Danish menyuap nasi kedalam mulutnya sambil matanya meliar membaca news feed di facebook. Banyak gambar kenalan lama di sekolah yang diupload ke facebook. Antaranya adalah...
"Sofea."Sofea dahulu berbeza dengan sekarang. Dulu dikenali juga sebagai cik piah gemok. Kerana saiz badannya yang gempal dan tinggi. Kulitnya berjerawat. Spec bingkai penuh yang tebal bersama braces yang membuatkan Sofea tidak ramai kawan. Ramai kata Sofea dahulu pengotor. Disebabkan tekanan demi tekanan dari kawan2 nya, Sofea pindah sekolah di tingkatan empat. Sejak dari itu, tiada siapa yang kisah tentangnya. Pembuli menganggur seketika kerana kehilangan kerja.
Tetapi Sofea sekarang...
"Hoi! Kau ushar gambar awek mana tu? Hot gila lah."
Sapa Safwan yang datang dari arah ruang tamu bersama towel dikepalanya. Rambutnya basah. Baru lepas mandi.
"Kau tak kenal ke? Kau selalu buli dia dulu waktu sekolah menengah."
Lama Safwan merenung gambar tersebut.
Danish sengaja menutup nama pemilik facebook tersebut."Entah."
Seraya Safwan mengangkat bahu dan menuju ke peti ais. Hilang minat sebab teka lama sangat tak dapat. Air sejuk di dalam botol diambil dan pintu peti ais ditutup."Sofea."
Tersedak Safwan yang sedang mengogok air sejuk di dalam botol.
"Selekeh gila kau! Eii. Nampak tuuu.. Tuuuu.. Bersepah air liur kau."
"Bak sini aku nak tengok."
Safwan merampas iphone 5s milik Danish. Nama pemilik facebook ditekan dan gambar2 dibelek satu persatu. Danish sambung menyuap nasi ke mulutnya.
"Lain siot."
Muka Safwan masih terkejut lalu menyerahkan kembali iphone abangnya.
"Kau nak kata 'lain siot' ke 'lawa siot'?"
Sindir Danish dengan mulut yang penuh.
Safwan tersengih sambil mencedok nasi ke dalam pinggan."Aku rasa macam nak kawen lah."
Pengakuan Safwan tidak mengejutkan Danish. Sudah beribu kali dia berkata begitu. Usahanya? Satu apa tarakkk. Tak tahu dah berapa kali si Safwan bertukar makwe. Dari yang tinggi, rendah, putih, kurus, macam2 ada. Miang betul si Safwan ni.
Danish menggeleng kepalanya."Ni mesti kes kau nampak gambar Sofea tadi tu kan? Kau kalau nak kawen kena belajar erti tanggungjawab. Ni kerja pon tak dapat lagi, belajar separuh jalan, bangun tido pon petang, kau ingat perempuan nak laki macam kau buat jadi laki? Ingat wan, kalau kawen bukan setakat suka suka je. Kau nak tanggung anak orang, nak bimbing dia lagi. Jangan ingat benda tu senang."
Danish sambung menyuap nasi ke mulutnya.
Safwan hanya buat muka tanda protes dengan leteran abangnya. Ada betulnya apa yang dikatakan. Bukan dia yang tak mahu cari kerja, tetapi orang yang tak mahu mengambilnya bekerja. Yelah, setakat lulusan PMR je siapa lah yang nak kan.
Suasana bertukar sunyi.
Masing2 sibuk mengunyah nasi berlaukkan sardin. Perbualan mati secara tiba2.Sunyi.
********************************
Nanti sambung lagi. Bye. Nak tido. Krohhh.
Hahaha. Ok bai.
![](https://img.wattpad.com/cover/79431087-288-k412473.jpg)
YOU ARE READING
Keluar (slow update)
Fantasy"Sekali kau masuk, susah kau nak keluar. Kau nak ke?"-Safwan "Kita kat mana ni?! Aku tak nak terperangkap kat sini!!! Keluarkan aku!!" -Sofea "Kita mesti cari jalan lain." -Danish Satu matlamat. KELUAR.