Bab 8

3.1K 164 12
                                    

"Arin~"

Arin mencari suara yang memanggil namanya.

"Siapa tu?" Tanya Arin mula gelabah. Dia mencari dari mana datangnya suara tersebut di segenap penjuru bilik air. Tetapi setahunya, hanya dia sahaja yang berada di bilik air ketika itu.

"Arin.~"

Suara itu memanggil namanya lagi.

Arin memegang tengkuknya yang terasa meremang. Dia terus menuju ke pintu keluar tandas.

"Arin!"

Namanya dipanggil lagi tetapi lebih kuat membuatkan Arin menoleh kebelakang.

"Melati? Tu...tu sia...siapa tu?" Tanya Arin dalam gagap.

Dia lihat Melati sedang menggendong bayi. Tetapi bayi itu berbalut dengan kain putih yang berbekas darah.

Melati senyum sambil menunduk. "Adik aku...."katanya sambil menangis.

"Adik aku..."ulangnya lagi.

"Kau...kau tak layak hidup!" Tengking Melati makin menghampiri Arin.

Arin terkejut dengan sergahan Melati.

Dia berlari menghampiri pintu. Kedengaran sayup-sayup Melati ketawa.

"Lari atau Mati."

"Lari....atau...MATI !!!!!" Melati menjerit.

Arin membuka pintu bilik air. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, dia terlanggar Melati yang kebetulan mahu memasuki tandas.

Arin menjerit. Dia menoleh kebelakang.

'Siapa yang pegang bayi tu? Siapa depan aku ni?'

Arin tidak mahu berfikir panjang. Terus dia lari meninggalkan Melati yang sudah mengukir senyum.

**********

"Arin,kenapa ni? Bagitau saya. Apa yang awak nampak?" Tanya Amar.

"Melati...saya nampak Melati." Beritahu Arin perlahan.

Amar mengangkat kening. Pelik.

'Hanya Melati?' Amar berkata dalam hati.

Dia kemudiannya menoleh kebelakang memandang Melati. Tidak ada apa-apa pun dengan dia.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia....hantu...."bisik Arin sambil menarik baju Amar mendekatinya.

"Apa awak cakap ni? Awak penatlah ni. Nanti petang ni dah balik rumahkan? Awak rest cukup-cukup. Kalau awak rasa apa yang awak alami tu betul, awak pergi berubat. Jumpa ustaz. Okay? Saya tak nak awak macam ni. Okay? Saya sayang awak. Awak jangan fikir bukan-bukan. Saya tak nak awak sakit."

Semenjak Mia meninggal, Amar duduk ditempatnya yang kosong dihadapan Arin.

Air mata Arin mengalir. Terharu mendengar kata-kata Amar.

"Janganlah nangis..."pujuk Amar.

"Mana ada saya nangis. Saya dah besarlah. Dah 16 tahun dah..." Arin menafikan.

"Don't deny it, Arin. I know you. Cengeng."

Arin tertawa mendengar kata-kata Amar. Dari dulu lagi dia selalu dipanggil cengeng oleh Amar.

Teman Sebilik [COMPLETE]Where stories live. Discover now