Sakat iv

23 0 0
                                    

Setelah terkena sepakan Maimunah, Ali tiba-tiba hilang kawalan diri. Sepakan itu tidaklah seberapa tetapi kelihatan badan Ali terhuyung-hayang. Setelah beberapa detik cuba mengawal badan akhirnya Ali akur dengan takdir Illahi, dia tidak mampu lagi mengawal dirinya. Terjatuhlah si Ali tergolek-golek seperti nangka yang busuk.

Maka berlalulah si gadis berdua tanpa meperdulikan musibah menimpa Ali. Sayup-sayup kedengaran hilai Maimunah, menambah garam di luka Ali.

Tanpa membuang waktu Abu dan Atan segeralah mendapatkan Ali, memapahnya bangun.

"Tak guna punya Maimunah, dia telah menjatuhkan maruah kejantanan aku di hadapan kekasih hatiku Rogayah." Ali bersuara dengan penuh amarah.

"Tak guna punya Maimunah. Suka hati dia cakap kita beli martabak. Pada hal hari tu kita beli roti canai la." selesai Atan bersuara, kedengaran satu bunyi yang tidak enak di dengar.

KECEPUKK!!
Tangan Ali singgah di kepala Atan sedang sebelah tangan lagi meletakkan jari telunjuk nya di bibir yang di tutup rapat sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Tiada suara, tiada bunyi juga yang kedengaran. Hanya isyarat sahaja diberi kepada Atan. Atan angguk tanda faham, sesekali mengusap kepalanya sakit mungkin.

"Tak guna punya Maimunah. Aku rasa kita kena ajar sikit dia ni. Luka lama belum lagi sembuh." ujar Abu sambil mengusap-usap bahu kirinya.

Mengimbau peristiwa Ramadhan yang lalu melibatkan pemuda bertiga dan Maimunah. Pemuda bertiga memasang mercun di kandang kambing orang kaya Haji Sapie. Menyebabkan kambing-kambing berkeliaran lari lepas dari kandang. Maimunah lah berjasa melaporkan kepada ketua kampung bahawa pemuda bertiga yang membuat ona. Menyebabkan mereka di arah mencari dan menangkap kambing-kambing yang lepas tu. Ketika itulah Abu terjatuh ke dalam paya sewaktu mengejar kambing, menyebabkan bahu kirinya terseliuh.

"Aku ada idea!" tiba-tiba Ali bersuara, mengejutkan Abu dan Atan. Lalu berbisik-bisiklah mereka bertiga, disertai tawa dan hilai. Raut wajah yang masam kini berubah ceria. "Bagus juga idea kau tu Li. Tak sangka otak kau ni bergeliga juga." puji Atan.

"Baiklah, kalau begitu kita jumpa malam nanti dekat Selekoh Haji Mahmud,terawih tu buat 8 je." arah Ali sambil nemulakan langkah mencari jalan pulang. "Hari dah lewat, aku pulang dulu." tambah Ali lalu mengangkat tangan kepada sahabat berdua itu tanda perpisahan. Maka berlalulah pemuda bertiga itu pergi mencari haluan masing-masing.

SakatWhere stories live. Discover now