"Wah, abang . Cantiknya tempat ni..."kata Qila sambil tersenyum-senyum. Dia memerhati sekeliling kawasan tersebut yang dipenuhi dengan bunga. Penuh berwarna-warni. Cantik lagi indah pemandangannya. Taman permainan yang penuh dengan bunga. Bukan sahaja tempat kanak-kanak, orang dewasa pun boleh datang kerana pemandangannya yang sejuk mata memandang.
"Abang suka tak tempat ni?" Tanya Qila kepada si suami yang hanya mendiamkan diri tanpa menunjukkan sebarang reaksi kepadanya. Nak kata tugu negara tidak juga.
Syafiq membuat muka bengang. Dia tidak ke pejabat hanya untuk menemankan si isteri pergi ke taman permainan.
"Sayang bawak abang ke sini buat apa?" Tanya Syafiq sambil memerhati Qila yang sedang bergembira bermain buaian. Dia sudah memeluk tubuh dari jauh.
"Bukannya selalu, kan bang?" Balas Qila sambil tersengih. Dapat dilihat dahi Syafiq yang sedang berkerut-kerut. Bukannya selalu dia menghabiskan masa si suami.
"Hesy, ngada-ngadalah dia ni. Jomlah balik." Kata Syafiq yang sudah mula berdiri di sebelah Qila. Kalau dia berdiri di hadapan Qila nanti tidak pasal-pasal kena hayunan kaki Qila. Pecah perut nanti.
Qila menggeleng. Tidak mahu pulang.
"Tak mo.." Qila membuat muka comel.
"Muka awak tu tanda apa tu? Minta penampar? Kita balik dulu. Hujung minggu datang sini lagi. Abang nak masuk kerja ni. Ingatkan Qila nak bawak abang ke mana tadi. Rupanya ke sini je." Kata Syafiq yang sudah memberhentikan buai yang dinaiki Qila.
"Okaylah, nanti kita buat buai dekat rumah eah."janji Syafiq terpaksalah dia menghabiskan duit untuk membuat buai di rumah. Kopak duit dapat isteri macam ni. Gedik semacam.
"Promise my bibiy?" Qila tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya yang jelas kelihatan. Gembira rasanya. Maklumlah, daripada kecil hingga dia sudah kahwin, permainan yang disukainya tidak pernah berubah. Buaian tetap menjadi yang pertama di dalam hati. Disemat perkataan buai jauh di sudut hati.
"Promise." Jawab Syafiq. Dia menarik tangan Qila menuju ke kereta. Qila hanya menyusuri sahaja. Mentang-mentang dijanjikan buai..
**********
"Aii, bos. Kenapa lambat? Jarang bosnya yang datang lambat ni. Ada hal apa je pakcik?"tanya Aizad, kawan rapat Syafiq sejak kecil. Tidak pernah berubah walau terpisah beribu batu. Walau terpisah bertahun lamanya. Mereka tetap sahabat dan selamanya akan kekal seperti itu.
"Hemm...macam biasalah..kau macam tak tau isteri aku tu."balas Syafiq. Penat dia melayan perangai isterinya itu. Ada-ada sahaja.
"Dia buat apa pulak kali ni? Sabar sajalah dengan dia tu. Aku tengok dia tu walaupun mengada-ngada, jauh di sudut hati dia tu baik. Orang baik-baik je tu."tanya Aizad hendak tahu apa yang telah dilakukan oleh Qila kali ini sehingga sahabatnya itu terbawa hal rumahtangga ke pejabat.
"Pergi taman permainan. Tak nak balik pulak tu tadi. And now, aku dah janji dengan dia untuk buat buai kat rumah."beritahu Syafiq. Nafas dihelakan perlahan. Kepalanya disandarkan pada kerusi kerja.
Aizad senyum. Hendak sahaja dia gelak kuat-kuat. Tetapi memandangkan wajah Syafiq yang tak ubah seperti kain buruk itu, tidak jadi dia mahu gelak.
"Untung siapa yang jadi isteri kau. Kalau macam tu, aku nak jadi isteri nombor dua kaulah. Nanti aku mintak kau buat gelongsor pulak untuk aku." Kata Aizad yang sudah ketawa besar. Suka rasanya menyakat kawannya itu. Dingin-dingin pun, sanggup melayan karenah si isteri yang mengada. Sesuailah itu. Orang yang dingin dapat isteri mengada..
Syafiq memerhati Aizad. Dia kemudiannya membuat muka geli. Sudah terbayang jika Aizad menjadi isterinya. Duduk di atas pelamin sambil Aizad tersengih dengan rambut palsu di kepalanya.. Ish, mimpi ngeri.
"Tak ada taste aku dengan kau."kata Syafiq. Matanya memandang Aizad atas bawah.
Muka Aizad berubah.
"Apa? Betullah apa aku cakap. Apa yang ada kat kau, semua aku ada.. Eee... " sambung Syafiq lagi. Meremang memikirkannya. Agaknya kawannya ini sudah tidak betul.
"Aku main -main jelah." Aizad membuat muka.
Syafiq ketawa.
"Kau tak payahlah merajuk. Geli pulak aku tengok. Kau, kalau merajuk hodoh tahu tak. Aku tak pujuklah lelaki merajuk. Aq pujuk dengan kaki je. Nak?"
"Tak sweetlah kau..err..." Balas Aizad. Apalah nasib si isteri dapat suami seperti ini. Asal merajuk dapat kaki. Kesian isteri dia tu.
**********
YOU ARE READING
Suami Berhati Kering [Slow Update]
RomanceSyafiq, seorang lelaki berhati kering. Cakap tak serupa bikin. Tak fikirkan hati orang lain. Qila sebagai isteri yang childish , mula menjalankan misi MENCAIRKAN HATI SUAMI. Apa yang Qila buat? Berjaya ke? Nak tau? Haaa...bacalah dulu baru tau. ?? S...