Setibanya di rumah, mereka semua mengeluarkan barang-barang dari boot kereta dan memasukkan barang-barang tersebut ke dalam rumah.
Aku masih berdiri tegak di luar rumah sedangkan yang lain sudah lama beredar masuk ke dalam rumah.
Aku hanya memerhati keadaan sekeliling. Ya Allah rindunya dah lama aku tinggalkan rumah ni. Tenangnya dekat sini.Keadaan sekeliling rumah kelihatan terurus tiada semak atau lalang-lalang yang tumbuh meliar.
Kemudiannya aku pun berlalu masuk ke dalam rumah.
"Weh Mika kau tido mana?" Sambil aku mengemas barang-barangku di bilik aku bertanya kepada Mika.
"Aku tido dekat atas kot.. Dengan Tasha.. Asal?"
"Amboih kau.. Haha tak de hal la.. Saja je aku tanya.. Kat atas sapa lagi yang tido?" Aku memandang ke arah Gibbs dan Ash.
"Aku kot. Nanti kalau Ash yang tido kat atas tak tenteram lak dua ekor merpati tuh.." Gibbs hanya tersenyum membalas cakap aku. Ash dan Mika pula saling menjeling.
"Dah, Dah.. Korang nihh.. Kita datang sini nak bercuti.. Bukannya nak gaduh-gaduh. Dah la korang semua gi kemas baju tuh. Then rehat je la. Baru sampai kan masing-masing tengah letih lagi."
"Ok bro no hal."
Akhirnya semua beredar ke bilik masing-masing. Tinggal aku dengan Ash ja yang ada dekat bawah ni.
"Wehh Khai. Rumah nenek kau nih ada bilik bawah tanah ann?" Ash senyum sinis. The smile..
"Kenapa?"
"Saja ja tanya.. Kot laa nanti tiba-tiba kita boleh jadi the seekers pula ke?" Ash ketawa dengan kuat. Apa yang lawak pon entah la..
"Merepek kau nih. Jangan berani sangat Ash." Aku cuba memberi amaran. Bukan aku tak tahu perangai si Ash ni.
"Lek arhh wehh.. Takde hal la.. Rilex-rilex je.."
Aku hanya memerhati Ash yang asyik tersenyum tu.
Akhirnya kami semua beredar masuk ke bilik masing-masing.
~~~~~
Pada pukul tiga pagi, Mika terdengar sesuatu.
Mika terdengar suara seorang perempuan yang seakan-akan menangis. Tapi kadang-kadang seperti sedang mengilai.
"Ish bunyi apa pulak ni.. Sayang, ouhh sayang." Mika meraba-raba tempat di sebelahnya. Tapi tiada sesiapa di situ.
Mika bangun dari tempat tidurnya. Dia melihat tandas yang lampunya terbuka. Dia menuju ke arah tandas itu.
"Tasha. Are you there sayang?" Mika terus memanggil Tasha.
Mika sudah berada di hadapan pintu tandas itu. Dia cuba memberanikan dirinya membuka pintu itu.
Akhirnya Mika menolak pintu itu. Tapi tiada sesiapa di situ.. Melainkan sinki yang melimpah.
Akhirnya Mika keluar dari biliknya. Mencari Tasha. Mungkin Tasha ada dekat dapur kot.
Ketika Mika menuruni tangga, dia terdengar kerusi di ruang tamu ditarik oleh seseorang.
Mika hanya mengendahkan sahaja bunyi yang didengarinya.
Keadaan ketika itu sungguh gelap.. Langsung tiada cahaya untuk membantu penglihatan Mika ke dapur.
Tapi Mika terus menyeru memanggil Tasha.
Sampai sahaja di dapur. Mika terlihat suatu susuk tubuh sedang berdiri di hadapan sinki. Mika tidak nampak dengan jelas susuk tubuh itu kerana keadaan yang amat gelap.
YOU ARE READING
Psycho (Malay Stories)
Mystery / ThrillerPersahabatan? Percintaan? Pembunuh? Pengkhianat? Hidup atau Mati? Segalanya akan bermula di sini. Nantikan cerita tentang MEREKA semua di sini. WHO WILL DIE? WHO WILL SAVE? WHO IS THE PSYCHO? WHO THE FIRST STARTING ALL THIS? WHO THE THREATER? "Aku...