bab 8

3.4K 135 4
                                    

Jaket kulit berwarna hitam diramas - ramas, kemudiannya kesemua laci dibiliknya pula menjadi mangsa diselongkar daniel haikal. Satu bilik sudah dicarinya, mana pergi telefon aku ni!!!. Daniel haikal menjerit di dalam hati. Dia duduk di hujung katil apabila sudah penat hampir setengah jam mencari telefonnya di setiap tempat di dalam biliknya. Mana mungkin telefon itu berada di ruang rumahnya yang lain. Seingatnya, dia terus ke bilik sejurus sahaja selepas keluar dari kereta. Selepas sahaja dia mandi dan telefon itu gagal dicarinya. Jangan - jangan tertinggal di kedai cupcake tadi. Ahhh.. Sudahlah semua nombor penting di telefon itu tiada salinan lain. Daniel haikal baring malas di atas katil bersaiz king yang tersusun cantik di tengah biliknya. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengambil telefonnya di kedai cupcake tadi. Kemudiaannya wajah gadis yang berkerja di kedai mar's cupcake menerjah masuk di kotak fikirannya. Entah kenapa setiap kali dia mahu membeli cupcake di kedai tersebut pasti gadis itu yang bertugas. Tiada pekerja lain ke?. Sudahnya tadi dia perasan gadis itu mencuri pandang wajahnya. Apabila dia membalas kembali pandangan tersebut, gadis itu serta - merta mengira cupcake di kaunter. Haihhh... tangan sedang memegang penyapu tiba-tiba mengira cupcake. Idea tu tolonglah logik sedikit. sudahnya tertangkap dapat tahu yang gadis itu hanya berpura-pura. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman, lucu dengan gaya gadis itu tadi. Eh kejap! Tiba- tiba sahaja lamunan daniel haikal mati. "Apahal aku teringat perempuan itu pula. Menyemaklah" marahnya pada diri sendiri. Jarang sekali perkara lucu sebegini berlaku padanya. Mungkin kerana itu dia teringatkan kembali. Selepas ameen daniel pindah ke tempat lain ketika mereka masih di bangku sekolah, tiada lagi perkara yang boleh membuatkan dia ketawa. Bapanya, hazmi tidak selalu ada masa untuknya. Hmmm papa. Fikirannya beralih pula kepada bapanya. "Walaupun tak selalu bersama, papa seorang je yang sayangkan daniel, yang tidak akan tinggalkan daniel". Ucapnya perlahan. Air mata lelakinya tumpah untuk sekalian kalinya. Mata dipejamkan rapat dan akhirnya dia terlena.

All the single ladies,
All the single ladies,
All the single ladies,
All the single ladies,
Now put your hands up

Nastasya ariana mengangkat tangan meraba - raba telefon samsungnya di atas rak yang dilekatkan pada dinding di atas kepala katilnya. Lagu Alarm bangun pagi nyanyian beyonce  terus sahaja ditutup kasar. Lagu ni perli aku lah tu. Tahu lah aku masih single. Rungutnya dalam hati. Walhal dia yang memilih lagu itu sebagai alarm telefon. Hampir setiap pagi dia akan mengatakan benda yang sama. Natasya ariana memaksa dirinya duduk elak daripada tertidur kembali. Samsung galaxy note 5 dicapai kembali. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Telefon di letakkan di meja sebelah kanannya. Kemudiannya mata natasya ariana beralih pula ke iPhone 6 gold yang juga diletakkan di atas meja itu. Telefon mamat yang berat mulut tu. Bukan niatnya untuk membawa balik barang yang bukan haknya itu tetapi takut pula dia hendak tinggalkan di kaunter kedai. Iphone 6 gold itu dibelek-belek. Aku tak pandai guna iphone sebab itulah aku beli samsung. Getus hatinya. Best ke?. Tiba-tiba fikiran nakal muncul. Natasya ariana tersenyum sendiri sambil memandang ke arah pintu. Alah.. bukan ada orang nampak pun. Tengok sekejap je. Tangan natasya ariana ligat menekan punat telefon. Waaa.. tak ada password. Perkara pertama yang hendak diketahuinya adalah kualiti kamera Iphone ini. Natasya ariana mencuba kamera iPhone itu dengan satu selfie. Kemudian, gambarnya dibelek. Cantik juga aku ni. Puji dirinya sendiri sambil senyuman yang meleret. Gambar itu terus sahaja dibuang. Kemudiannya gambar diambil lagi dan terus dibuang. Natasya ariana mengulangi perkara yang sama untuk sekalian kalinya. Hah! Ambil gambar depan cermin mesti cantik. Gambar diambil dengan mimik mukanya membuat duckface. Dalam kelekaannya, pintu bilik natasya ariana ditolak kasar. "Hah! Selfie" sergah Airil Sofian. Iphone ditangan terjatuh di atas kakinya. "Aduh! Hisy kau ni boleh tak ketuk dulu? Ni bilik perempuan lah!" Marah Natasya Ariana sambil mengusap kakinya yang menjadi mangsa keadaan. nasib baik jatuh di kaki aku, iPhone orang kott, kalau pecah screen naya aku. Kemarahan Natasya Ariana tidak diendarkan. Matanya lebih tertumpu pada iPhone 6 gold di atas lantai. Iphone itu diambil. "Bila beli?" Tanya Airil sofian pendek. "Bukan aku punya lah. Ada pelanggan semalam tertinggal. Tuan punya iPhone tak ada pula call nombor ni. Bukan niat aku nak ambil, takut pula tinggal di kaunter. Kalau tiba-tiba hilang macam mana?" Terang natasya Ariana satu persatu. Takut disalah ertikan Airil sufian. Bulat mata Airil sufian memandang adiknya. "Hoi cik kak. Tolong simpan bawa balik dah betul dah. Yang kau gatal ambil selfie tadi tu kenapa? Ni barang orang". Marah Airil Sufian sambil mengcekak pinggang. Natasya Ariana tundukkan wajahnya. Tahu akan kesalahannya. "Hah! tunduk. Iphone ini biar aku yang pegang bawa pegi kedai nanti. Pergi mandi cepat" Arah Airil Sufian sambil melangkah keluar. Natasya Ariana patuh arahan abangnya sambil mulutnya dibuat muncung tanda protes. Orang cuba je. Getus hatinya. Tuala yang disangkut dipintu almari dicapai dan kemudian terus sahaja menuju ke bilik air yang berada di dalam biliknya.

Gangster RomanticWhere stories live. Discover now