Airil sufian fokus meneliti satu persatu patah perkataan yang tertera di skrin komputer ribanya. Peluh yang mengalir di dahi diseka perlahan. "Ohh.. maknanya dann ni pernah dikecewakan oleh seorang wanita" ucapnya sendirian. Airil sufian menyandarkan badannya pada kerusi sambil jarinya mengetuk - ngetuk meja. Akaun Facebook Ameen daniel ditutup. Serba- sedikit kisah lama Ameen daniel sudah diketahuinya. "Boleh jadi disebabkan kisah lama dia ini menyebabkan dia sudah hilang rasa cinta terhadap wanita". Pen di atas meja pula diputar-putarnya. "Eh, tapi setahu aku dia playboy". Tangannya memicit - micit dahi. Selepas sahaja kejadian pelik yang dilihatnya di kedai tadi, hatinya dilanda kerisauan. Yalah, bagaimana jika sangkaannya betul. Sudahlah dirinya sering mengajak Ameen daniel ke rumah. Airil sufian mengingat kembali semua aktiviti mereka pernah lakukan bersama Ameen daniel. Bermain PlayStation, menonton wayang, menyanyi bersama, beriadah. Airil sufian menelan air liur perlahan. Jantungnya mula berdegup kencang. Bunyi lagu Ride yang dinyanyikan oleh twenty - one pilots sedikit memeranjatkan Airil sufian. Telefon sumsung diambil. Lebih memeranjatkan lagi, pemanggil panggilan tersebut adalah Ameen daniel. Airil sufian teragak - agak untuk menjawab. Ahh.. itu semua sangkaan kau sahaja. Getus hatinya. Panggilan Ameen daniel segara dijawab."Hello, Airil aku nak lepak rumah kau sekejap. Aku dah ada di depan rumah ni"
Entah mengapa hatinya dilanda kerisauan kembali.
"Aku tak ada di rumah. Aku busy ni"
Panggilan dimatikan. Nafasnya ditarik perlahan. You did good Airil. Getus hatinya.
Sementara itu, Ameen daniel berdiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal di hadapan pintu rumah teres dua tingkat itu. Kereta Honda City kepunyaan Airil sufian ditenung sambil fikirannya ligat memikir. Kereta ada, tidak mungkin tuannya tidak ada. Jalan kaki ke?. Tanpa memikir panjang, pintu rumah diketuk untuk mendapatkan kepastian. Natasya ariana yang melangkah turun anak tangga yang terakhir menoleh ke arah pintu. Awal pula mama pulang hari ini. Tuala yang dipegang sebentar tadi disandang di atas bahu. Natasya Ariana yang baru sahaja bangun daripada tidur berjalan sambil mengosok - gosok matanya.Tujuannya turun adalah untuk mandi di bilik air bawah. Entah bagaimana lipas boleh bermain di bilik air di dalam biliknya. Mahu tidak mahu terpaksa menggunakan bilik air di dapur. Pintu dikuak dari dalam. "Mama orang nak pinjam sabun mandi mama yang.."Natasya Ariana yang membuka pintu seakan terkejut. Ayatnya mati di situ. Hanya senyuman yang mampu ditayangkan. Ameen daniel memerhatikan rambut lurus Natasya ariana yang sedikit berselerak. Baru bangun tidur ke? Senyuman terukir di bibirnya melihat reaksi terkejut Natasya ariana. "Maaf, Airil ada?" Tanya Ameen daniel. "Ada" Jawapan pendek sahaja diberikan. Terus sahaja kakinya melangkah laju menuju ke bilik air. Malangnya, kaki nya tersandung pada karpet yang diletakkan di tengah ruang tamu. 1..2..3.. kedebuk. Mata dibuka perlahan. Sedar dirinya sedang terbaring angkara karpet tebal itu. Perkara pertama yang dilakukan adalah melihat lelaki itu. Dia nampak ke apa yang berlaku?. Melihat reaksi lelaki itu dengan mata yang bulat hanya memandangnya tanpa berkedip. Terkejut agaknya. Ameen daniel pantas membantu. Tangan dihulur. "Ariana, awak ok tak ni?". Tangannya masih setia dihulur. Jantung Natasya Ariana berdegup pantas. Kenapa Airil tak muncul selamatkan dia kali ini. Mahu tidak mahu tangan putih lelaki itu disambut manakala wajahnya hanya memandang bawah. Nanti dikata sombong pula. Sudahlah jatuh, sombong pula itu!. Kemudiannya tuala dilantai diambil oleh Ameen daniel. Tuala pula di hulur sambil senyuman tidak lengkang dibibir. Ahhh.. lelaki ini cuba untuk goda aku ke???. Tuala pantas diambil. Kemudiannya, kakinya laju menuju ke bilik air kembali. Tetapi kali ini dengan penuh berhati-hati. Takut juga terjatuh sekali lagi. Ameen daniel memandang pelik perempuan di hadapannya itu. Kemudiaannya untuk sekelian kalinya dia tersenyum lagi. Malu lah itu.
Pintu bilik diketuk dari luar. Niat Airil sufian yang baru sahaja hendak baring di katil terbantut. Nafasnya mendengus kasar. Disangkakan adiknya datang mengganggu. Ini tidak lain tidak bukan hendak suruh teman pergi kedai lah tu!. "Masuk!" Airil sufian menjerit sedikit. Pintu dikuak dari luar. Membulat mata Airil sufian melihat gerangan tetamu biliknya itu. Ameen daniel menyandarkan badannya di pintu sambil menyilang tangan menghadap Airil sufian meminta penjelasan. Airil sufian menggaru - garu kepala yang tidak gatal sambil sengihan di bibir. "Dann. Datang juga kau akhirnya. Aku nak tengok tahap kesetiaan kawan kau terhadap aku". Tipu Airil sufian. Ameen daniel melangkah masuk bilik yang agak berselerak itu. Air liur ditelan perlahan. "Kau nak apa?" Tanya Airil sufian lagi. Ameen daniel hanya membiarkan soalan rakannya itu. Ameen daniel menempatkan dirinya di sebelah Airil sufian yang sedang duduk di katil. "Jom pergi main bola?" Ameen daniel mengajak rakannya itu. Sudah lama rasanya mereka tidak bermain bola bersama.
"Aku tak sihatlah. Kau pergi lah bermain dengan yang lain dahulu". Airil sufian memberi alasan. Entah mengapa dirinya diselubung kerisauan walaupun sudah acap kali mengatakan pada dirinya sendiri bahawa itu hanya lah sangkaan dia sahaja. Ameen daniel playboy mana mungkin suka akan kaum sejenis. "Demam ke?" Ameen daniel pantas meletakkan tangan kananya di atas dahi Airil sufian. "Ahhh!". Airil sufian menekup mulut. Ameen daniel memandang pelik sambil tangannya ditarik kembali melihatkan reaksi pelik rakannya. Apa tangan aku ni ada elektrik ke?. "Sorry, tangan kau sejuk sebab itu aku jerit. Er... yang pasal main bola itu aku tak dapat join sebab tak sihat lepas itu sakit-sakit badan. Kau pergi je lah dulu". Terus sahaja selimut ditarik dan pura - pura mahu tidur. Ameen daniel mengangguk faham. Kemudiannya dia bersuara kembali. "Aku pandai urut. Kau nak tak aku urut badan kau tu? Sakit mana?". Pertanyaan Ameen daniel membuatkan badan Airil sufian dengan sendirinya terbangun dari pembaringan sambil selimut ditarik sehingga ke paras dadanya. Peluh mengalir perlahan di dahinya. "Tak apa! Kau pergi main bola sahaja. Pergi sekarang". Badan Ameen daniel ditolak sehingga di hadapan pintu bilik. "Jangan ganggu aku buat masa sekarang ini". Pintu ditutup. Ameen daniel mengetuk perlahan pintu bilik itu. "Airil apa salah aku?". Telinganya didekatkan dengan pintu. Tiada jawapan. Bibirnya dijuirkan. Mesti ada apa-apa ini.Sementara itu, Natasya Ariana yang baru sahaja usai mandi bermudar-mandir di biliknya. Pelbagai persoalan di kepalanya tatkala ini. Senyuman lelaki itu ikhlas ke? Senyuman mengejek kah itu? Bagaimana dia tahu nama aku???!!. Natasya ariana akhirnya terduduk sambil tangannya menekup muka. "Malunya!!!" Jeritan dilepaskan. Kemudiannya dia menekup mulut apabila tersedar jeritannya terlalu kuat.
Ameen daniel yang sedang melilit tali kasut di hadapan pintu utama rumah itu sedikit terkejut mendengar jeritan itu. Kepalanya dijenguk ke dalam rumah itu. Kemudiannya menggaru lagi sekali kepalanya. "Malunya?" Katanya perlahan sambil otaknya ligat sedang berfikir. Kemudian, dia tersenyum sendiri. Haihh.. peliknya keluarga mereka hari ini.
YOU ARE READING
Gangster Romantic
Randomsebuah cerita romantik komedi. Cerita mengenai bagaimana seorang gangster boleh terlibat dalam misi menjadi lelaki yang romantic untuk memikat hati si gadis. Daniel haikal yang dibesarkan oleh bapanya yang merupakan ketua gangster, tidak mengenal er...