6 | Skrip Drama

687 2 0
                                        

CONTOH DARI NOVEL SI PEMBURU HANGAT 

TEASER

(gaya skrip drama)

LUAR. HOSPITAL. PETANG.

Masa lalu.

AREEJ 12 tahun keluar dari pintu utama kecemasan. Nur seorang jururawat kerajaan buka pintu ambulan. Beberapa orang petugas kelihatan bersama ambulan. Scha Hanisah atas kerusi roda disorong Nur.

AREEJ 

(mahu berlari ke arah ambulan) 

Lawat emak kat mana?

Rosdi menarik Areej menjauhi ambulan.

CU – NUR sebak melap airmata.Rosdi berpakaian koyak, beri isyarat mata kepada Nur sorong Scha Hanisah masuk ambulan. Perisik undercover (akan diberitahu pada scene-scene kemudian).

NUR(sorong Scha Hanisah masuk ambulan)Ambulan bergerak. Siren berbunyi. Areej berlari mengejar ambulan.

AREEJ

(menjerit) 

Mak!

Rosdi masuk kereta peronda polis. Kali ini sebagai seorang penjenayah.  Areej berpaling pula mengejar kereta peronda polis.

AREEJ

(memanggil dan menangis)

Ayah! Ayah!! Ayah!!!

Areej berlari dan terus berlari.

ROSDI(dalam kereta peronda – sayu dan Merenung si anak yang ditinggalkan)Areej jatuh tersembam. 

Emak dibawa ambulan. Ayah naik kereta peronda.Nur menghampiri Areej. Membantu.

AREEJ

Kak ke mana polis bawa ayah?

NUR

(sebak)

Sabar dik!

AREEJ

Ke mana ambulan bawa emak? Kak?

NUR

Sabar itu separuh dari iman dik, banyak-banyak bersabar.

AREEJ

Emak! Ayah!

Areej pegang dada kirinya. Tangisan terus berlangsung. Dia memandang jalan yang luas terbentang di depannya.

VO AREEJ

Emak... ayah... ke manakah kalian dibawa pergi?

Areej off-frame.

Novel ini berharga RM30.00 termasuk flexi pos.

wasap 0108189145 skrip drama

wasap 0108189145 skrip drama

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Skrip DramaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang