" demam panas sepanas ubi kentang rebus. huaaa 😭 "
Aku membaca status yang baru sahaja dimuat naik oleh jhope.
Ouh , patutlah tak datang sekolah tiga hari. Teruk sangat ke demam dia? Aku mencapai handphone lalu nama jhope dicari cari. Aku ni seorang kawan yang prihatin.
Selepas beberapa deringan, aku mematikan panggilan. Dengan harapan dia akan telefon aku semula sebab kredit aku teramatlah berharga.
Nampak tak prihatin tu? KekekeSeperti yang dijangka , jhope menelefon aku selepas beberapa saat.
" ~~ hey si gadis yang masam. " suara serak percik sengau jhope kedengaran.
hehh banyak lah kau punya masam.
" KENAPA TAK BAGITAHU AKU KAU DEMAM WEH. AKU LONELY WEH KAT SEKOLAH !!! "
" WOI janganlah jerit PHSM ! "
" apa mende PHSM tu ? "
" Pontianak Harum Sundal Malam"
K.
" Kau lonely kat sekolah ke kau rindu aku ni ? "
Sapa je tak rindu crush sendiri. Opss
" Aiseyhh tak ada masa aku nak rindu kau. Ni aku ada tercegat kat depan pintu rumah kau , mohon bukak pintu ni sekarang "
++++++++++++
Aku melabuhkan punggung di sofa kediaman jhope. Bersinar sinar rumah si jhope ni. Sana kaca sini kaca.
Jhope yang memakai baju setebal 5 lapis duduk berhadapan dengan aku.
Aku tergelak kecil melihat dia yang dah macam pau.
Mukanya agak pucat dan sedikit sembap " nah aku bawa sikit buah tangan untuk kau. Btw, teruk lagi ke demam kau ni ? "
" Lepas tengok muka kau hilang lah demam aku ni. Heee "
Jantung aku dah warm up nak buat larian marathon ni.
+++++++++++++
Aku menyerahkan semangkuk bubur kepada jhope.
" thankkie ~ "
Dia meniup sebelum memasukkan sesudu bubur kedalam mulutnya.
" Wweihh sedapnya bubur kau buat ni. Apa bahan special dalam ni " jhope meningkatkan kelajuannya menghirup bubur tersebut.
Aku tersenyum sinis.
" Simple je ramuan dia. sepenuh kasih sayang dan secubit tahihidung "
Dan selepas itu , jhope telah menyemburkan bubur yang berada dalam mulutnya tepat ke arah mukaku.
" damn it J-horse , aku gurau je " -.-
+++++++++++++
Suasana sekarang ni memang sangat sunyi dan sepi. Aku pandang dia , dia pandang aku , aku toleh kanan , dia toleh kiri.
.. Apakah ?
" h-hoii jhope , aku bosan lah "
Aku cuba memecahkan suasana sunyi ini.
" yeah aku pun. Lets play a game "
Jhope serta merta bangun dari sofa dan pulang semula dengan dua helai kertas A4 dan dua batang pen.
Apalah yang dia fikirkan
" kita main truth or lie "
Kami berkerjasama macam wonderpets. Dia mengoyak kertas A4 tersebut sementara aku menulis ' truth ' dan ' lie ' pada setiap cebisan dan melipat kertas itu.
++++++++++++++++
Aku duduk bertentangan dengan jhope
Kertas kertas tadi telah disepahkan dihadapan kami. Jhope memulakan permainan dengan mencabut kertas bertulis
' TRUTH '
" i like your eyes "
Jantung aku terus lari sepantas kilat dengan bantuan boboiboy halilintar.
Aku segera mencabut kertas supaya dia tak perasan pipi aku yang dah merah macam tomato.
' TRUTH '
Aku memandang jhope
" i--i like your nose "Hidung aku yang rasa nak berdarah sekarang ni . oh my gucci
Jhope membuka kertas yang dicabutnya
Dan lagi sekali
' TRUTH'
" you're pretty " jhope tersenyum luas
Tolong berhenti , jhope
Giliran aku sekali lagi dan aku sekali lagi mencabut
' TRUTH '
" I LOVE YOU "
Aku menutup mulut. Tak sangka ayat ini yang keluar dari mulut aku sendiri. Aku menundukkan kepala akibat malu
' LIE '
Tertera pada kertas yang dipegang jhope
" hey , i love you too "
Love is a lie lie ~~
--------------------------------------------
Bosan + clishe. Sorry 😭
Vote /////
Comment
♥