Safwan tahu apa yang dia lakukan salah. Tapi dia tidak boleh mengawal badannya sendiri. Semua seakan-akan digerakkan oleh seseorang.
Perlahan lahan dia menghampiri katil dihadapannya lalu duduk sambil mukanya dipalingkan kearah perempuan diatas katil tersebut."Rezeki aku harini"
Suasana bilik tersebut gelap dan cahaya hanya disuluh dari atas katil tersebut seolah-olah memikatnya untuk ke situ. Dalam bilik tersebut hanya ada katil bersaiz king dan dua orang manusia sahaja. Yang lain...kosong.
Nafsu lelakinya dicabar. Syaitan mula menguasai dirinya. Perlahan lahan dia memegang kaki perempuan tersebut.
"Woi wan!!"
Perempuan itu menjerit tetapi suaranya persis suara Danish. Terbeliak mata si Safwan lalu pantas dia turun dari katil. Badannya tak dapat diimbangkan lalu...dushhhhh.
Safwan jatuh katil.
"Kau ni kacau la Danish oi! Aku sedap2 tido jangan la kacau sial."
Danish mengekek ketawa sambil bersandar di muka pintu bilik apabila melihat Safwan bangun sambil mengusap sikunya yang sengal terlanggar meja di sebelah katil.
"Haa tu la kau. Tido maghrib2 lagi kan dah mimpi pelik2 sampai jatuh katil. Dah dah, aku da masak ni. Jom lah makan"
"Aku jatuh sebab kau la gila menjerit tiba2. Nak kejut pon elok2 lah. Ish..Pegi la makan dulu, sibuk lah."
Safwan baring semula diatas katil sambil memeluk bantal. Niat untuk tidur semula."Kau ni..appreciate la sikit. Aku dah masak pastu tunggu kau nak makan sekali. Haa..mana kau nak cari abang yang baik macam aku ni?"
Safwan memandang abangnya lalu membaling bantal yang dipeluknya sebentar tadi.
"Yelah yelah..aku bangun la ni.. Sayangkan abang dua minit aku punya pasal."
Tersengih Danish mendengar pengakuan adiknya sambil berlalu pergi ke dapur meninggalkan Safwan yang baru terkial kial mahu mandi petang.
Safwan dan Danish kembar seiras yang dilahirkan berbeza dua minit sahaja. Mak dan ayah mereka meninggalkan mereka seawal umur mereka 8 tahun. Sejak dari tu mereka tinggal dengan opah di melaka. Penah juga Safwan cuba memcari kembali kedua dua ibu bapanya tetapi usahanya gagal. Kata orang ibu bapanya disorok jin. Wallahua'lam.
YOU ARE READING
Keluar (slow update)
Fantasy"Sekali kau masuk, susah kau nak keluar. Kau nak ke?"-Safwan "Kita kat mana ni?! Aku tak nak terperangkap kat sini!!! Keluarkan aku!!" -Sofea "Kita mesti cari jalan lain." -Danish Satu matlamat. KELUAR.