Sambungan serial killer

23 0 0
                                    

Burppp. Alhamdulillah kenyang.
***********
Aku tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian. Rumah taman. Rumah kedua dari hujung. Sekeliling rumah tersebut dililit pita berwarna kuning milik pihak berkuasa. Aku mengeluh. Kes yang sama ke?
Enjin kereta dimatikan.
Aku keluar dari kereta.
Rumah mangsa hanya mempunyai dua bilik kecil, satu bilik air. Keadaan rumah biasa dan tiada kesan seperti ada seseorang pecah rumah. Tiada tanda pergelutan. Cuma semak dihadapan rumah tersebut tidak ditebas. Cat berwarna hijau juga sudah luntur dan bahagian dinding yang dekat dengan lantai banyak lumut berwarna hijau kehitaman. Persis rumah tinggal.

Aku memakai mask muka bagi mengelakkan bau busuk menusuk hidung aku. Bau mayat kan, siapa je yang tahan. Lagipun aku bukan cannibal. Aku melangkah masuk. Semua pegawai polis sedang sibuk mencari bahan bukti yang aku tahu sememangnya tiada.

Sama.

Sama seperti yang sebelumnya. Aku mengeluh panjang. Bertambah botak aku lepasni memikirkan kes yang tak selesai. Inspektor Jalal mendekati aku. Menerangkan keadaan mangsa ketika mereka tiba di lokasi kejadian.

Sama.

Aku mengarahkan mereka untuk menghantar mangsa untuk post mortem.

"Tuan!"

Seorang pegawai polis menemui sesuatu. Akhirnya!
Sekeping kad hitam yang hanya tertulis nombor telefon bimbit yang tidak ada nama. Mungkin boleh dijadikan bukti. Tapi ia bukan bukti yang kukuh.

"Kita patut siasat tuan."

"Ya baiklah"

Kad tersebut dibawa ke balai.
Seronok aku kalau ini adalah bahan bukti yang dicari selama ini.

Telefon diangkat.
Nombor didail.

Tuuuutttt..tuuutt..tuuuttt..

Panggilan disahut.
Diam.

"Helo?"
"Haiiiiiiii. Boleh saya bantu anda?"

Riang intonasi suaranya. Tak seperti orang yang ketakutan.

"Kami dari balai polis ********. Boleh kami tahu apa kaitan awak dengan *********?"

"Hahaha....hahahahahahaha....hahahahahahahahahahahahaha....HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!"

"Helo? Helo?"

"Tahniah. Kau jumpa aku."

Tuuuuutttttttttttttttttt

Panggilan tamat.
===========================
Criminal's POV

Jalal menghempas telefon bimbit ke atas meja. Tangannya menggigil menahan amarah.

Semua anak buahnya dipanggil berkumpul di ruangtamu rumah agam milik Jalal.

Lengkap.

"Siapa yang cuai tertinggal kad aku kat sana semalam hah?"

Suaranya biasa. Tetapi pandangannya menggerunkan. Matanya kemerahan  tajam memandang setiap anak buahnya.
Seorang dari anak2 buahnya tidak senang duduk. Perhatian Jalal tertumpu padanya.

"Bunuh dia."

Tegas.
Tepat.
Jelas.

"Aku tahu siapa berlakon. Siapa yang betul. Kau tipu, nahas."

Jalal berlalu pergi.

Dua orang anak buah jalal mula bergosip.

"Macam mana dia boleh tahu?"

"Dia tahu la. Orang autism macam kita semua ni mana buat kerja tak bersih."

"Eh. Autism?"

"Yela. Semua yang bekerja dengan syarikat dia semua autism. Sebab dia nak kerja bersih, kemas. Takkan kau tak baca syarat2 tu dulu?"

"Tapi..."

"Tapi apa?"

"Aku normal..."

"Maksud kau?"

"Aku bukan autism....."

Gulp.

WierdWhere stories live. Discover now