Malam itu Qila tidak dapat tidur dengan nyenyak. Asyik terbangun sahaja. Sudahnya dia kehausan. Qila memandang si suami yang sedang dibuai mimpi. Lama dia memandang Syafiq. Ragu-ragu sama ada mahu kejut atau tidak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengejutkan si suami daripada tidur.
"Abang... Nak minum...hauslah...abang teman lah Qila... takutlah seorang diri. Kalau Qila kena culik macam mana?" Qila mengejut Syafiq yang sedang tidur. Bahu Syafiq digoyang-goyangkan berkali. Harapannya Syafiq bangun dan menemankannya ke dapur.
Syafiq terjaga daripada tidur. Matanya digosok berkali. Matanya masih lagi mengantuk.
'Apalah pulak dia ni nak..' getus hati Syafiq dengan muka muram.
Syafiq bangun memandang isterinya yang sedang memandang tepat ke dalam matanya. Dia duduk di atas katil.
"Makcik Lala, kan ada."kata Syafiq. Sebenarnya dia penat mahu menemankan Qila. Mentel sungguh.
Qila menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu ditemani oleh makcik Lala.. Lagipula, gila ke apa mahu kejut makcik Lala?
"Qila nak suami Qila yang teman. Bukannya makcik Lala. Makcik Lala dah tidur." Balas Qila.
Syafiq meraup mukanya berkali. Rambutnya yang terjuntai ke hadapan di biarkan sahaja.
"Kalau macam tu, pergilah kahwin dengan bibik."kata Syafiq selamba lantas terus berbaring dan menutup kelopak matanya. Tangannya disilangkan ke dahi.
"Abang!" Qila mencubit pipi Syafiq.
Syafiq membuka mata lantas terus terduduk..pipi kiranya dipegang.
"Aduh...sakitlah. Tak ada tempat lain ke nak cubit? Nanti pipi abang ni naik macam mana? Tak payah pakai botox dah. Yelah, yelah jom." Syafiq akhirnya mengalah. Selalu sahaja dia harus mengalah. Geramnya hati.
Qila tersenyum kemenangan. Syafiq yang melihatnya memandang dengan pandangan menyampah. Kalau tak teman, asyik kacau orang je. Bila diteman, buat muka tersenyum-senyum minta penampar macam tu pulak. Sabar jelah.
**********
"Qila nak air apa?"tanya Syafiq. Dia menoleh ke belakang untuk melihat Qila. Tetapi Qila sudah tiada di belakangnya.
"Qila janganlah main-main." Syafiq terus menutup pintu peti sejuk. Sebaik sahaja pintu ditutup, tersembul wajah Qila di sebalik peti sejuk.
"Ya Allah! Qila! Jangan main-mainlah."marah Syafiq sambil mengurut dadanya. Nasib baiklah dia ini sihat belaka. Kalau dia ada lemah jantung, sudah lama dia terbaring dilantai akibat serangam jantung.
"Mana ada orang main. Daripada tadi orang diri kat sini. Abang tu lah. Bukak peti sejuk, sampai tak sedar Qila kat sini. "Kata Qila membuat muka selamba seperti orang yang tak bersalah. Padahal memang dia sudah berniat mahu terkejutkan Syafiq. Itulah, peti sejuk nak yang besar. Kalau boleh semua barang nk besar. Sampai isteri boleh menyorok belakang pintu peti sejuk.
Qila mengambil gelas lalu dituangnya air jus mangga yang diambilnya daripada dalam peti sejuk. Kemudian dia meminumnya perlahan. Kehausan tahap yang sudah tidak dapat ditahan olehnya lagi.
Syafiq menunggu sambil memeluk tubuh. Sesekali dia menguap. Mana tidaknya, kena paksa bangun hanya untuk menemankan budak kecil minum.
"Jom my bibiy.." Qila memaut lengan Syafiq. Syafiq memandang Qila pelik. Itu sahaja reaksinya. Namun dia tetap mengikut langkah Qila menuju ke bilik.
Anak tangga dinaiki mereka bersama-sama hingga ke tangga terakhir sebelum tiba di bilik.
**********
Syafiq menutup telinganya dengan menggunakan kedua-dua belah telapak tangannya. Terasa geli telingnya. Angin mana pulak yang datang tiba-tiba ini?
Qila terus meniup-niup ke arah telinga Syafiq. Sengaja mahu mengganggu Syafiq tidur.Syafiq akhirnya membuka kelopak matanya.
"Apa lagi sayang?" Tanya Syafiq lembut. Cuba untuk berlembut.
"Dah pagi. Bangunlah... mandi, solat subuh."beritahu Qila kepada Syafiq dengan muka selamba.
"Apa? Dah pagi??" Syafiq seperti tidak percaya. Setahunya, dia baru saja menutup mata. Seperti tidak sempat mahu memimpikan apa-apa lagi. Biar betul sudah pagi?
Qila gelak bahagia. Lawak apabila melihat Syafiq yang sudah panik tidak tentu arah hanya kerana tidak dapat tidur.
Syafiq melihat jam yang tergantung di dinding bilik. Dia memandang Qila dengan pandangan yang amat tajam. Geramnya tidak terkata lagi.
Qila terus menyembamkan mukanya dengan bantal.
"Tidur dulu my bibiy."
"Erh." Syafiq mengeluh. Susah juga dapat isteri seperti ini.
YOU ARE READING
Suami Berhati Kering [Slow Update]
RomanceSyafiq, seorang lelaki berhati kering. Cakap tak serupa bikin. Tak fikirkan hati orang lain. Qila sebagai isteri yang childish , mula menjalankan misi MENCAIRKAN HATI SUAMI. Apa yang Qila buat? Berjaya ke? Nak tau? Haaa...bacalah dulu baru tau. ?? S...