Prolog

529 18 2
                                    

"Seorang pelajar sekolah ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan separuh bogel dipercayai dirogol dan dibunuh pada malam semalam. Mayat pelajar tersebut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dengan lebih lanjut. Polis masih menjalankan siasatan untuk mencari pembunuh pelajar tersebut."

Televisyen terpadam dan remote dihempas ke lantai.

"Mati la kita bodoh! Aku dah kata jangan bunuh perempuan tuh! Sekarang nih dah jadi kes polis kau tahu tak! Silap haribulan meringkuk kita dalam kurungan besi tuh!"

Bagaikan cacing kepanasan, tidak senang duduk. Sekejap ke hulu sekejap ke hilir.

"Kau nih duduk boleh tak? Pening aku tengok kau nih. Ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir."

"Rileks la weh. Aku yakin takkan ada satu bukti pun Yang akan ditemui. Aku dah bersihkan semua bukti Yang Ada. Asalkan biar pecah di perut jangan pecah di mulut."

"Kau cakap senang la. Kau ingat polis tuh bodoh? Senang-senang je nak lepaskan kita? Kes nih boleh jatuh hukuman gantung sampai mati kau tau tak?!"

"Cuba korang semua diam sekejap. Bertenang. Kalau korang bertekak pun bukan boleh selesai masalah nih."

Keadaan tenang semula seperti sediakala.

"Sekarang nih macam mana?"

"Kita buat macam biasa je. Kita buat aktiviti harian kita macam biasa. Jangan gelabah. Bukannya ada sapa pun yang tau tuh kerja kita. Kalau bukan salah seorang dari kita yang buka mulut takkan ada sapa pun Yang tau."

Seseorang menghampiri mereka dan...

Prang! Cermin pecah berkecai. Lantai berlumuran dengan darah yang menitis.

Psycho (Malay Stories)Where stories live. Discover now