Sakat vi

13 0 2
                                    


Dengan tiba- tiba, sedang asyik mereka seronok ketawa, bahu Ali dan Abu dipukul oleh sesuatu.
PANG!!

"Aduh!" Abu menjerit.

" Kenapa Atan?" tanya Ali setelah mereka sedar mereka dipukul oleh teman mereka sendiri iaitu Atan. Tetapi tiadalah dijawab pertanyaan Ali itu kecuali Atan cuma menunjuk ke arah depan.

" Eh, Maimunah dah datang. Tapi kenapa dia seorang? Bukan dia selalu pergi terawih dengan adik dia ke? " tanya Ali kebingungan selepas melihat kelibat Maimunah dari jauh.

" Mana la aku tahu adik dia uzur kot. Hehe" balas Abu yang masih sempat berseloroh. "Tapi kenapa makin lama aku tengok si Maimunah ni semakin aneh?" tambah Ali lagi yang semakin binggung keningnya makin berkerut, ada peluh di hujung keningnya.

" Ish. Banyak tanya pulak kau Li. Manalah aku tahu. Jom siap-siap kita nak sakat dia. Hehe" tegur Abu sambil membetulkan tudung putih yang dipakainya.

" Eh eh kenapa tiba-tiba dia melompat-lompat tu? Si Maimunah kena buasir ke..." belum sempat Ali menghabiskan pertanyaannya, dia terdiam kaku, bisu, seolah jantungnya berhenti seketika untuk memulakan degupan kencang.

Matanya bulat terbeliak. Raut wajahnya berubah, bibirnya separuh biru, peluh mula membasahi dahinya, tangannya terketar-ketar. Suasana menjadi sepi dan dingin.

Tiba- tiba Abu berteriak. "Ya Allah Li!! Itu hantu betul. Astaghfirullah! Ya Allah! Dia datang ke arah kita woi! " teriak Abu kepada dua orang kawan nya seraya melompat keluar dari semak itu.

Kelibat yang hadir bukanlah yang ditungu mereka. Lembaga putih berbungkus rapi, ada tompokan darah di badannya. Melompat-lompat ke arah mereka. Mukanya pucat, matanya hitam tidaklah jelas biji matanya. Ada taring pada bibirnya yang kadang senyum kadang tidak. Erh...aku yang tulis pun seram dah ni.demm!!

Maka gegar gempitalah Selekoh Haji Mahmud yang tadinya sepi tanpa bahasa, diam tanpa bunyi, bisu tanpa lagu. Berteriaklah bertiga sahabat terkejut melihat kelibat yang disangka Maimunah itu tadi rupanya hantu pocong yang datang ke arah mereka.

Tiadalah lain yang timbul dibenak masing-masing kecuali perasaaan takut yang amat dan keinginan untuk menyelamatkan diri masing-masing. Lantas mereka bangun untuk melarikan diri.

" Allahu Akbar!! Ya Allah!!" Ali takbir serta merta tidaklah jelas usaha untuk menghalau pocong itu atau refleks spontan akibat terlalu terkejut. Bertaburan gelagat tiga bersahabat cuba melarikan diri seperti kera kena belacan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 31, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SakatWhere stories live. Discover now