Sayang abang

20 0 0
                                    

"I love you."
"I love you too"
"I love you three"
"Eii mengada. Haha."
"Haha. Betullah."
"Hee. Yelahh yelahh. Dah. Babaii. Nak gi mandi. Da lewat nak pegi interview."
"Nak ikut?"
"Takboleee. Wekk. Ngada2 betul. Hmph"
"Haha. Okay bye my sweetie. Siap cantik2 snap gambar bagi abg okay?"
"Okay abg. Babaii"

*talian diputuskan*
'Dah lebih dua tahun hubungan aku dengan hairi. Dia masih romantik macam awal awal bercinta dulu. '

Aku tersenyum sorang diri. Aku janji akan setia pada dia seorang je. Dia seolah2 tak ada kelemahan. Semuanya perfect.
Dia menguruskan perniagaan ayahnya sejak lepas spm kerana ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak tunggal, dia lah yang bertanggungjawab untuk menguruskan semuanya. Ibu hairi menghilangkan diri sejak hairi berumur 5 tahun. Tapi hairi tetap seorang yang peramah dan ceria seolah2 tiada langsung masalah yang mengganggu. Aku sangat beruntung.
Setiap hari hairi akan call bertanya tentang aku. Sebagai perempuan, perhatian yang sebegitu sangat didambakan. Rasa seronok apabila ada tempat bermanja.

'Ish, berangan lagi!'

Jam menunjukkan pukul 6.56 pagi. Aku perlu mandi dan bersiap untuk interview kerja sebentar lagi.

Ding!!!!

Satu mesej masuk.

'Jangan lupa ambik aku kejap lagi woiii!'-jimmy

Alamak!! Aku hampir terlupa aku perlu menumpangkan jimmy ke interview jugak!

Aku bergegas mandi dan bersiap memakai baju kurung putih bersulam bunga kecil berwarna pink di bahagian bawah baju. Rambut panjang aku diikat satu seakan pony tail. Compact powder ditepek di muka dan gincu dicalit nipis. Siap!!
Kunci kereta, kunci rumah dan handbag dicapai. Setelah menghirup secawan milo aku keluar rumah lalu memecut kereta myvi aku menuju ke cheras, rumah jimmy.

Sepanjang di dalam kereta aku cuba menenangkan diri dari gugup yang menyelubungi. Cuak. Aku perlu buat yang terbaik.

RINGGG!!

Hairi is calling..
Slide to answer.

Aku tersenyum. Aku menghidupkan blutooth di radio dan menyambungkan ke iphone aku.

"Hai"
"Hai honey. Kat mana tu?"
"Dah otw dah pegi cheras"
"Eh? Bukan interview sayang kat PJ ke?"
"Eh haaa lupa. Sayang kena tumpangkan jimmy. Tempat interview dia sama dengan sayang"
*senyap*
"Hello?"
*senyap*
"Abang?"

Tuutt.. tuutt.. tutt..
Talian diputuskan.

'Alamak..merajuk pulakk.'
Kejap lagi la pujuk. Nak drive ni.

Sesampainya aku di depan rumah jimmy aku mencapai phone untuk inform jimmy.

RIINGG!!

Hairi is calling..
Slide to answer.

'Mungkin dia busy tadi.'

Panggilan dijawab.

"Hello abang."
"Awak! Awak! Hairi ada masalah! Tolong datang sini sekarang! Sy hantar location kat awak! Cepat awak!"

Aku tergamam.
Eksiden?
Gaduh?
Tapi aku tau hairi tak ada musuh.

Dingg!!

Satu mesej masuk. Terpapar satu location. Lekas aku memberitahu jimmy yang aku tak jadi untuk saing dengannya ke interview. Aku pecut myvi aku mengikut waze.

'Jangan jadi apa2 kat hairi please.'
Rayu aku dalam hati.
Risau kerana aku amat menyayangi hairi.

Aku tiba di satu hotel yang sudah lama ditinggalkan. Sunyi jalan masuknya. Aku dah berdebar. Aku cuba call hairi tetapi tidak dijawab. Kerisauan aku bertambah.
Aku menjejakkan kaki ke dalam hotel tinggal tersebut dengan bersenjatakan parang bersaiz kecil yang memang sedia ada di dalam kereta aku. Aku cuba untuk call hairi sekali lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WierdWhere stories live. Discover now