Macam mana kalau..

13 1 2
                                    

first..

Macam mana kalau manusia ada kuasa untuk pegi ke masa lepas? Mungkin ada org yg pergi ke masa lalu untuk betulkan kesilapan. Contohnya.. Pinjam ptptn. Mungkin jugak pergi ke masa lalu untuk perbetul masalah perkahwinan. Ataupun untuk mengelakkan kemalangan yang melibatkan orang tersayang.
Apa jadi kalau kau ada kuasa tu?
Fikir dulu..

Kau tolong orang?

Kau tolong diri sendiri?

Kau elak masalah?

Kau jadi a better person?

Macam mana kalau..ada tersarang kebencian kau kat seseorang? Kau pegi masa lalu untuk bunuh dia. Tapi baru ja kau keluarkan pisau nak bunuh dia, kau hilang. Kenapa? Dia dah bunuh kau dulu. Sebab? Sebab tu masa lampau dia. Dan dia boleh ingat ada orang cuba bunuh dia.
Macam mana kalau kau bunuh dia waktu dia baby? Dia tak ingat apa2 waktu tu. Tapi.. Macam mana pulak kalau mak ayah dia yg tuntut hak atas kematian anak dieorg.

Macam mana kalau..kau pegi masa lalu kau untuk betulkan kesilapan kau. Dengan harapan masa depan kau lagi cerah. Tapi..macam mana kalau kesilapan tu yang buat kau belajar supaya jadi diri kau skrg? Kau yakin bila kau elak kesilapan kau waktu lalu.. Kau akan jadi baik dari sekarang? Macam mana kalau sebaliknya?

Bersyukurlah.

*tengok cerita doraemon tadi.

Second..

Malaysia negara aman. Setuju?

Malaysia negara maju. Setuju?

Malaysia negara terbaik. Setuju?

Tak?
Sebab?
Politik teruk.
Rasuah merata.
Mata wang jatuh.
Rakyat diabaikan.

Jadi apa jalan keluar?
Senang. Cari negara lain. Duduk sana.
Betul ke tu penyelesaian paling bagus?
Macam mana kalau media yang pecah belahkan malaysia? Suap kita dengan berita palsu. Kita saling salah menyalahkan. Macam mana kalau kita salahkan orang yang tak bersalah? Dosa tu terletak di bahu siapa nanti? Media? Tapi kita yang tak selidik.
Entahlah.

Kita rakyat malaysia. Betul ke?
Macam mana kalau kita pindah ke negara lain sebab malaysia teruk. Masih rakyat malaysia ke? Atau rakyat atas kertas? Atas ic?

Patriotik? Zaman kanak2 je wujud perkataan ni dalam kamus hidup kita. Patriotik pada kita..berdiri tegak waktu lagu dinyanyikan. Semangat bila merdeka. Tapi.. Macam mana kalau patriotik tu sebenarnya kita sumbang sesuatu untuk negara? Cliche betul. Nak sumbang apa kan? Kita rakyat biasa. Tapi.. Macam mana kalau kita usaha sungguh2 jadi yang terbaik. Lepastu kita yang betulkan masalah dalam malaysia. Tu patriotik ke? Entahlah.

Kita sanjung negara lain. Tapi hina malaysia. Macam mana kalau samakan analogi orang kaya dan orang miskin. Kita sanjung orang kaya yang bagus pekertinya, berpelajaran tinggi, beretika. Tapi kita hina orang miskin yang kasar orangnya, tak beradab, makan rasuah merata, kedekut, curi duit orang. Tapi pernah ke kita bantu?
Mesti ada org cakap. Ahli politik malaysia kaya tapi....hmph.
Rakyat tetap miskin. Macam mana kalau kita yang jadi kaya. Kita yang bantu orang miskin jadi kaya. Macam mana kalau kita yang usaha jadi ahli politik. Lalu betulkan semua kacau bilau yang dah terjadi. Ada ke kita ajar generasi muda untuk bercita cita jadi ahli politik yang berjaya? Beragama? Macam mana kalau kita hasilkan ahli politik yang lagi bagus dari sekarang. Macam mana kalau kita hentikan usaha sia2 protes yang membelanjakan banyak duit. Lalu kita guna duit untuk bantu orang susah belajar untuk jadi ahli politik yang diperlukan rakyat?

Tapi..
Macam mana kalau semua orang cari negara lain. Hidup bahagia kat negara asing. Tinggalkan malaysia. Lalu penuh bangsa asing yang terpaksa datang mencari rezeki di malaysia. Tebalkah muka kita nak tuntut malaysia adalah dulunya tanah melayu. Bangga ke kita dengan malaysia? Bila atlet malaysia berjaya. Bangga lah. Tapi tu patriotik ke? Kita bangga dengan malaysia atau atlet tu sahaja?

Pekerja bangla..indonesia.. Kat malaysia ni belambak. Kita protes. Tapi.. Macam mana kalau kita yang ambil tempat dieorg. Untuk bekerja. Jadi buruh, cleaner.. Nak ke kita?

Kenapa perlu salahkan orang mencari rezeki ,
sedangkan anak2 muda senang lenang duduk di rumah goyang kaki?

Macam mana kalau melayu tepati masa macam orang jepun. Macam mana kalau melayu rajin bekerja macam orang bangla. Macam mana kalau melayu setia macam orang gaji indon yang bekerja siang malam.
Maju kah kita nanti?

Entahlah.

Thoughts of my mind. Dun worry. All af the above will not be in reality. Because.. Melayu tetap melayu.  😶

WierdWhere stories live. Discover now