"Abang nak air?"tanya Qila laju setelah suaminya membuka pintu utama rumah. Dia tahu suaminya keletihan setelah pulang dari kerja.
Syafiq mula membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah. Sofa di ruang tamu menjadi tempat pertama yang ditujunya. Dia duduk bersandar melepaskan segala kepenatannya.
'Hesy, suami sape ni bila ditanya tak jawab?' Bebel Qila di dalam hati. Pintu utama rumah yang dibiarkan terbuka oleh Syafiq ditutupnya.
'Astagfirullahalazim. Mengumpat suami tu berdosa Qila....' Qila menepuk dahinya sedar akan perbuatannya yang agak tidak patut.
'Tapi bukannya selalu pun macam ni.' Qila tersengih seorang diri. Tiba-tiba matanya tertumpu pada si suami yang sedang menutupkan kedua-dua belah kelopak matanya rapat. Qila dengan segera menuju kearah Syafiq. Terlupa pula dia ingin membuatkan Syafiq air.
"Abang nak air tak? Kalau nak air saya buatkan." Teguran Qila membuatkan Syafiq membuka matanya memandang Qila. Direnung Qila itu dengan sebelah kanan keningnya terjongket ke atas. Pelik barangkali dengan perangai isterinya ini. Rajin pula tiba-tiba. Namun Syafiq tidak bertanya apa-apa tentang 'jin' rajin manakah yang masuk ke dalam tubuh kecil isterinya itu.
Dia hanya mengangguk perlahan tanda dia mahu air. Lagi pula, jarang sekali Qila ingin membuatkannya air. Bagi Syafiq, malas Qila tu masih kebudak-budakan. Namun dengan kerajinan yang Qila pamerkan pada hari ini, bukanlah rajin yang matang.
Qila tersenyum melihat suaminya itu menganggukkan kepalanya.
"Hot Caramel latte ke?"soal Qila walaupun dia sudah lama mengetahui apakah minuman kegemaran Syafiq. Minuman itulah yang sering dibuatnya sendiri pada waktu malam sewaktu menyiapkan kerja di dalam bilik kerjanya.
"Yup. Macam biasalah. Takkanlah awak nak tanya saya benda yang sama lagi setiap kali nak buatkan saya air?"balas Syafiq. Secalit senyuman yang manis lahir di bibir Syafiq tanpa dia sendiri sedari. Dalam diam, Syafiq tetap merasakan yang perangai kebudak-budakan Qila itu lucu. Terima kasih mama jodohkan Syafiq dengan perempuan tak berapa matang ni. Getus hati Syafiq.
'Haa...That smile makes me melt. Hmm...' Tersengih-sengih Qila melihat Syafiq tersenyum. Sudah dua bulan mereka disatukan bersama. Namun hubungan mereka masih tidak begitu rapat. Qila segera menuju ke dapur. Air harus disiapkan segera sebelum si suami sudah terlentok tidur di sofa.
Lebih kurang 5 minit kemudian, Qila ke depan membawa secawan air Hot Caramel Latte yang dibuatkan khas untuk Encik Hati Kering. Sengaja di 'hot' kan supaya dapat mencairkan hati si suami yang keras.
Syafiq yang melihat Qila membawa secawan kopi tersebut dengan segera membetulkan duduknya. Dia mencapai cawan yang telah Qila letakkan di atas meja berhadapan Syafiq.
Dahi Syafiq berkerut setelah mencapai cawan berisi air tersebut. Muka Qila dipandangnya silih berganti dengan air di dalam cawan.
"Kenapa pandang saya macam tu? Nampak tak sedap ke?"tanya Qila pelik. Setahunya dia buat seperti biasalah. Tidak mengubah rasa pun. Dia duduk dihadapan Syafiq.
"Comel." Syafiq tenung wajah isterinya dalam membuatkan Qila tersengih seperti kerang busuk.
"Saya comel? Terima kasih. Buat penat je puji saya." Pipi Qila mula kemera-merahan. Mana tidaknya, selama dua bulan itu, tidak pernah Syafiq memujinya.
"Comel cream smiley dekat air ni. Betul ke awak yang buat?"kata Syafiq selamba. Sengaja mahu melihat perubahan ketara pada wajah isterinya.
Muka Qila berubah riak. Tidak patut langsung puji cream smiley tu. Bukan benda tu tahu pun yang dia sedang dipuji. Kurang manis punya suami.
Syafiq mula meneguk air yang dibuat Qila sebentar tadi.
"Ah!"
Terkejut Qila apabila Syafiq terjerit perlahan. Dahinye berkerut-kerut sambil tangannya memegang bibir. Cawan sudah diletakkan di atas meja.
"Awak ni kenapa? Minum tu, betul-betul lah. Tengok tu, kan dah tumpah...."bebel Qila.
Syafiq menjeling Qila dengan tajam.
"Apa?" Tanya Qila apabila dipandang sebegitu.
Syafiq masih memandang tajam mata isterinya.
"Dah tumpahkan air, tengok orang macam tu pulak." Qila sambung bebel. Betullah, dia tumpahkan air lepas tu pandang orang macam tu. Nak orang lapkanlah tu.
"Siapa yang buat air ni? Makcik Lala ke sayang yang buat?" Syafiq cuba bertanya dengan nada yang lembut. Cakap dengan budak tidak boleh terlalu berkasar.
"Kesayangan abang yang buatlah."beritahu Qila sambil sengih.
"Qila....."
"Iyee...nape bang?"
"Kenapa tengok Qila macam tu pulak?" Tanya Qila laju. 'Asyik tengok aku je. Sebabnya tak bagi tau pulak, kenapa.' Bebel Qila di dalam hati.
"Kenapa air ni panas sangat? Nak telan pun susah. Kena bibir je dah pedih. Nak mulut saya melecur ke apa?"beritahu Syafiq. Rupanya air itu terlalu panas.
Qila mula mengetawakan Syafiq membuatkan dahi Syafiq berkerut seribu penuh dengan tanda tanya.
"Yang ketawa tu kenapa? Tak lawaklah. Bibir saya ta yang rasa sakit" Syafiq menjegilkan matanya ke arah Qila. Makin galak pula Qila gelak apabila wajah Syafiq sebegitu rupa.
"Saya nak cairkan hati awak. Tulah...susah sangat, saya bagilah air yang panas gila ni." Kata Qila cuba menyakat si suami. Sedangkan dia terlupa nak tambah sedikit air sejuk untuk menjadikannya suam dek kerana ingin terlalu cepat.
Syafiq membuat muka bengang.
YOU ARE READING
Suami Berhati Kering [Slow Update]
RomanceSyafiq, seorang lelaki berhati kering. Cakap tak serupa bikin. Tak fikirkan hati orang lain. Qila sebagai isteri yang childish , mula menjalankan misi MENCAIRKAN HATI SUAMI. Apa yang Qila buat? Berjaya ke? Nak tau? Haaa...bacalah dulu baru tau. ?? S...