BAB 4

219 6 2
                                    


"Wehh Khai cepat la. Apasal kau mandi lama sangat nih? Kau mandi wajib ke apa hah lama sangat?" Mika mula membebel. Mika mengetuk pintu bilik air itu dengan kuat. Kalau dalam rumah nih Ada sepuluh bilik air tak apa la jugak kau nak mandi lama-lama!

"Hoi! Suka hati kau je cakap aku mandi wajib. Aku suci lagi la! Bukannya macam kau." Khai menyindir semula Mika.

"Dah cepat! Cepat! Aku lambat dah ni kau tahu tak?!" Mika menendang pula pintu bilik air itu. Haishh geram betul la aku dengan mamat sekoq ni.

Selang beberapa minit Khai keluar dari bilik air.

"Apasal kau tak guna je helmet ketuk bilik air ni? Biar roboh terus." Khai memerli. Mana taknya dia Yang sedang mandi ponn tak senang. Menganggu ketenteraman betul!

"Bagus jugak cadangan kau! Lepas ni boleh la aku try cadangan kau tuh." Mika terus menghilangkan diri ke dalam bilik air.

Sabar je la ada kawan macam ni. Haish.

Khai berlalu ke biliknya.

Khai mengenakan kemeja ungu, bertali leher hitam Dan berseluar hitam. Lengan baju kemejanya di lipat hingga ke siku.Menyerlahkan lagi ketampanannya. Sekali awek tengok memang cair habis la. Memang hot!

"Wehh aku cau dulu." Khai meminta diri walaupun tiada siapa yang menyahut.

Khai mengambil beg laptopnya dan kunci keretanya di atas meja lalu keluar dari rumahnya menuju ke lif. Kelihatan seorang mak cik tua berpakaian baju kurung dan wajahnya kelihatan agak pucat turut sedang menuggu lif. Khai menegur.

"Assalamualaikum mak cik. Nak ke mana ni?"

"Waalaikumussalam nak. Mak cik nak ke bawah cari makan untuk sarapan."

Lif pun berdenting menandakan pintu lif telah terbuka. Mereka berdua masuk ke dalam Lif tersebut.

"Mak cik dah lama ke tinggal kat sini? Tak pernah saya tengok mak cik kat area sini." 

"Lama dah nak. Mungkin nak sibuk kot. Tu yang jarang nampak Mak cik. Mak cik selalu nampak nak."

"Mungkin jugak la kott Mak cik. Hehe. Nama mak cik apa?"

"Panggil je mak cik mak jah. Senang sikit."

"Ouh ok Mak Jah." Khai hanya tersenyum memandang mak jah yang berdiri di sebelahnya.

Lif pun berdenting sekali lagi menandakan mereka sudah turun. Khai tergesa-gesa meminta diri untuk ke Universiti kerana dia sudah lewat.

~~~~~

Setibanya di Universiti, Khai terus memakirkan keretanya dan berlari menuju ke bilik kuliah.

Sedang Khai berlari menuju ke bilik kuliah dia terlanggar seseorang. Beg laptop wanita itu terjatuh.

"Alamak! Aduhh.. sorry cik. Saya tak sengaja. Saya kalut sangat ni. Hmm nih kad saya. Kalau laptop awak ada apa2 masalah awak call je saya. Nanti lepas kelas saya jumpa awak dekat kafe. Jumpa nanti! Saya  dah lewat." Khai terus berlari menuju ke bilik kuliah tanpa mendengar jawapan dari wanita tersebut.

Wanita itu memerhati kad itu dan menyimpannya di dalam poket beg laptopnya. Wanita itu hanya memandang Khai yang berlari dalam keadaan kalut.

~~~~~

Fuhhh nasib baik sempat. Khai mengambil tempat duduknya. Dadanya naik turun menstabilkan semula pernafasannya.

Khai teringatkan wanita itu. Apasal muka perempuan tuh familiar sangat ehh? Macam kenal ja.. Hmm biar ja lah tak penting pon.

Psycho (Malay Stories)Where stories live. Discover now