Bas berhenti di midvalley. Sofea turun lalu bergegas masuk. Terkial kial mencari toilet dalam kesibukan orang ramai bershopping.
'Hahhh!! Tu dia!!'*urusan di toilet*
Sesudah keluar dari toilet sofea lega kerana dia tak perlu lagi untuk bergegas pulang ke rumah.
'Nak makan apa eh harini..'Sedang berdiri di 'tangga bergerak' menurun ke level LG tiba2 ada seseorang dari arah bertentangan mencapai tangan Sofea, menggenggam erat dengan mata terbeliak merenung ke wajah Sofea. Terkejut, Sofea pantas menarik tanggannya dari pemegang 'tangga bergerak'. Orang di sekeliling seperti tidak perasan kewujudan aksi pelik sebentar tadi.
Hati Sofea berdebar..
dup.
dup. dup.
dup. dup. dup. dup. dup.
Semakin lama semakin laju. Pandangan tiba2 kabur, kelihatan keadaan sekeliling seperti berpusing2 memasuki satu lubang hitam kecil di hujung 'tangga bergerak'. Wajah orang sekeliling bertukar menjadi wajah yang memegang tangan Sofea sebentar tadi. Menoleh, merenung ke arah Sofea. Terbeliak, tersenyum menampakkan gigi rongak dan ada juga yang hitam. Semuanya berpusing.
Hitam.
Sinaran cahaya lampu menyilaukan mata sofea. perlahan, terkebil2 sofea membuka mata dari 'tidur' sebentar tadi.
'apa benda jadi kat aku tadi?'
lagu yang dipasang di pasaraya kedengaran sayup2 di telinga sofea. sofea cuba bangun dari lantai yang sejuk sambil cuba mengingati kejadian yang berlaku pada dirinya.
"eh, kat midvalley lagi rupanya. aku pengsan ke apa"
celoteh sofea seorang diri.
"kenapa sunyi eh."
..
....
tiada satu pon kelibat manusia kelihatan di sekeliling sofea. nak dikatakan mall sudah tutup, lagu, lampu, 'tangga bergerak' masih tidak di 'off' kan. mustahil mall tutup tapi semua perkakas elektrik masih on. sofea berdiri sambil mengibas2 pungungnya, menggalas bag tangannya dan cuba berjalan sekeliling melihat keadaan. sedang berjalan, aroma ayam KFC bermain2 dengan nafsu sofea seolah mengajak sofea datang kepadanya dengan liuk lentok. dengan perut yang berkeroncong, seperti orang mengantuk disorong bantal sofea berlari anak untuk mendapatkan kfc. laparnya seolah tidak makan 10 hari.
masuk KFC.
Kosong.
![](https://img.wattpad.com/cover/79431087-288-k412473.jpg)
YOU ARE READING
Keluar (slow update)
Fantasy"Sekali kau masuk, susah kau nak keluar. Kau nak ke?"-Safwan "Kita kat mana ni?! Aku tak nak terperangkap kat sini!!! Keluarkan aku!!" -Sofea "Kita mesti cari jalan lain." -Danish Satu matlamat. KELUAR.