3 | Contoh Sinopsis

1.9K 8 0
                                    

Sebelum ini  kita kongsikan istilah dalam skrip.  Mari kita share sinopsis untuk proposal ke stesen TV.  Baca dan fahami.  Biasanya sinopsis ini paling maksimum pun 10 muka surat.  Ia dalam bentuk naratif (Karangan).  Jom baca sinopsis berikut.

SEBUAH TELEMOVIE 

TAJUK : DARI PINTU NERAKA 

PENULIS : FATIN NABILA.

STESEN TV : TV3

SEJAK dari kecil, Kamal (20 tahun) nakal sangat budaknya. Pelbagai kesalahan dilakukannya. Baik di sekolah mahupun di kampung, dia sering menimbulkan masalah kepada emak dan ayahnya. Emak dan ayahnya sudah tebal muka menghadap muka guru-guru dek kedegilan Kamal. Menangis Mak Piah menasihati Kamal namun bagai mencurah air ke daun keladi. Tidak memberi kesan langsung pada Kamal. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, Kamal menimbulkan masalah hampir setiap hari. Kamal dibenci oleh semua orang kampung. Adik-adik Kamal, Zakri dan Adila sangat membenci Kamal. Mereka malu pada kawan-kawan dengan kejahatan Kamal. Kamal dan Zakri sering bergaduh. Mereka tidak pernah sebulu. Zakri terpaksa menangguhkan hasrat untuk sambung belajar kerana terpaksa bekerja demi membantu emak dan persekolahan Adila. Ayah sudah meninggal dunia.

Mak Piah adalah emak yang baik. Sering dia menasihati Kamal dengan baik dan lembut. Berdoa dalam solat-solatnya agar Kamal kembali ke pangkal jalan. Agar Kamal diberi hidayah olehNya.

Kamal anak orang miskin, tetapi sangat berlagak. Dia berkawan dengan kawan-kawan yang ada kemampuan. Dia malas bekerja. Sering meminta duit daripada emaknya. Mak Piah hanya mengambil upah mencuci pinggan di restoran. Zakri bekerja di pam minyak. Mereka sangat susah hidupnya dalam dunia hari ini. Tidak mahu bergaduh dengan Kamal, jua kasih seorang emak, Mak Piah memberi duit kepada Kamal. Zakri tidak suka emaknya berikan Kamal duit. Dia mahu Kamal sendiri yang bekerja. Situasi ini membuatkan Mak Piah dan Zakri yang bermasam muka. Zakri kecil hati emak berikan duit yang dia beri, kepada Kamal. Zakri tidak suka Kamal mengerah kudrat emak mereka yang sudah tua. Zakri berharap Kamal ditangkap polis dan dipenjarakan. Dia sudah penat asyik bergaduh dengan Kamal.

Kamal ada kekasih, Effa (16 tahun). Effa daripada keluarga yang bermasalah. Emak ayah Effa sering bergaduh. Effa selalu ponteng sekolah. Habiskan masa dengan melepak sama Kamal. Effa terlalu sayang pada Kamal. Hubungan yang tiada batasan, beberapa kali Effa dan Kamal terlanjur. Tanpa rasa berdosa malah sebuah keseronokan. Pada Effa, Kamal adalah segalanya.

Kamal mulai memecah masuk ke dalam rumah orang2 kampung. Dia terlalu licik. Walaupun tahu itu perbuatan Kamal, namun sering kali terlepas daripada tahanan reman kerana tidak ada bukti. Ini membuatkan Kamal semakin lemak. Semakin menjulang diri dengan aktiviti kecuriannya. Zakri kerap dimarahi, disindir dan dicaci oleh perbuatan jahat Kamal. Membuatkan Zakri kian mendendami abangnya. Sehinggakan sesekali, fikiran jahat Zakri berasa mahu membunuh Kamal. Biarlah Kamal mati sahaja daripada maruah miskin keluarga mereka dipersendakan.

Satu malam, dalam aktiviti rompakannya, Kamal tertikam tuan rumah yang dirompaknya. Kamal panik kerana tuan rumah sempat menarik topeng mukanya. Dia mencapai objek berat dan memukul tuan rumah suami isteri. Suami terbunuh namun isterinya selamat dalam keadaan yang parah. Sempatlah si isteri memberitahu bahawa Kamal adalah penjenayah itu.

Dalam keadaan panik dengan baju yang berdarah, Kamal pulang ke rumah. Ketika itu jam 3 pagi. Kamal mengambus bajunya yang terkena darah di belakang rumahnya. Kemudiannya bergegas masuk ke dalam rumah. Mak Piah dan Zakri panik dengan keadaan Kamal yang lain daripada kebiasaan. Kamal tidak pernah secemas ini. Mak Piah bertanya, namun Kamal tidak endah. Dia memakai baju dan turun dari rumah. Menghilang dengan motosikal cabuknya. Dia tahu rumahnya akan diserbu polis.

Rumah Mak Piah diserbu polis. Dilakukan buruan secara besaran mencari Kamal. Dibawa anjing pengesan memburu Kamal. Kamal jadi pelarian. Dia menyorok di dalam hutan. Keluar dari persembunyian terpaksa menyamar. Seminggu akhirnya, bekalan makanan sudah habis. Duit sudah tidak ada. Dia mula hilang arah. Curi-curi pulang ke rumah demi mengisi perut. Zakri yang tidak pernah sukakan abangnya, secara diam menghubungi polis. Rumah dikepung dan Kamal ditangkap. Kamal mengamuk seranahkan Zakri. Mak Piah meluru memeluk Kamal namun Kamal tidak endah. Malah bertempik mahu bunuh Zakri.

Skrip DramaWhere stories live. Discover now