Waktu rehat, Arin tidak selera makan. Limah dan Mimi hanya menjadi pemerhati Arin yang langsung tidak menyentuh makanannya. Begitu juga Amar yang menyedari perubahan Arin.
Limah dan Mimi saling berpandangan.
"Limah, aku nak cakap dengan kau jap." Kata Amar.
Limah mengangguk.
"Jom." Arah Amar.
**********
"Kenapa dengan Arin tu? Makin pelik aku tengok. Dia sihat tak? Kenapa pucat semacam je muka dia?" Tanya Amar bertubi-tubi kepada Limah. Dia bukannya apa. Tetapi hanya merisaukan kesihatan Arin. Mana tau, kalau-kalau Arin sakit ke.
Limah tidak tahu mahu menjawab apa. Dia mengangkat bahu.
"Takkan lah satu bilik pun tak tau?" Suara Amar naik satu oktaf.
Limah mengeluh.
"Aku tak tau lah, Amar. Aku rasa dia kene gangguanlah."balas Limah. Raut wajahnya menunjukkan bahawa dia juga risau akan Arin.
"Kenapa tak bagi tau aku awal-awal? Buat aku risau je."
Limah diam. Tidak tahu mahu menjawab apa.
Amar nengeluh.
"Tak bagi tau cikgu ke?" Tanya Amar cuba menahan rasa.
Limah menggeleng.
"Arin cakap, tak payah bagi tau cikgu. Alasan dia, boleh hadap sendiri." Beritahu Limah.
Amar mengeluh berat.
**********
"Arin...makanlah. Nanti awak sakit."pujuk Amar.
Arin cuba untuk tersenyum. Dia menatap wajah Amar.
'Kesian Amar. Aku yang taknak makan, dia pulak yang risau.' Hati Arin berbisik.
Dia tatap wajah Amar lama.
Mimi sedar akan cara pandangan Arin terhadap Amar.
"Ehem." Mimi berdehem.
Arin memandang Mimi. Dia tersengih. Barulah dia nak senyum. Tadi sudah seperti apa entah. Langsung susah nak senyum.
"Makan..."arah Amar.
Nak tak nak, Arin makan juga. Tidak mahu menyusahkan hati temannya.
Amar senyum. Begitu juga Limah dan Mimi.
**********
"Arin, teman aku."
"Teman kau? Nak pergi mana?" Tanya Arin kepada Mia.
"Pergi toilet. Tak tahanlah..." Mia tersengih.
"Hurm..yelah. Cepat sikit, kay."
Mia mengangguk.
**********
"Mia...Lamanya. Buang air besar ke?" Tanya Arin sambil membetulkan tudungnya di depan cermin yang disediakan di dalam bilik air tersebut.
"Sabarlah...Aku sakit perut ni." Beritahu Mia dari dalam.
Arin hanya diam. Dia masih membetulkan tudungnya.
Tiba-tiba, dia ternampak satu bayang hitam melintas di belakangnya dari pandangan cermin.
Dia menoleh ke belakang. Tiada sesiapa.
"Dah siap ke belum?" Tanya Arin. Dia sudah tidak sedap hati.
"Belum."
3 minit kemudian, Arin bertanya lagi.
"Dah siap ke belum?"
"Belumlah!" Mia menjerit.
Arin terkejut.
"Kau nak balik kelas, baliklah dulu......" tiba-tiba Mia bersuara lembut.
"Okay, aku balik dulu."
Setibanya di kelas.......
YOU ARE READING
Teman Sebilik [COMPLETE]
HorrorMengisahkan tentang Arin yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk tinggal di asrama. Semenjak itu, dia sering diganggu dan bermimpi sesuatu yang mengerikan. Lagi teruk dengan kehadiran rakan baru yang tidur sebilik dengannya, berperangai pelik. Apakah se...