Bab 1

5.2K 225 0
                                    

"Papa balik dulu. Jaga diri baik-baik." Pesan Encik Kamal kepada Arin.

Arin mengangguk perlahan sambil tersenyum lalu bersalaman dengan papanya.

Dia duduk dikatil sambil anak matanya menghantar pemergian papanya sehingga sudah tidak kelihatan. Dia memerhati sekeliling kawasan bilik itu.

"Mana yang lain ni..." rungutnya.

Tiba-tiba pintu bilik seperti dibuka oleh seseorang dari luar. Dia memandang kearah pintu yang terkuak secara perlahan-lahan itu. Terkejut dia melihat lembaga berbaju kurung putih berdiri dihadapan pintu bilik itu. Dia menjerit sambil menekup mukanya dengan bantal. Peluh mula membasahi tubuh badannya dan menyerap pada t-shirt yang dipakainya.

Bahunya seperti dipegang oleh sesuatu. Dia bangun ingin berlari keluar tetapi terlanggar lembaga itu. Setelah itu,pandangannya  terus bertukar gelap dan dia tidak menyedarkan dirinya.

**********
"Arin?" Satu suara sayup-sayup kedengaran seperti memanggil namanya.

"Weh, Arin..bangunlah."

Arin membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Dia menggosok matanya yang agak kabur.

"Mimi, Limah?" Kata Arin seperti tidak percaya.

"Yang kau terkejut sangat tengok kitorang kenapa? Kot ye pun, tak payahlah sampai pengsan. Kan dah susahkan Cikgu Sara." Kata Limah.

Arin memandang kearah seorang wanita berbaju kurung yang dimaksudkan oleh Limah.

'Cikgu Sara?' Bicara hati Arin.

"Dah lah, yang penting Arin dah sedarkan sekarang?" Kata Mimi lembut.

Cikgu Sara mengangguk.

"Kamu semua masing-masing saling mengenali bukan? Baguslah macam tu. Erm...Cikgu keluar dulu ye. Assalamualaikum.." cikgu Sarah meminta diri untuk keluar dari bilik itu. Arin, Mimi dan Limah mengangguk sambil menjawab salam yang diberi oleh cikgu Sarah.

Arin bangun dari baring. Dia duduk dibirai katil.

"Kau kenapa tadi?" Tanya Limah pelik. Keningnya dijongket.

"Ha'a. Arin kenapa tadi?" Mimi pula bertanya.

"Tadi tu korang ke?" Pertanyaan Limah dan Mimi dijawab dengan pertanyaan juga.

"Tadi? Tadi bila?" Limah bertanya kembali.

"Alahh..Tadi tulah..." Arin menggaru kepala.

"Ishhh...kau ni !" Limah geram.

"Maksud Arin, yang masuk bilik tadi tu ke?" Tanya Mimi.

Arin kembungkan pipi. Mata dipandang keatas lalu mengangguk perlahan.

"Tu memang kitorang." Beritahu Mimi.

Mata Arin membulat.

"Ko... korang ni...hantu ke???!!" Arin sudah bangun dari katil.

Pap! Pantas pipinya ditampar oleh Limah.

"Kau ni kenapa? Ngigau ke apa?" Limah memandang Arin yang sedang memegang pipinya.

"Kau...kau tampar aku kenapa??" Arin menjarakkan diri dari Limah.

"Eee...bongoklah kau...sakit pulak hati aku." Limah geram dengan karenah Arin. Suka sangat baca cerita dan mendengarkan bukan-bukan.  Beginilah jadinya. Rungut Limah dalam hati.

"Okay...macam ni..cuba Arin cerita betul-betul." Kata Mimi memberi peluang untuk Arin menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

"Tadi tu... tu bukan korang. Baju putih,"

"Itu kitoranglah..."beritahu Limah memotong kata-kata Arin.

"Bukan! Korang ada kepala, yang aku nampak tu, tak ada!"

Limah dan Mimi tersentak mendengar bicara Arin.

**********

Malam itu mereka tidak dapat tidur lena. Asyik memikirkan perkara yang berlaku petang tadi. Walaupun Limah dan Mimi tidak melihatnya, mendengarkan cerita Arin sahaja sudah cukup membuatkan mereka terbayang-bayang. Sungguh mengerikan. Namun mereka cuba untuk memejamkan mata. Dan akhirnya mereka terlelap juga.

Teman Sebilik [COMPLETE]Where stories live. Discover now