Keadaan di kafe universiti ini memang bising Dan sesak setiap hari. Penuh dengan pelajar-pelajar yang ingin membeli makanan. Tak lupa juga, terdapat kumpulan Yang sembang Tak ingat dunia hanya ingat di dunia ini hanya Ada mereka saja.
"Weh Adam. Kau nak beli apa ni?" Harris seperti dalam kekalutan.
"Entahla. Aku pun Tak Tau nak makan apa." Adam masih memikirkan apa yang ingin dibelinya.
"Cepat la weh. Nanti geng Lima orang tu datang, kau Tak makan langsung Nanti."
"Yang kau ni kalut sangat apa hal? Bukannya diorang makan orang pun."
"Memangla. Tapi.." Terhenti terus ayat Harris.
Masin betul mulutnya. Bagai diseru kumpulan itu muncul di depan mata. Semua orang memberi laluan kepada mereka. Tiada siapa Yang berani menghalang laluan mereka.
Seorang perempuan berjalan menghampiri Adam Dan Harris.
"Excuse me please." Dengan gaya gediknya membisik ke telinga Adam Dan Harris.
Meremang bulu roma mereka. Seram Sejuk dibuatnya. Harris terus menampar bahu Adam untuk blah dari situ.
Mereka bagaikan lipas kudung, melarikan diri. Khai hanya memerhati gerak langkah mereka.
"Teruk betul la kau, Tasya. Kesian diorang Tak sempat beli makanan pun." Gibbs memarahi Tasya. Gibbs memang seoarang Yang baik hati. Mungkin sebab dia anak yatim piatu or family dia Yang memang baik-baik.
"Apa? Aku just suruh dia bagi laluan je. Bukannya halau diorang pun. Diorang Yang blah. Its not my fault, OK." Tasya memalingkan wajahnya lalu ke kaunter kafe.
Pelajar Yang berada di situ hanya memerhati Dan Ada sesetengah pelajar Yang menyampah dengan perlakuan Tasya. Gedik! Tapi mereka tidak boleh berkata apa-apa langsung. Mereka hanya mampu mendiamkan diri.
Kemudian, mereka berempat mengikuti langkah Tasya. Mereka hanya membeli roti Dan air botol.
Khai menepuk bahu Tasya.
Tasya memalingkan wajahnya.
"What?"
"Aku nak beri peringatan dekat kau sikit. Lepas ni kau Tak payah la suruh orang Yang tengah beratur beri laluan. Hormat orang sikit. Jaga perangai kau tuh. Jangan disebabkan kau, kumpulan kita di cop gila kuasa. Aku tak suka. Ingat tuh."
Khai memberi amaran keras kepada Tasya. Khai amat memetingkan imej kumpulannya. Dia tidak mahu disebabkan harta Dan pangkat mereka dihormati. Tapi dia mahu kumpulannya dihormati kerana akademik Dan akhlak mereka.
Habis saja mereka membuat pembayaran, mereka terus ke pondok Yang berdekatan dengan kafeteria di situ. Pondok itu Tak pernah diduduki oleh pelajar lain kerana Pondok itu merupakan tempat wajib kumpulan mereka melepak.
Selepas beberapa minit dalam keadaan sunyi sepi, masing-masing ralit dengan makanan yang dimakan. Tasya memulakan perbualan.
"Khai, I'm sorry." Tasya hanya menundukkan wajahnya dari memandang Muka Khai.
"Perkara Dah Lepas. Just remind yourself. Don't do it anymore after this."
"Ya, aku Tak buat Dah Lepas ni." Tasya hanya menunduk.
Mika memeluk bahu Tasya.
"Lek arhh Tasya. Its not important. Lets enjoy our lunch."
Kemudian Mika menyuap roti ke mulut Tasya. Tasya perlahan-lahan membuka mulutnya lalu memakan roti Yang disuap oleh Mika.
YOU ARE READING
Psycho (Malay Stories)
Mystery / ThrillerPersahabatan? Percintaan? Pembunuh? Pengkhianat? Hidup atau Mati? Segalanya akan bermula di sini. Nantikan cerita tentang MEREKA semua di sini. WHO WILL DIE? WHO WILL SAVE? WHO IS THE PSYCHO? WHO THE FIRST STARTING ALL THIS? WHO THE THREATER? "Aku...