Di sudut sebuah restoran mewah,berdiri seorang lelaki berpakaian butler,lelaki itu sedang menunggu Cik Mudanya.Hampir satu jam dia berdiri di sana tanpa bergerak sehata.Orang yang lalu lalang berbisik satu sama lain,pemuda itu buat keras tidak endah bisik-bisik tentangnya itu.
Beberapa anak gadis kelihatan tertarik dengan lelaki berdiri tegak itu.Mereka mendekati lelaki berpakaian butler itu,mereka mula mengganggu lelaki itu.
"Wahhh...awak handsome jom keluar dengan kami!!"seorang dari mereka teruja yang lain mengiyakan.Lelaki itu masih berdiri tanpa bergerak sekumit pun dari kedudukannya.
"Awak nie pelayan ke?dari restoran mana!?"gadis kedua pula menanya kepadanya,wajah lelaki itu tetap sama tiada sekulit senyuman.Gadis-gadis cuba menarik tangannya.
"Maaf,saya tengah bekerja.."ujar lelaki mula tidak selesa dengan tindakan mereka.
Tiba-tiba kedengaran satu suara dari belakang mereka.
"Apa yang awak semua mahu dari slave saya!!?"gadis berambut merah itu mencekak pinggangnya.
"Slave!!"bising-bising gadis itu.
"Masa untuk pulang,jadi tiada masa untuk awak ikut mereka!!"gadis itu mula peluk tangannya.
"Walaupun ini bukan tempat yang sesuai!....Megumi!"gadis berambut merah memanggil lelaki itu.
"Iya Cik Muda.."mendatar suara lelaki itu.
Gadis itu tersenyum.
"Saya tak nak kasut saya kotor! Dukung saya ke kereta ini satu perintah!!"ujar Cik Muda berambut merah itu.
Kesemua gadis begitu terkejut...
"Perintah!"jerit mereka serentak.
Lelaki itu berlalu kepada Ciknya.Dia melutut sambil mengucup tangan gadis itu.
"Menurut perintah,Cik Muda.."lembut bicara lelaki itu.
Gadis-gadis itu menjerit tidak percaya dengan asyik di depan mereka,lelaki berpakaian butler itu mengcampung tubuh Cik Mudanya itu.
Jeritan dari gadis-gadis seperti tidak percaya apa yang mereka saksikan.
Gadis berambut merah itu mengejek gadis-gadis itu.
Gadis-gadis itu marah dengan gadis berambut merah itu.
______________________________________________________
Di dalam kereta ,Cik Muda masih tidak puas hati dengan kejadian yang berlaku tadi.
"Geram geram geram! Berani mereka bercakap dengan lelaki yang tidak di kenali!"Cik Muda berambut merah tidak puas hati. Amarah kepada mereka masih berapi kerana mereka berani mendekati pembantu peribadinya itu.
Megumi hanya mendiamkan diri sahaja.Sheryn tidak puas hati kerana pembantu tiada kata-kata apa pasal kejadian tadi.
"Awak kenapa melayan perempuan -perempuan itu,sepatutnya awak ikut masuk tadi!"Dia mula marah lagi dengan ke bisuan lelaki di depannya itu.
"Cik Muda orang bawah macam saya tidak boleh makan dengan orang atasan"lembut Megumi bicara.Dia tidak mahu hal kecil ini di besar-besarkan.Dia sambung lagi.
"Lagipun kita berdua hidup berbeza harus tahu status kita..."Megumi mengingati kembali kedudukan mereka.
Sherny tergamam wajahnya berubah,di pandang luar jendela hujan mula rintik -rintik.Suasana kembali sepi.
YOU ARE READING
PERINTAH CIK MUDA
רומנטיקהSheryn Kurai,seorang puteri yang manja semua kehendaknya harus di ikuti.Megumi Akushi sentiasa menurut kata 'perintah',tapi sebenarnya mereka berdua adalah teman sejak kecil lagi, kerana tidak mahu hubungan mereka terputus jampi.'perintah' sang pute...