Keadaan jalan di Jalan Universiti masih sesak dengan kenderaan. Bas sesak dengan penumpang dan ramai penumpang berhimpit walaupun yang sedang berdiri dan salah seorang dari penumpang tersebut adalah Sofea.
Sakit kaki mula menyucuk tumit Sofea yang memakai kasut tumit tinggi. Bagi sofea, fesyen adalah sesuatu yang penting. Namun Sofea tetap suka dengan aktiviti luar cuma pakaiannya tetap trendy.
Seorang apek berumur sekitar 40 berdiri di sebelah kiri Sofea yang berdiri berdekatan dengan tangga bas. Sofea terhimpit antara apek tersebut dengan sekumpulan bangla yang sibuk bercerita dalam bahasa mereka dan yang pastinya dalam bahasa yang Sofea tidak faham. Apabila bas rapidKL membelok ke kiri, apek tersebut sengaja menjatuhkan dirinya ke arah Sofea sambil tersengih miang.
'Apek ni melebih kang aku 'pang' jugak nanti'
Detik hati Sofea. Silap Sofea juga memakai skirt paras lutut dan baju kemeja lengan pendek berjalur pink yang sendat mengikut bentuk badannya. Rambutnya dibiarkan lepas untuk menggayakan dye rambut berwarna perang yang baru dibuatnya semalam. Acah mak saleh katanya.
Perjalanan Sofea dari PPUM ke MidValley sangat menyeksakan kerana terpaksa berhimpit dengan ramai manusia di dalam bas. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Kesesakan jalan raya mula surut dan bas Rapid KL yang dinaiki Sofea mula surut dengan penumpang apabila bas tersebut berhenti di stesen LRT Universiti. Lega Sofea untuk seketika. Apek miang sebentar tadi mengenyit sebelah mata ke arah Sofea.
'Ah sudah. Takkan berkenan kot. Taknak aku apek tua macam kau. Puihhh'
Sofea menjeling apek tersebut. Pintu bas ditutup. Bas berjalan menuju hentian seterusnya, MidValley.
YOU ARE READING
Keluar (slow update)
Fantasy"Sekali kau masuk, susah kau nak keluar. Kau nak ke?"-Safwan "Kita kat mana ni?! Aku tak nak terperangkap kat sini!!! Keluarkan aku!!" -Sofea "Kita mesti cari jalan lain." -Danish Satu matlamat. KELUAR.