I want to wake up, I hate this dream
i’m trapped inside of myself and I’m dead
××
" Happy birthday to youuu ~~ Happy birthday to youu~~
Happy birthday to park chimin~~
Happy birthday to you "Punyalah bersemangat aku menyanyikan lagu happy birthday ni hinggakan tercungap-cungap dibuatnya. Kek yang berada di tangan aku berikan kepadanya.
" Wahh , tak sangka dia ingat birthday orang " jimin mengukir senyuman hingga ke telinga. Sampai mata pun hilang. Macam mana pulak tak ingat, awok tu kan boiipreng kita hihi
Satu persatu api di atas lilin terpadam. Ucapan terima kasih tak putus putus kau ucapkan.
Yay aku berjaya buat kau terharu, jimin :)
Krim vanila yang menyelaputi kek habis dipindahkan ke muka kau. Eloklah tu kau dah la tembam, putih pulak tu karang bukan kek cokolat ni aku kunyah pipi kau jadi mangsa perut aku nanti
Aku yang dari tadi terkekek kekek melihat muka jimin diberi pandangan maut olehnya
" eee cayang dah la tu jangan lah gelak dah. Ni semua salah dia tau ! "
Bibir dah la tebal, lagi nak pout. gewamm lah. ><
" hahahaha ok ok ala sorry lah. orang bukan apa, ni birthday dia setahun sekali je kot, lepasni orang janji tak kotorkan muka dia yang peloles tu dah." aku mencebik sedikit.
" Janji ? "
" Yee janji chimengada "
Jari kelingking kami berpaut.
" Cepat lah habiskan kek ni , lepasni kita jalan jalan. "" Nak jalan dekat mana? Dah nak malam dah ni. Kita tawaf rumah ajalah lagipun orang ngantuk lah "
Terkumat-kamit dia cuba bercakap dengan mulut yang penuh dengan kek.
Aku memandang ke arah koridor apartment, sememangnya matahari sudah mula menghilang. Memberi peluang kepada si bulan untuk menerangi kegelapan bumi selepas ketiadaannya.
" Alaa boleh lah jimin, orang janji kali ni last orang ajak dia jalan malam malam macam ni. Ni last orang rampas kebahagiaan dia untuk tidur "
Aku menggenggam kedua dua tangan aku demi meyakinkan jimin. Please weh please.
" Kalau dah janji.. okay "
Yass
Cepat cepat aku bangkit dari kerusi tetapi dihalang jimin. dia kata tak payah tukar baju sebab aku pakai apa pun lawa dan dia kata dia nak aku lawa depan dia je.
Aku tersenyum. Banyak sangat gula kau ni jimin.
+++++++
Kasut adidas berwarna pink aku sarungkan. Nama aku berulang ulang kali jimin panggil. Maklumlah aku ni perempuan, lambatlah sikit.
Niat Jimin yang baru ingin mengeluarkan iphonennya terbantut apabila aku muncul.
" Ye cik nak pergi mana? " Jimin mengangkat sebelah keningnya sambil bertanya ala ala pemandu teksi
" tolong hantarkan saya ke hati jimin "
" Ish apelah pickup line ciplak Twitter " jimin berdecit sambil menjelirkan lidah.