2 | Istilah Skrip

559 12 3
                                    

Mari saya fahamkan istilah skrip drama dahulu. Jika ada terkurang sila tambah kat komen ye. Mari sama-sama belajar istilah-istilah dalam skrip ini selepas ini kita share macam mana penggunaan istilah ini di dalam skrip drama ya.

Fade In

Fade Out

CU = Close Up

CUT TO

EST = Establish

Insert

SFX = Sound Effect contoh deringan telefon.

POV = Point Of View

Montage = pilihan atau guntingan dan susunan gambar atau filem untuk membuat satu gambar atau filem yang teratur.

Lakon TV = Teleplay atau screenplay

Skrip filem = Istilahnya lakonlayar

Skrip tv/filem = Ia adalah sebuah cerita yang ditulis menggunakan bahasa kamera (visual)

Adegan = Ialah satu ruang di mana berlaku satu peristiwa. Scene.

Babak = Ialah rangkaian beberapa adegan

Plot = Ertinya cerita

Logline = Ialah isi cerita

Lakon tv = Ialah skrip tv

Lakon layar = Ialah skrip filem

Telemovie = 90 minit contoh cerekarama TV3

Drama bersiri jenis 1 (telenovela) 16 episod/26 episode = Ending tergantung setiap episode (bersambung)

Drama bersiri jenis 2 = Satu episode tamat minggu depan masalah lain dalam cerita dan watak yang sama. Macam Opah.

Isi cerita = Isi cerita ialah benih cerita. Drama tv menetas dari isi cerita. Contoh Ibu Mertuaku : Cerita seorang mertua yang kaya dan sombong yang memfitnah menantunya seorang pemain saksofon sehingga mereka suami isteri disangka bercerai mati.

contoh cerita labu dan labi : ianya mengisahkan seorang tukang masak dan seorang pemandu yang menghabiskan masa malam mereka dengan mencipta angan-angan sehingga mengganggu tidur majikannya seorang haji yang bakhil.

Watak utama = Watak utama ibu mertua (Pemain saksofon dan isterinya)

Krisis utama = Mereka suami isteri difitnah sehingga disangka bercerai mati.

Apa itu Isi cerita = Sebaris ayat mengandungi watak utama yang berdepan dengan krisis utama cerita. Ialah peristiwa yang menjadi tunjang cerita.

sinopsis = Ringkasan cerita. Rangkaian peristiwa-peristiwa penting yang menyebabkan berlakunya satu peristiwa besar.

OS = Off screen

Flashback = imbas kembali cerita masa lalu.

Terima kasih baca dan vote.

updated.

Skrip DramaWhere stories live. Discover now