Haikal dan Emma memerhati gadis yang berada di hadapannya. Gadis itu hanya dia membisu.
"Maafkan Kal,Nurul. Kal tak boleh cintakan Nurul macam Kal cintakan Emma." Ujar Haikal.
"Tapi kenapa Emma,Kal? Apa salah Nurul sampai Kal hancurkan rasa cinta Nurul? Nurul tahu kita sepupu tapi perasan cinta tu susah untuk dibiarkan. Nurul tahu di mata Kal,Nurul ni loser sebab Nurul tak berterus-terang perasaan Nurul pada Kal. Tapi Kal jangan ingat Kal boleh mempermainkan hati Nurul. Haikal kena ingat tak semua hati perempuan boleh Kal tawan dengan ayat-ayat romantik Kal tu! Hati ni bukan Kal boleh mempermainkan. You just need to remember kita tak semestinya akan berada di atas selamanya hakikatnya Haikal kena sedar yang kita akan berada di bawah jugak. Dan bila tiba masa tu, Kal jangan mintak bantuan Nurul. Sakit hati ni lebih perit dari luka dekat tangan. Kal ingat by hook or by crook Nurul takkan tolong Kal kalau Emma mintak putus dengan Kal!!!" Sembur Nurul tepat ke muka Haikal.
Pangg!!!! Haikal menampar pipi Nurul. Tangannya berasa perit akibat tamparan yang kuat. Nurul mengusap kesan yang ditampar oleh Haikal.
"Kau bukan sepupu aku lagi!! Berambus!!!!!!!" Jerit Haikal.
"Fine! Aku pun tak hadaplah dengan kau ni! Kalau boleh aku nak bunuh je kau! Kau kena ingat Haikal, hidup kau takkan tenang. Aku akan pastikan perempuan ni akan tinggalkan kau!!" Selepas berkata demi kian, dia ketawa mengejek.
"Well Haikal. Cinta tu memang gila. Sama macam kau! Kau mabuk cinta dengan perempuan ni. Lagi 5 hari Kita nak akad nikah tapi kau pilih perempuan ni. 5 hari Haikal bukan 5 bulan! Apa aku nak jawab kalau orang kampung tanya tunang aku ada perempuan lain. Mesti diaorang ingat aku ni mengandung anak luar nikah,kan?"
"Aku peduli apa kau kahwin ke tak ke. Tu bukan hal aku. Aku benci kau perempuan! Berambus! Malas aku nak tengok muka kau!!" Jerit Haikal lagi lalu menolak Nurul di hadapan orang ramai. Tidak cukup dengan itu, air kopi 'O' yang berada di atas meja dia ambil lalu menyiram air itu ke atas Nurul yang cuba untuk bangun. Habis air itu melekit di badannya.
"Puas hati aku! Kau berlagak sangat dengan aku. Kau tak kenal siapa akulah,perempuan."
Nurul bangkit lalu membalas jelingan Haikal. "Don't mess with me,baby. Remember that. I will make sure you go to the hell!!" Bisik Nurul kemudian mencapai beg tangannya dan berlalu pergi.
Emma yang dari tadi memerhati kelakuan teman lelakinya,mula memujuk Haikal yang tengah panas.
******
Liyana mengunci pintu keretanya sambil menjinjit makanan yang dibelinya tadi."Kirana oh Kirana!! Aku beli pizza favorite kau ni. Turunlah!" Jerit Liyana.
"Liyana! Tak payahlah menjerit. Aku tahulah. Dahlah bak sini pizza aku."
"Simpan aku sikit. Aku nak jugak."
"Yelah. Kau pergilah mandi dulu. Aku simpan dalam fridge." Kata Kirana sambil menyumpat pizza ke dalam mulutnya.
******
Nurul tersenyum sinis melihat pasang merpati Sejoli sedang menyuap makanan."You're mine,Haikal. Nurul akan pastikan perempuan tu tinggalkan Kal." Nurul ketawa perlahan sambil menyedut jus yang dipesannya.
Haikal yang berasa ada seseorang memerhatinya segera berpaling ke belakang. Nurul menutup mukanya dengan menu yang berada di atas meja.
"What's wrong?" Soal Emma.
"Nothing. Makanlah." Emma terus menyuap makanan ke dalam mulutnya.
******
Liyana mencebik bibirnya apabila melihat Kirana yang sedang bergelak tawa menonton cerita yang disiarkan."Kira,apa kata hujung minggu ni kita keluar nak tak?"
"Okay. Tapi kan nak pergi mana?"
"Pavilion nak tak?"
"Aku okay je." Kirana tersenyum manis.
YOU ARE READING
Pergilah Cinta
Short StoryNurul seorang perempuan yang penuh dengan dendam yang membara kepada sepupunya. Setelah putus tunang dengan sepupunya, dia bertekad untuk membalas dendam terhadap sepupunya bersama tunang sepupunya. Haikal dan Emma adalah nama musuhnya. Kerana satu...