Mimpi ni terjadi mungkin sebab aku terlalu seronok dengan cerita Pan yang aku tengok kat laptop kawan aku.
Tak pasal2 character lanun tu masuk dalam mimpi pulak. Hahaha.
*****************************Aku melihat jam dinding restoran aku. 'Hmmphh..kosong lagi..'
Pukul 10 malam, tapi restoran aku masih kosong. Apa nak jadi lah dengan bisnes aku ni. Aku menongkat dagu duduk di meja makan yang hampir dengan dapur.
Mak Timah, tukang masak di restoran aku seronok bersenang lenang dengan smartphonenya. Harini hari gaji. Rugi lagi. Gaji pekerja perlu dibayar. Tapi aku untung satu sen pon tak ada. Sampai bila lah nak jadi macam ni. Dulu aku rasa meriah je kedai aku ni. Walaupon tak la semegah mana. Restoran hasil peninggalan arwah mak.
Biasalah. Kedai dah lama.Mak Timah dah bersiap2 mengemas barangnya untuk pulang. Seusai dia mengemas, dia berjalan kearah aku dengan sengih sampai ketelinga. Bak kata orang2 tua, tangan kanan Mak Timah dah gatal tanda nak masuk duit. Tangan kiri aku pulak yang gatal sebab nak keluar duit. Terpaksa aku berhentikan Mak Timah. Hmph.
Sampul berisi duit gaji diletakkan diatas meja.
"Mak Timah, minta maaf ye. Ni gaji last. Saya tak mampu."
Riak muka Mak Timah biasa sahaja. Yelah. Dah dapat gaji buta. Seronok la tu. Aku berlalu ke dapur dengan sugul.
Pintu dapur dikunci. Perkakas sudah kemas disimpan ditempatnya. Lantai sudah dimop. Bersih.Aku singgah ke kaunter untuk mengambil kunci utama kedai. Called it a day. Hmph..
Kunci aku letakkan di atas kaunter.
Laci di kaunter dikemaskan.
Tiba tiba...."Ehemmm..."
Ada seorang lelaki berumur lingkungan 40 ke 50-an berpakaian serba hitam, dahinya luas, berambut palsu. Bajunya sedikit pelik dengan adanya seperti pelepah bulu ayam di sekeliling lehernya. Misai dan janggutnya didandan kemas walaupun panjang. Bajunya seakan baju perisai. Hmm..pelik. Ada jugak orang buta fesyen dalam era ni.
"Ye encik, boleh saya bantu?"
Diam.
Lelaki tersebut hanya merenung aku tepat ke mata. Renungannya tajam.
'Ah sudah..jangan laa jadi apa2 kat aku.'
Tangan aku di dalam laci sudah menggenggam pepper spray sebagai langkah berjaga jaga. Tiba2 lelaki tersebut tersenyum menampakkan gigi putih sebaris tersusun cantik. Tak macam gigi aku. Jongang.Dia meletakkan bungkusan diatas kaunter bayaran. Bungkusan itu diikat dengan kain berwarna maroon lusuh. Dia menolak bungkusan tersebut sedikit kearah aku. Blur aku dibuatnya. Sudahla tak bercakap. Tiba2 bagi aku hadiah pulak.
Aku cuba tersenyum kepada lelaki pelik tersebut. Walaupun aku tahu perasaan cuak terserlah di muka aku.
Aku membuka bungkusan tersebut.
Bau manisan mula tersebar dia sekeliling aku.'Sedapnya bauuuuu....hmmmm'
Ada sebuah bekas jernih yang berisi pelbagai jenis manisan berwarna warni. Yang paling menarik, semuanya seperti dibuat dari playdough. Cantik.
Pelbagai bentuk yang unik yang amat menarik perhatian. Aku cuba membuka bekas lutsinar tersebut. Gagal.'Ketat gila. Dia ni nak bagi aku ke tidak?'
Dia menarik tangan aku dengan pantas lalu membawa keluar sebilah pisau kecil yang di sisipkan di pinggangnya. Aku terkejut dan tak mampu melawan.
Dia menoreh jari telunjuk aku sedikit untuk mengeluarkan darah aku. Lalu darah tersebut dititiskan di satu lubang kecil di atas bekas tersebut.Bekas terbuka.
Aku tergamam.
Ahli sihir kot dia ni?
Muncul malam2 buta.
Baju pelik.
Bawak makanan.Semerbak bau manisan tersebut. Perhatianku beralih kepada manisan sebesar biji getah. Bentuknya seperti telur tapi ada biji2 kecil seperti telur ikan disekelilingnya. Seperti telur yang sedang bermain hoola hoop. Hahaha. Comel. Ukiran di atas 'telur' kecil tersebut amat teliti. Corak floral. Cantik.
"Mesti mahal kan, encik?"
Lelaki tersebut hanya tersenyum. Sunyi. Tiada perbualan antara aku dan dia.
"Saya rasa boleh?"
Anggukkan darinya tanda setuju.
Aku memasukkan manisan berupa 'telur' tersebut kedalam mulut.Cair di dalam mulut. Manis vanilla dicampur rasa biji2 tersebut. Masam sedikit.
Tak lama kemudian semua bertukar menjadi pahit. Kepala aku sakit. Seakan akan ada sesuatu yang menghimpit. Aku terdududuk memegang kepala aku."Arghhhhhhhhhhh!!! Apa ni setannn???!!!"
Aku mendengar lelaki tersebut mentertawakan aku.
Semakin kuat.
Kuat yang teramat.
Aku cuba membuka mata tetapi kelibatnya tiada. Namun tawa jahatnya masih kuat kedengaran. Seolah ada di dalam kepalaku.
Sakit.
Sakit.
Aku sesak nafas.
Tolong.
Tolong aku.
Sesiapa?
Tolong...
Aku...
Tolong............
"ARGHHHHHHHHHHH!!!!!!!"

YOU ARE READING
Wierd
פנטזיהinspirations from my dreams. Wierdo. Aku pon tak tahu kenapa aku mimpi semua benda ni. Mak aku suruh baca ayat kursi banyak2 sebab macam kena kacau jin. Haha. Apa2 pon. Sila lah baca. Ada tokok tambah sikit. Hihi. Nak bagi sedap asam garam cerita.