Aku tidak perasan ada yang mengikut kita ketika itu". Tangannya digenggam. Bukan daniel haikal sahaja yang geram dan marah terhadap perkhabaran ini, dia pun turut rasa sebegitu. Tunggulah.. aku akan cari sehingga mati orang yang membuat angkara ini.
       

Gangster RomanticWhere stories live. Discover now