Bab 2

5.5K 183 1
                                    

"Makcik Lala, mana baju kerja saya untuk hari ini?" Tanya Syafiq kepada pembantu rumahnya yang sedang memasak di dapur. Makcik Lala memandang kearah majikannya itu. Serba salah dia ingin menjawab persoalan yang diajukan oleh Syafiq.

"Err, macam ni. Tadi masa makcik nak gosokkan baju Syafiq,  Qila datang. Dia kata nak gosokkan. Katanya,  makcik ni bukan isteri Syafiq biat apa nak gosokkan baju Syafiq."jelas makcik Lala sambil tersengih.

"Apa? Qila gosok? Dia tu tau ke gosok baju? Habislah baju saya makcik.." Syafiq membuat muka sedih membuatkan makcik Lala gelak perlahan.

"Dia tengah belajar jadi isteri,  Syafiq. Tak sampai hati cik Lala nak hampakan dia."

Syafiq menepuk dahinya.

"Mesti rentung ni baju saya. Saya tengok dululah. Makcik sambunglah masak. "Syafiq bergegas naik ke tingkat atas. Khuatir akan baju kesayangan. Semua baju dia adalah kesayangannya.

"Sayang?"panggil Syafiq sewaktu menaiki tangga ke tingkat dua.

'Alamak, macam mana ni?'Qila mula panik apabila mendengar suara Syafiq yang semakin dekat dengan bilik. Dia terus menuju ke belakang pintu bilik untuk bersembunyi daripada Syafiq. Tidak tahu mahu bersembunyi di mana lagi.

'Lamanya dia ni. Tak masuk bilik pun. Penat aku menyorok.' Getus hati Qila tidak betah bertahan lama.

Baru saja dia ingin bangun, tombol pintu seperti dipulas. Cepat-cepat dia bersembunyi semula di belakang pintu dengan tubuhnya yang ditutup menggunakan selimut supaya tidak dapat dilihat oleh suami kononnya.

"Sayang, mana baju.....Ya Allah..." terkejut Syafiq apabila melihat baju kerjanya sudah berlubang di atas katil. Matanya melilau mencari Qila. Nak marah tak sanggup. Bak kata makcik Lala Qila cuba untuk menjadi isteri yang baik. Jadi berilah dia peluang itu. Benda ini sudah tentu tidak disengajakannya. Matanya tertumpu pada sesusuk tubuh yang berada di dalam selimut belakang pintu bilik.

"Sayang, dah lah tu. Tak payah menyorok. Abang dah nampak lah." Kata Syafiq sambil kaki menuju kearah tempat Qila bersembunyi.

"Qila..."panggil Syafiq lagi perlahan. Dia kemudiannya menarik selimut yang menyelubungi Qila. Setiap kali dia tarik,  selimut tersebut pasti ditarik semula oleh Qila.

Qila masih diam sambil ke dua-dua matanya ditutup dengan telapak tangannya.'Dia tak nampak aku lah tu.'bisik hati Qila.

Syafiq memandang Qila yang berada di dalam selimut dengan pandangan pelik. Dia menjentik dahi Qila. Dapat diagak mana dahinya terletak. Jentikannya itu membuatkan Qila membuka selimutnya perlahan.

"Aduh, sakitlah...Tak payah lah main jentik-jentik. Tak nampak ke orang tengah menyorok daripada suami orang ni?" Qila menyuruh Syafiq supaya diam. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu.

"Erk, abang rupanya... Ingatkan makcik Lala tadi. Macam mana abang boleh ada kat sini? Abang tak kerja ke?" Qila tersengih kepada Syafiq.

Syafiq menggelengkan kepalanya berkali.

"Eah dia ni.. bangunlah. Hesy, childish betullah." Syafiq menarik lengan Qila supaya bangun. Ingin kita ni budak kecil ke nak main sorok-sorok lagi? Suami awak ni matang tahu tak?

Qila membuat mimik muka.

"Tu, kenapa baju abang jadi macam tu?"tanya Syafiq kepada Qila. Dia tahu Qila memang tidak biasa bab gosok baju ini. Di rumahnya pun selalu disediakan oleh pembantu rumah. Anak manja pula itu. Maklumlah anak        
tunggal. Layankan sajalah perangai budak tidak matang ini.

"Alolo....hensemnya muka dia...suami siapa ni...muah muah..." Qila mula bermanis mulut dengan Syafiq sambil memegang pipi Syafiq memusingkannya ke kanan dan ke kiri. Kedua-dua belah pipi Syafiq dikucupnya.

Syafiq diam tidak memberi tindak balas. Kalau diberi tindak balas,  tak pasal-pasal makin mengada budak ni.

"Eh, abang tak kerja ke?" Qila menarik suaminya untuk bersuara. Dia memandang suaminya dengan mendongak. Susah benar mahu melihat wajah suami yang terlalu tinggi ini.

Syafiq menggelengkan kepalanya.

"Pergi mandi cepat. Busuklah awak ni. Bangun-bangun, lubangkan baju orang pulak."arah Syafiq kepada Qila. Sudah pagi pun tidak mandi lagi. Isteri siapalah ni.

"Pasti ada hikmahnya kenapa dia berlubang kan?" Qila kemudiannya tertawa seperti tidak rasa bersalah langsung. Sudah lubangkan baju orang,  digelakkan pula.

"Haa...ni berlubangnya." Syafiq menggeletek pinggang Qila.Qila ketawa.. Dia berlari mengelilingi ruang bilik.

"Tolong! Tolong! Ahhh! Lari...bahaya... Kejahatan!! Ahh!!" Qila terus menjerit-jerit manakala Syafiq membuat muka pelik tanpa mengejar Qila.

'Kenapalah aku dapat isteri gila macam ni... tak matang... nasiblah dia ni comel, aihh...'bisik hati Syafiq.

Dia melihat Qila yang masih terpusing-pusing di dalam bilik seperti orang tidak betul.

"Nak kata terencat bini sendiri." Syafiq menggelengkan kepalanya.

Kalau nak diikutkan, beza umurnya dengan Qila hanya dia tua 3 tahun sahaja. Tetapi perangai Qila terlalu tidak matang. Manja.

Suami Berhati Kering [Slow Update]Where stories live. Discover now